6 benda kita boleh buat sebelum Ramadan 2025 tiba:

1. Ganti Puasa yang Tertinggal

2. Biasakan Jejak Kaki ke Masjid

3. Betulkan Jadual Tidur

4. Latih Bacaan Al-Quran 

5. Cetak Doa dan Zikir Pilihan

6. Kelengkapan Ibadah yang Selesa


Tinggal beberapa minggu sahaja lagi nak masuk Ramadan, tapi mesti banyak lagi benda-benda kecil yang kita terlepas pandang. Kalau nak pastikan diri betul-betul bersedia, kenalah ada checklist Ramadan supaya ibadah lebih lancar dan konsisten nanti. Jom tengok kalau kita dah mula buat perkara-perkara di bawah.

1. Ganti Puasa yang Tertinggal

Masih ada hutang puasa tahun lepas? Dah boleh mula ganti dari sekarang sebelum Ramadan tiba. Jangan sampai last minute, terutamanya untuk orang perempuan. Asyik bertangguh nanti last-last kena bayar fidyah pula.

2. Biasakan Diri Solat di Masjid

Hari-hari biasa memang kita selalu solat seorang diri, tapi Ramadan kan bulan ganjaran. Takkanlah kita tak nak rebut pahala berjemaah? Cubalah berjinak solat di masjid tak kira waktu, dalam masa yang sama solat cukup 5 waktu dan tepat pada waktunya.

3. Betulkan Jadual Tidur untuk Qiamullail

Nak lawan mengantuk untuk qiamullail di bulan Ramadan bukan benda senang, lagi-lagi bila fikirkan nak kena bangun lagi nanti untuk sahur. Jadi, betulkan semula ritma sirkadian dan biasakan diri tidur awal dari sekarang supaya kita dapat tidur mencukupi sebelum bangun malam.

4. Baca Al-Quran Setiap Hari

Tetapkan sasaran untuk membaca Al-Quran setiap hari. Kalau plan nak khatam dalam sebulan, bahagikan jumlah muka surat dan latih bacaan dari sekarang. Amalkan mendengar bacaan Al-Quran untuk perbaiki tajwid dan sebutan.

5. Berzikir & Baca Doa Pagi dan Petang

Senaraikan zikir dan doa yang ingin dijadikan rutin harian sepanjang Ramadan nanti. Boleh juga cetak dan tampal pada tempat strategik macam dalam kereta atau meja kerja supaya mudah diamalkan setiap hari.

6. Persediaan Ibadah dengan Kelengkapan yang Selesa

Selain persiapan rohani, penting juga untuk kita pastikan kelengkapan ibadah dalam keadaan terbaik supaya ibadah tidak terganggu sepanjang Ramadan. Nak sambung mengaji lepas solat, sejadah kenalah tebal supaya tak sakit punggung. Yang plan nak penuhkan terawih pun elok kalau ada telekung yang ringan dan senang dibawa ke masjid. Orang lelaki pula boleh sediakan pouch untuk letak barang-barang yang kena ada macam kopiah, prayer mist, dan tasbih.

Ramadan yang Lebih Bermakna Bermula dengan Persediaan yang Rapi

Dengan perancangan awal, insyaAllah kita dapat melalui bulan penuh keberkatan nanti dengan ibadah yang lebih khusyuk dan konsisten.