Hadiah siti khadijah

Boleh ke buat persiapan hadiah hantaran hanya dengan barang-barang Siti Khadijah? Telekung hantaran Siti Khadijah mungkin sesuatu yang biasa kita dengar. Iya lah, bila sebut sahaja Siti Khadijah, mesti benda pertama yang akan muncul dalam kepala kebanyakan orang adalah telekung.

Sebenarnya, produk Siti Khadijah sekarang dah berkembang untuk merangkumi pelbagai aspek gaya hidup berlandaskan Islam. Tentu ni satu berita baik buat pasangan dan bakal-bakal pengantin yang tengah sibuk memikirkan persiapan majlis kat luar sana.


Persiapan majlisĀ 

Bercakap pasal pengantin pula, dari pemilihan warna dan tema hinggalah ke hadiah hantaran, merancang sesuatu majlis boleh jadi satu proses yang mengujakan dan juga memberi tekanan. Tanya sahaja kepada mana-mana pasangan yang telah menempuhi fasa ini. Bukan senang nak puaskan hati kedua-dua pihak. Lagi-lagi bakal pengantin perempuan yang semestinya ingin majlis perkahwinan mereka menjadi hari paling istimewa. Sampai wujud istilah Bridezilla untuk menggambarkan betapa susahnya nak gembirakan orang perempuan ni.


Baik majlis perkahwinan mahupun pertunangan, kedua-duanya perlu dirancang rapi beberapa bulan sebelum tarikh kejadian. Ini kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk memenuhi tuntutan agama dan adat. Antaranya termasuk barang hantaran yang ingin dihadiahkan.

hadiah hantaran

Ā 

Adat resam dan keperluan dulang hantaran

Majlis pertunangan atau perkahwinan mesti rasa tak lengkap tanpa pemberian dulang hantaran. Mengikut adat melayu tradisional, bilangan dulang untuk pasangan pengantin adalah dalam angka ganjil, pihak perempuan akan menghadiahkan lebih dua dulang.


Mesti ada yang tertanya, kenapa kena bagi hantaran? Selain adat orang Melayu, hantaran juga dikira sebagai hadiah, dan saling memberi hadiah itu satu sunnah. Daripada Riwayat al-Bukhari (594), Nabi Muhammad S.A.W bersabda, ā€œHendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintaiā€. Itulah hikmahnya.

Ā 

Nak bagi apa sebagai hadiah hantaran?

Kalau ikut adat resam orang Melayu dulu-dulu, hadiah yang perlu ada dalam dulang hantaran termasuklah cincin, kain ela, dua helai sarung sutera, kuih-muih, buah-buahan, tepak sirih, dan cerek air mawar daripada logam.
Berbeza dengan zaman sekarang, kebanyakannya lebih suka bagi hadiah yang bermanfaat untuk gaya hidup Muslim. Bagi bakal pengantin yang tengah pening kepala memikirkan nak beli apa sebagai hadiah hantaran, bolehlah ikut cadangan di dalam senarai semak kat bawah.

Checklist hantaran untuk perempuan

  1. Al-QuranĀ 
  2. Beg TanganĀ 
  3. Pakaian patuh syariah seperti jubah atau tudung
  4. TelekungĀ 
  5. Sirih Junjung & cincin

Checklist hantaran untuk lelakiĀ 

hadiah hantaran lelaki

  1. Al Quran & tasbih
  2. Pakaian tradisional Baju kurta / baju melayu
  3. SejadahĀ 
  4. Buah-buahan
  5. Sirih Junjung & cincin
  6. Kek
  7. Minyak wangi

Baca juga: Hadiah Terbaik Untuk Suami