Bila tiba hari jadi, biasanya kita akan dapat kek, hadiah, atau mak ayah dan kawan-kawan ajak keluar jalan-jalan dan belanja makan, betul tak? Tapi untuk ulang tahun Siti Khadijah yang ke-15, SK ada hadiah yang agak istimewa dan lebih bermakna. 'Bermakna' sebab hadiah ni bukan untuk celebrate SK je, tapi paling penting untuk meraikan dan memberi semula kepada Family SK yang selama ini telah setia menyokong jenama telekung kegemaran anda semua.
Nak tahu apa hadiahnya?
Sempena sambutan ulang tahun yang ke-15, SK telah bangunkan 'The Home of Siti Khadijah' dengan membina Visitor Centre dan membuka Laman Khadijah kepada khalayak ramai!
Laman Khadijah kini bukan sahaja tempat untuk Tim SK berkumpul, tapi juga tempat untuk #FamilySK mencipta pelbagai pengalaman unik dan kenangan menarik!
Di Visitor Centre, Family SK boleh tengok sendiri macam mana Puan Founder kita boleh terjebak di dalam dunia perniagaan dan macam mana SK mula-mula bertapak sebelum menjadi sebuah household name yang sekarang ni bukan lagi hanya mengeluarkan produk pakaian ibadah, tapi juga produk untuk semua aspek gaya hidup Muslim. Laman Khadijah penuh dengan cerita, usaha, dan cinta yang SK curahkan dalam setiap keluaran produk sepanjang 15 tahun ni. Family SK yang dah lama guna produk SK memang kena datang untuk jadi sebahagian daripada kisah SK.
Al-kisahnya, bulan November tadi SK telah pun selesai melancarkan pembukaan Laman Khadijah dan merasmikan Visitor Centre SK seiringan dengan Festival Khadijah yang berlangsung selama 4 hari dari 22 hingga 25 November 2024. Macam-macam promosi dan aktiviti yang diadakan, memang meriah habis Laman Khadijah dengan kunjungan tak henti-henti oleh Family SK. Bagi yang tak sempat datang, tak apa. Promosi Festival Siti Khadijah masih berlangsung sehingga 5 Januari 2025 di butik-butik SK seluruh Malaysia. Jadi jangan terlepas untuk singgah mana butik SK berdekatan sebab pembelian RM400 dalam satu resit akan dapat hadiah mingguan isitimewa.
Kalau nak kunjungi Visitor Centre SK di Laman Khadijah pun boleh. Datang sahaja untuk rasakan pengalaman melawat Visitor Centre pertama ditubuhkan oleh mana-mana jenama fesyen di Malaysia. Selain tambah ilmu, mana tahu boleh beri inspirasi juga. Lagipun bukan susah nak ke kilang SK di Nilai Impian ni. Jalan nak masuk pun tak sesak, siap SK sediakan tempat letak kereta yang luas. Jadi kalau ada yang teringin untuk rancang lawatan sambil belajar atau bawa satu kampung datang, memang tak ada masalah.