Bila dengar perkataan 'cinta' atau love, mesti yang pertama terlintas di fikiran ialah kasih sayang kepada pasangan atau keluarga, betul tak? Tapi sebenarnya, cinta ni ada banyak lapisan dan maknanya jauh lebih dalam. Itulah yang diraikan melalui slogan Siti Khadijah- Lambang Cinta Abadi. 5 asas cinta yang menjadi panduan kepada jenama telekung kesayangan ramai ni. Jom kita selami makna di sebalik lima asas Lambang Cinta Abadi dan macam mana ia dekat dengan jiwa kita semua.
1. Cinta kepada Allah
Cinta kepada Yang Esa adalah asas pertama dalam Lambang Cinta Abadi untuk sebab yang tak perlu dijelaskan lagi. Allah adalah Pencipta, dan solat adalah cara kita tunjukkan rasa syukur dan cinta kepada-Nya. Jadi tak hairanlah kenapa produk-produk SK dihasilkan untuk tujuan keselesaan ibadah sekali gus memastikan hubungan kita dengan Allah tak terjejas akibat ketidakselesaan atau rasa tak tenang.
2. Cinta kepada Ibu
Siapa yang tak sayang mak, kan? Mak kita ni kadang-kadang tak tunjuk penat dia, tapi kitalah yang patut lebih peka. Sebab itulah Siti Khadijah memberi penghormatan kepada ibu sebagai asas kedua Lambang Cinta Abadi. Hulurkan hadiah bukan perkara yang patut hanya 'kadang-kadang' dilakukan, tapi sesuatu yang harus selalu kita buat untuk hargai pengorbanan dan kasih sayang ibu. Tak kira apa pun bentuk pemberian, tapi lebih elok kalau hadiah itu sesuatu yang mak kita boleh gunakan untuk dekatkan diri kepada Allah.
3. Cinta kepada Pasangan
Dalam Islam, perkahwinan bukan sekadar perkongsian hidup, tapi juga ibadah. Sebab tu cinta kepada pasangan adalah asas penting. Produk Siti Khadijah, macam telekung dan pelikat, sesuai untuk pasangan yang nak saling mengingatkan tentang ibadah bersama. Kadang-kadang, hadiah kecil seperti sejadah yang gebu dan selesa pun boleh jadi cara kita luahkan rasa cinta tanpa perlu 'grand gestures'.
4. Cinta kepada Kawan
Kawan baik ni macam family yang kita pilih sendiri, setuju tak? Jadi, asas cinta kepada kawan mengingatkan kita tentang pentingnya menghargai persahabatan. Banyak produk SK yang boleh dijadikan hadiah terbaik untuk raikan kawan yang selalu ada di sisi. Mungkin dengan hadiahkan jubah mesra solat atau beg tangan yang praktikal, kita dapat mudahkan urusan harian sahabat kita, sekali gus menjadikan hubungan lebih erat.
5. Cinta kepada Masyarakat
Akhir sekali, cinta kepada masyarakat. Kita hidup dalam komuniti penting untuk saling bantu-membantu. Contohnya bila ada bencana alam atau pandemik. Dalam situasi macam ini kita memerlukan bantuan orang di sekeliling sebab keluarga tiada di sisi. Sebab tu SK sendiri selalu terlibat dalam aktiviti kebajikan untuk berkongsi rezeki dan memberi semula kepada masyarakat. Malah Family SK yang membeli dengan SK pun secara tidak langsung menyumbang kepada kebajikan komuniti. Haa... itu pun satu bentuk cinta juga.
Kalau teringin nak dengar lebih mendalam tentang nilai-nilai yang mendorong keghairahan SK untuk memupuk dan menyebarkan 'cinta abadi' atau eternal love bak kata orang Putih, melalui produk-produk ibadah dan gaya hidup, Family SK boleh datang je ke Visitor Centre SK di Laman Khadijah, ya?