Mekah, destinasi impian ramai Muslim yang ingin menyempurnakan rukun Islam mereka, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan musim haji. Tidak hairan jika timbul kebimbangan di kalangan jemaah wanita akibat perlu berasak-asak di samping memastikan syarat dan larangan ihram tidak diabaikan.

Antara perkara yang kerap membelenggu fikiran para wanita ketika merancang ziarah haji atau umrah adalah apa yang perlu dipakai di tanah suci nanti. Telekung dan jubah sudah tentu benda pertama yang dimasukkan ke dalam senarai, tetapi persiapan pakaian tidak berakhir di situ.

Telekung dan Jubah sebagai Keutamaan

Mungkin kita pernah dengar cerita bagaimana jemaah dari Malaysia sering menjadi buah mulut jemaah dari negara lain kerana kesopanan dan ketelitian kita dalam mematuhi peraturan yang telah digariskan. Penggunaan pakaian ibadah khusus oleh jemaah wanita Malaysia sahaja sudah cukup membuat jemaah luar memuji disiplin kita dalam menjaga aurat.

Namun tujuan kita ambil penting aspek pakaian dengan menggunakan telekung khusus untuk umrah dan haji bukanlah demi meraih pujian atau menunjuk bagus, sebaliknya bagi memastikan ibadah dapat dilunaskan dengan lancar dan sempurna.

Sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci buat pertama kali, kita akan mempunyai banyak persoalan. Pemilihan pakaian yang tidak bertentangan dengan syariat adalah penting untuk kekal fokus sepanjang ibadah. Baju atau telekung yang dipakai dalam ihram perlulah bersesuaian supaya ia tidak membataskan pergerakan mahupun mengganggu tumpuan jemaah lain. Garis panduan berpakaian bagi wanita adalah berbeza dari jemaah lelaki. Jika lelaki perlu menyarungkan dua helai kain putih yang tidak berjahit pada badan mereka dan memakai selipar, tiada tuntutan sedemikian bagi kaum wanita.Satu-satunya panduan berpakaian bagi jemaah wanita adalah menutup aurat dengan pakaian yang longgar. Mereka juga dibenarkan untuk memakai kasut bertutup. 

Panduan Berpakaian untuk Jemaah Wanita

Jemaah wanita boleh memakai apa saja pakaian yang mereka ada tidak kira warna, namun warna hitam dan putih biasanya menjadi pilihan. Cuma perlu ingat, pakaian berwarna putih berisiko mendedahkan bentuk tubuh pemakai apabila berada di bawah cahaya matahari. Jika tidak ingin aurat terdedah tanpa kita sedar atau sengaja, pakaian ihram biarlah tidak terlalu nipis, tidak juga terlalu tebal. 

Pun begitu, labuh pakaian ihram tidak perlu sampai meleret, takut ada pula yang terpijak ketika bersesak-sesak nanti. Kalau nak lebih mudah untuk ke sana ke sini, pakai seluar yang longgar di bawah pakaian ihram, aurat pun sah-sah terjaga bila perlu mendaki bukit. 

Jubah dan abaya biasanya menjadi pilihan jemaah dari negara timur tengah, tapi tiada salahnya untuk kita mencontohi budaya mereka, asalkan jubah yang dipakai tidak mengikut bentuk badan. Labuh hijab pula perlulah menutup bahagian dada. Kalau nak mudah, sarung sahaja tudung instant. Tak perlu susah-susah tanggal dan pakai semula pin untuk berwuduk dan solat. 

Di Asia, telekung atau mukena tetap menjadi pilihan utama jemaah wanita apabila menunaikan haji dan umrah. Sesetengah jemaah akan menyarung telekung sahaja di luar pakaian biasa yang mesra wuduk dan mesra solat.

Keistimewaan Telekung Midi untuk Ibadah

Telekung bersaiz midi adalah paling menepati keperluan jemaah wanita ketika menunaikan haji dan umrah. Ia tidak terlalu singkat dan tidak terlalu labuh, hanya sedang-sedang bagi memudahkan pergerakan dan memastikan aurat terjaga.

Semua aspek ini diambil kira dan diterapkan dalam koleksi Midi selaku telekung umrah bagi jemaah wanita yang bakal menjadi tetamu Allah. Telekung Midi SK diperbuat daripada inovasi fabrik yang ringan dan breathable agar tetap dingin dalam suasana berbahang. 

Ciri-Ciri Telekung SK yang Mesra Kembara

Dengan material anti kedutnya kita boleh jimat masa menggosok. Malah tidak akan meninggalkan kesan di dahi pun jika dipakai berterusan dek getah pelapik yang lembut. Kalau berpeluh juga tiada hal, pelapik dagunya cepat kering.

Selain seiring dengan imej jemaah Malaysia yang berdisiplin dan tawaduk, sentuhan halus renda sulaman bunga di bawah telekung mengangkat kemanisan dan kesopanan kaum hawa tanpa menonjolkan diri si pemakai. Jadi ibadah pun dapat dilakukan dengan yakin, tenang, dan selesa.