Setelah berjaya mendominasi pasaran kelengkapan solat di Malaysia, SK yang beribu pejabat di Bangi sememangnya tiada masalah untuk menembusi pasaran Indonesia, malah kini kita telah mula melebarkan sayap ke negara-negara barat. Untuk memenuhi keperluan serta cita rasa pelanggan, SK sentiasa membuat penambahbaikan dalam servis dan produk yang ditawarkan, dengan pelbagai inisiatif baharu.
Walaupun langkah pertama bermula dengan penjualan telekung saja, SK akhirnya memutuskan untuk mempelbagaikan segmen fesyen dan mula memperkenalkan sejadah, pakaian untuk lelaki dan wanita, tudung, kasut, beg dan barangan gaya hidup yang lain kepada Famili SK yang dambakan produk fesyen berpaksikan kesopanan dan keselesaan.

Selain menerokai pasaran baru dan mempelbagaikan tawaran produk serta servis, SK juga berusaha mengembangkan perniagaan melalui kerjasama dengan Hegira dan pembinaan perniagaan baru melalui ANBOT.
Sebagai jenama yang memegang nilai serta prinsip sejajar dengan SK, Hegira yang dikenali sebagai virtuoso tudung segera dipilih menjadi rakan kolaborasi SK bagi memanfaatkan permintaan tinggi tudung slip-on.