Majlis Pembukaan Rasmi

Butik SK Ampang

Sama ada dilihat dari sisi agama mahupun budaya, sifat suka memberi sudah menjadi darah daging kita. Kita beri salam untuk memulakan perbualan dengan orang lain, kita beri senyuman apabila bertentang mata dengan orang di sekeliling, kita beri sedekah setiap hari jumaat, malah ramai di antara kita juga tidak ragu-ragu untuk memberi bantuan kepada orang-orang yang memerlukan, seperti yang didedahkan oleh pengguna-pengguna media sosial sepanjang musim pandemik lalu.

Sifat suka memberi juga adalah salah satu prinsip yang dipegang teguh oleh Team SK. Setiap nikmat yang dirasai menjadi peringatan kepada kita untuk terus memberi.

Sebab itu jugalah SK menganjurkan amalan memberi hadiah kepada ahli keluarga tercinta. Tidak perlu tunggu hari istimewa untuk raikan orang-orang yang kita hargai dalam hidup. Memberi hadiah berupa telekung dan kelengkapan solat untuk memudahkan orang lain mendekatkan diri dengan Allah secara tidak langsung memberi kita pahala. Lagi elok jika telekung yang dihadiahkan berkualiti tinggi dan selesa, dapatlah ia diguna lama dan solat pun lebih khusyuk.

Dan di mana lagi untuk kita dapatkan telekung dan kelengkapan solat yang berkualiti kalau bukan di Siti Khadijah.

Kini warga Ampang juga boleh menormalisasikan amalan memberi hadiah dengan butik baru SK yang telah dibuka di Ampang Point baru-baru ini. Butik Ampang ini menandakan butik SK yang ke-41 di Malaysia.

Majlis pembukaan rasmi butik baru SK di Ampang pada 30 dan 31 Julai lalu adalah satu kejayaan besar

dengan sokongan Tim SK, rakan-rakan penaja serta Famili SK sendiri yang datang untuk meraikan hari istimewa ini bersama kami. Turut membuat penampilan pada hari pembukaan rasmi butik Ampang adalah hos televisyen Tahirah dan Dai Aiman, sementara tetamu selebriti Fauziah Ahmad Daud dan Isyariana yang membintangi filem pendek SK berjudul "Cantik", turut hadir bagi memeriahkan majlis. 

Para pengunjung juga dijamu dengan makanan percuma dan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, tetapi apa yang benar-benar menghidupkan majlis adalah tawaran-tawaran promosi, baucar dan hadiah percuma khas buat Famili SK sepanjang dua hari itu. Ia menjadi peluang keemasan untuk orang ramai mendapatkan telekung SK buat hadiah bagi wanita-wanita istimewa dalam hidup mereka.

Warga Ampang kini boleh melawat butik baru SK untuk merasai sendiri pengalaman membeli-belah eksklusif di butik mewah dan moden ini yang mana keperluan solat, produk fesyen dan barangan gaya hidup dirumahkan di bawah satu bumbung. Dan sementara anda ada di sana, jangan lupa dapatkan sesuatu untuk dihadiahkan kepada ibu bapa, suami isteri, adik beradik, dan sahabat handai.