Â
Semua ibu bapa nak ajar anak-anak solat sampai mereka biasa dengan kewajipan tersebut dan faham agama dari kecil. Peribahasa Melayu pun ada kata, âMelentur buluh biarlah dari rebungnyaâ, menunjukkan yang didikan anak mestilah bermula sejak muda. Sebagai ibu bapa kita mengharapkan anak-anak membesar menjadi individu berguna kepada keluarga, agama dan bangsa. Jadi, perkara penting yang perlu diajar seawal mungkin ialah solat.
Nabi kata ajar anak solat sejak mereka berumur 7 tahun. Boleh guna teknik peneguhan positif terlebih dahulu, dan bila dah masuk 10 tahun, baru mula beri hukuman ringan yang tak mencederakan bertujuan mendidik sekiranya anak tak nak solat. Tapi, takkanlah anak berumur 7 tahun baru nak ajar anak solat? Sepatutnya sebelum usia tu lagi anak-anak perlu sudah biasa dengan asas-asas solat sebab proses mendidik ni bukan sehari.
Selain memberi arahan dan nasihat, apa usaha yang boleh ibu bapa lakukan untuk membiasakan anak-anak dengan rutin solat?Â
1. Ajar anak solat melalui perbuatan
Anak-anak sentiasa memerhati tingkah laku ibu bapa. Dalam perihal solat, seeloknya biarlah anak-anak kecil melihat kita solat di depan mata walaupun usia mereka baru mencecah 2 ke 3 tahun. Lama-kelamaan mereka akan cuba mengikut pergerakan solat sebab budak-budak ni ibarat span yang mudah menyerap apa yang mereka lihat. Tak apa jika anak-anak mengganggu. Itulah cabaran proses mendidik.
He gets points for trying đ pic.twitter.com/oPgS8Nsa3J
â ⢠(@Alhamdhulillaah) August 10, 2023
2. Bawa pergi masjid
Untuk cara yang lebih proaktif, bapa boleh bawa anak-anak ke masjid sekali sekala. Ajar anak solat berjemaah kerana mereka akan lebih teruja dengan persekitaran baru, secara tidak langsung ia dapat mendedahkan mereka kepada fungsi masjid sebagai rumah ibadah umat Islam. AJK masjid juga perlu mengalu-alukan kedatangan anak-anak kecil ke masjid sebab merekalah generasi muda yang akan menjadi pemimpin kelak.
3. Ajar anak ambil wuduk
Wuduk ialah syarat sah solat. Sambil-sambil mengajar pergerakan solat, jangan lupa mengajar anak-anak tentang cara berwuduk dan menerangkan kepada mereka keperluan wuduk sebelum solat. Antara isi yang boleh diceritakan ialah anggota wuduk dan tertib basuhan. Ibu bapa boleh memantau anak-anak mengambil wuduk untuk menunjukkan mereka ambil berat dan wuduk bukan perkara remeh.
4. Bercerita kepentingan solat
Fitrah anak kecil ni suka bertanya.Â
Apa? Bagaimana? Kenapa?
Ibu bapa perlu sabar melayan soalan anak-anak. Jawablah setiap pertanyaan mereka dengan baik dan . Ceritakan kepada mereka kenapa perlu solat, apa yang akan dapat bila solat dan apa manfaat solat dalam kehidupan seharian.
5. Ajar menghormati azan
Azan ialah panggilan solat. Antara langkah awal mendekatkan anak dengan solat ialah menyuruh anak diam semasa azan berkumandang dan menjelaskan kepada mereka kenapa perlu menghormati azan. Sambil-sambil tu, boleh juga selit sirah zaman nabi-nabi, seperti kisah Bilal bin Rabah, manusia pertama yang melaungkan azan.
6. Hadiahkan telekung
Anak-anak kecil sukakan hadiah. Sebagai galakan untuk mereka solat, bolehlah belikan telekung untuk anak-anak. Sekarang ni, telekung kanak-kanak sudah banyak dijual di pasaran. Bermacam jenis warna, desain dan saiz tersedia. Pilih yang cantik dan selesa agar mereka lebih bersemangat untuk solat. Boleh juga bawa anak-anak ke butik dan suruh mereka pilih sendiri mana yang mereka berkenan.
7. Belikan sejadah khas
Alang-alang dah beli telekung, belilah sekali sejadah. Boleh anak-anak solat dengan satu set kelengkapan. Lebih-lebih lagi untuk anak lelaki yang tak boleh dibelikan telekung cantik, bolehlah hadiahkan sejadah istimewa untuk mereka. Bila kita belikan mereka kelengkapan khas yang sesuai untuk umur mereka, anak-anak akan lebih memahami kepentingan solat.
8. Beri pujian dan galakan
Hati anak-anak ni lembut. Mendidik mereka perlu dengan kelembutan tapi tegas, bukan dengan kemarahan jika mereka buat silap. Nak ajar anak apa pun, kena berikan pujian bila anak-anak menunjukkan minat untuk solat. Mereka akan jadi lebih bersemangat menjaga ibadah apabila mendapatkan validasi dari ibu bapa.