Pernah tak terfikir, kenapa ramai di antara kita telekung di rumah tak sampai 10 pasang pun? Padahal tiap-tiap hari pakai. Dengan rutin harian dan gaya hidup di Malaysia ni, rasanya tak salah kalau telekung pun kerap tukar macam baju juga.

Tapi justifikasinya adalah, telekung kita pakai sekejap-sekejap, pakai pun di kawasan tertutup, jadi tiada siapa kisah kalau kita ulang-ulang pakai telekung yang sama.Benar, kita tiada keperluan untuk simpan banyak-banyak telekung di rumah seperti pakaian lain yang diperlukan khusus untuk pelbagai aktiviti.

Jadi telekung yang ada perlulah dipelihara elok-elok. Sudahlah hanya beberapa helai, ada hati pula nak guna lama. Harga pun bukan murah.Bertentang dengan kepercayaan ramai, telekung yang mahal tidak bermakna ia kebal. Memang telekung premium tahan lasak, tapi kalau selalu dicampak ke dalam mesin basuh dan direndam dalam larutan kimia yang kasar, lama kelamaan mestilah struktur fabrik akan berubah. Sudahnya warna luntur dan fabrik pun jadi reput.

Sebenarnya penjagaan telekung sama seperti kereta dan haiwan peliharaan. Semakin mahal harganya, semakin susah nak jaga. Lebih-lebih lagi telekung yang ada perincian halus seperti renda dan manik.

Sebab itu SK ada keluarkan detergen khas untuk telekung kita.

Secara amnya, detergen merupakan campuran bahan kimia sintetik yang bersifat kasar untuk menghancurkan dan menghilangkan kotoran pada pakaian. Jadi sudah tentu fabrik dan gentian mewah tidak boleh dicuci menggunakan pencuci sembarangan. Namanya saja sabun cuci telekung, tapi detergen SK ini boleh digunakan untuk mencuci hampir semua jenis fabrik.

Telekung Detergent Pear Fougere dikeluarkan dalam bentuk serbuk supaya tidak mudah tumpah dan lebih tahan lama. Nak dibawa ke dobi juga senang, selain tidak mengambil banyak ruang untuk disimpan di rumah kerana pembungkusannya yang kecil. Apa yang utama adalah keberkesanan serbuk pencuci ini dalam menghilangkan kotoran degil, kerana formulasinya yang pekat. Bukan sahaja dapat mengurangkan kesan pada alam sekitar, pakaian juga tidak perlu disental dengan kuat.

Tapi kenapa pilih sabun cuci telekung SK? Banyak detergen lain kat luar sana.Memang ada banyak pilihan sabun pencuci kain yang lembut di pasaran, cuma secara jujurnya kebanyakan pencuci yang lembut tak mampu hilangkan kotoran degil. Kalau kita pandai cari mungkin jumpa, tapi kalau malas nak fikir panjang, lebih baik pilih saja yang sudah ada di depan mata.Ingin lebih kepastian?

Detergen Telekung SK dirumus khas untuk 5 kegunaan ini:

Kegunaan 5 Dalam 1 :

1. Menghilangkan kotoran degil

Solekan, minyak, dan kotoran-kotoran degil yang melekat pada telekung, tudung, dan pakaian semua boleh hilang dengan konsentrasi detergen yang tinggi. Tak perlu lagi bersusah payah tanggalkan telekung semata-mata nak masuk dapur atau keluar rumah sebab takut kotor.

2. Melembutkan pakaian

Detergen SK juga mengandungi pelembut yang boleh mengurangkan kedutan dan melembutkan pakaian. Kalau cuci tudung tak perlu gigih tekan seterika. Nak lipat kain pun senang.

3. Haruman berpanjangan

Mengaku saja, cuci baju bukan aktiviti yang kita tunggu-tunggu. Perlu kumpul dan asingkan pakaian yang berbau, kemudian jemur dan lipat. Memang bosan. Satu-satunya perkara yang boleh menaikkan sedikit semangat adalah bau segar pakaian selepas dicuci. Haruman pear fougere sabun cuci telekung SK ini bukan sahaja wangi dan dapat hilangkan bau tidak menyenangkan, malah kekal lama pada fabrik.

4. Oxi bleach

Jangan takut dengan perkataan ‘bleach’. Oxygen bleach atau peluntur oksigen adalah agen peluntur yang lembut tetapi cukup untuk menghilangkan kotoran degil serta selamat digunakan pada hampir semua jenis fabrik. Kerana bahan kimianya bersifat kurang menghakis, ia tidak merosakkan gentian dan lebih mesra alam. Kehadiran bahan ini dalam detergen juga dapat memutihkan dan menaikkan seri warna pakaian.

5. Anti bakteria

Kalau kita ada penyakit berjangkit atau masalah imun, takkan nak sembur sanitizer pada pakaian pula. Ciri-ciri anti-bakteria dalam detergen telekung SK ini dapat menghapuskan 99.99% bakteria pada pakaian, sarung sofa dan cadar. Lagi-lagi kalau ada haiwan peliharaan di rumah, memang berguna. Nak cuci baju anak-anak dan pakaian bersukan pun sesuai.

Bayangkan beli telekung mahal-mahal tapi tetap tak tahan lama hanya sebab salah pilih sabun. Sebelum kita mengeluh, guna dulu sabun cuci telekung SK. Rumusannya dapat mengekalkan ketahanan telekung kegemaran kita, walaupun dibasuh banyak kali.

Nak lagi mesra alam, lepas cuci telekung air basuhan boleh guna untuk siram pokok bunga.