Nak biasakan anak solat bukan susah, ibu bapa cuma perlu pandai tarik perhatian mereka. Budak-budak bukan ambil kisah bila kita cerita pada mereka tentang tanggungjawab.
Dan apalagi cara terbaik untuk tarik perhatian kanak-kanak kalau bukan dengan hadiah istimewa?
Islam adalah agama yang lengkap mengajar kita cara menjalani segala aspek kehidupan. Oleh itu, jawapan kepada apa-apa soalan yang terlintas di fikiran ibu bapa tentang cara mendidik anak sudah digariskan dalam al-Quran dan hadis.
Bagi soal usia yang sesuai untuk mula ajar tentang solat kepada anak-anak, Rasulullah (SAW) bersabda:
Ajarlah anakmu solat apabila berumur tujuh tahun, dan hukumlah dia kerana tidak mentaatinya sejak umur sepuluh tahun” (at-Tirmizi No. 407).
Kita dituntut untuk mengajarkan solat kepada anak seawal usia mereka 7 tahun dan amalan itu patut menjadi tabiat mereka apabila berusia 10 tahun.
Lebih awal kita menggalakkan anak untuk solat, lebih besar kemungkinan ibadah itu akan kekal menjadi tabiat dalam diri mereka untuk tahun-tahun akan datang.
Tetapi pokok pangkalnya kanak-kanak perlulah rasa tertarik dan teruja untuk solat setiap kali masuk waktu.
Ibu bapa boleh menerangkan kepada mereka tentang faedah dan pahala sembahyang 5 waktu, namun bukan semua budak-budak faham tentang konsep dosa dan pahala.
Jadi cara termudah adalah dengan memberikan kelengkapan solat mereka sendiri atau telekung kanak-kanak khas buat mereka.
Telekung kanak-kanak bukan sahaja membuat si cilik kita rasa istimewa kerana keperluan mereka diambil serius, tetapi juga menggalakkan mereka untuk turut serta berdiri di sebelah ketika ibu bapa solat.
Telekung kanak-kanak Siti Khadijah direka khas untuk memastikan pergerakkan dalam solat lancar dan selesa. Dengan material yang ringan dan sejuk, tidaklah anak-anak menjadikan rasa panas atau kesukaran bergerak untuk ponteng solat. Rekaan dengan fabrik atau renda berwarna warni juga akan membuat mereka rasa teruja untuk kelihatan comel bertelekung.