Bulan Zulhijjah tiba lagi.
Apa yang terlintas di fikiran kita?
Memasuki bulan terakhir dalam kalendar Islam ini, pasti perkataan 'haji' bermain- main di fikiran. Saban tahun, umat Islam yang terpilih di seluruh dunia akan menunaikan rukun Islam kelima ini di bumi Makkah al- Mukarramah.
Melakukan ibadah haji disertai dengan umrah dan ziarah Madinah al- Munawwarah.
Ramai dalam kalangan Para jemaah yang telah berpeluang menjejaki dua tanah haram ini berkongsi pengalaman syukur mereka sepanjang di sana di media sosial.
Sebenarnya, apa keindahan bumi Makkah dan Madinah?. Apa yang ada di sana? Mengapa ramai orang merindui saat- saat berada di sana?
Arafah
Padang Arafah terletak di timur luar kota suci Makkah dan merupakan sebuah kawasan terbuka dan luas. Di sini, jemaah haji akan melakukan rukun haji pertama iaitu wukuf pada 9 Zulhijjah. Di sini terdapat gunung Arafah atau dikenali sebagai Jabal Rahmah. Ia merupakan tempat pertemuan nabi Adam a.s dan isterinya Hawa yang terpisah lebih kurang 40 tahun di bumi.
Masjidil Haram
Ia merupakan masjid paling suci bagi orang Islam dan dibina mengelilingi ka'abah yang merupakan kiblat umat Islam. Binaannya terdiri daripada 9 menara yang akan bercahaya pada waktu malam. Di sini juga terletaknya makan Nabi Ibrahim a.s, Hajar al- Aswad, Hijir Ismail dan telaga Zam Zam.
Jabal Nur
Di puncak gunung ini terletaknya Gua Hira'. Di puncaknya juga boleh melihat keindahan kota suci Makkah yang dipenuhi cahaya.
Abraj al- Bayt
Ia merupakan kompleks bangunan di Makkah hasil projek wakaf King Abdul Aziz. Di puncaknya, terdapat jam terbesar di dunia yang boleh dilihat sejauh 17 km pada waktu malam dan 11 km pada waktu siang. Abraj al Bayt memiliki 7 menara iaitu menara hotel, Zam Zam, Hajar, Maqam, Qiblat, Marwa dan Safa.
Masjid Nabawi
Merupakan masjid kedua suci bagi umat Islam yang terletak di kota cahaya Madinah al- Munawwarah. Di dalamnya terletak Raudhah. Lokasinya antara rumah Nabi Muhammad S.A.W dengan mimbar masjid. Ia jug merupakan salah satu tempat mustajab doa.
Masjid Quba'
Merupakan masjid pertama dibina dalam sejarah Islam oleh Nabi Muhammad S.A.W. Ia terletak di Tenggara Madinah. Keistimewaan solat di masjid ini ialah pahalanya seperti melakukan umrah.
Ladang Kurma.
Madinah terkenal dengan ladang kurma terbesar di Arab Saudi iaitu ladang kurma al- Barkah. Lokasinya berhampiran masjid Quba'. Terdapat lebih kurang 60 jenis kurma seperti ajw, sukkary, amber, sekki, mozafati dan lain- lain.
Pusat percetakan al- Quran al- Fahd.
Berfungsi mencetak al- Quran dalam bahasa Arab dan produk lain seperti pita audio, terjemahan, kitab riwayat dan lain- lain. Ia merupakan pusat percetakan al- Quran terbesar di dunia.
Subhanallah.
Maha Suci Allah.
Indahnya bumi Makkah dan Madinah.
Beruntung sekali orang- orang yang telah sampai ke sana.
Kepada kawan- kawan yang belum menjejakkan kaki, ayuhlah kita pasang niat dan berusaha untuk sampai ke sana. Semoga dipermudahkan dan dimakbulkan.