Hadiah
untuk suami

Para suami mungkin tidak selalu mengharapkan hadiah dari isteri mereka, tapi siapa yang tidak sejuk hati dihadiahkan sejadah baru dari isteri yang ingin lihat suaminya tetap bersemangat untuk imamkan solat walaupun penat balik dari kerja.

Mungkin segelintir individu melihat amalan memberi hadiah antara pasangan sebagai sesuatu yang remeh-temeh, bersifat lagha, atau terlalu mementingkan kebendaan daripada hubungan itu sendiri. Tetapi hakikatnya, memberi dan menerima hadiah adalah salah satu cara paling berkesan untuk menunjukkan kepada pasangan bahawa kita ambil berat. 

Memang ungkapan cinta itu penting, tapi bagi kebanyakan orang, tindakan lebih bermakna dari kata-kata.

Dalam buku The Five Love Languages: How to Express Heartfelt Commitment to Your Mate oleh Gary Chapman, salah satu dari lima cara utama untuk pasangan meluahkan rasa sayang dan ingin rasa disayangi adalah melalui aktiviti memberi dan menerima hadiah.

Ada kaum wanita yang mungkin menyedari bahawa bahasa cinta suaminya adalah memberi dan menerima hadiah, atau mungkin ia adalah bahasa cinta si isteri itu sendiri yang ingin suaminya memahami bahawa tujuan dia memberikan hadiah adalah untuk meluahkan rasa sayang. Pokok pangkalnya, memberi kejutan hadiah kepada pasangan adalah cara mudah dan romantis untuk mengekalkan cinta dalam perhubungan.

Hadiah tidak semestinya perhiasan yang mahal dan berjenama mewah.

Sesuatu pemberian itu secara tidak langsung akan jadi berharga jika ia padan dengan citarasa dan minat orang yang ingin diberi hadiah. 

Contohnya seperti kelengkapan solat, satu bentuk pemberian yang universal dan pasti dihargai oleh sesiapa sahaja. Kalau para isteri rasa kesian melihat suami asyik mengeluh penat selepas pulang dari pejabat, hadiah yang sesuai adalah seperti sebuah sejadah light foam atau memory foam SK yang lembut dan tebal supaya si suami dapat legakan lenguh badan sambal beribadah.

Walaupun klise, tapi memang benar apa orang kata. It’s the thoughts that count. Apa yang penting dalam sesuatu pemberian itu adalah usaha, niat yang ikhlas dan pengorbanan yang dicurahkan ke atasnya.

Memberi hadiah kepada suami menunjukkan bahawa kita juga memikirkan tentang mereka, dan kita beri perhatian pada apa yang mereka suka atau perlukan. Hadiah yang diberikan tanpa sebab tertentu akan membuat suami rasa lebih disayangi berbanding hadiah yang diberikan pada hari-hari istimewa. Tapi tak bermakna kita tak perlu beri hadiah untuk raikan ulang tahun dan hari lahir suami. 

Cumanya hadiah paling bermakna adalah hadiah yang diberikan hanya sebab seperti, “Saya ternampak sejadah ni dan saya teringat pada awak.”