Kelebihan Hari Arafah

Hari Arafah diraikan pada 9 Zulhijjah setiap tahun di mana pada hari itu para jemaah haji sedang berwukuf di padang Arafah, Mekah al-Mukarramah. Lokasi wukuf ini di padang Arafah yang mempunyai keluasan sehingga 12 juta persegi. Arafah ialah nama bagi sebuah bukit yang jaraknya 25 kilometer dari  kota Mekah.

1. Sebahagian daripada rukun haji

Wukuf di Arafah merupakan salah satu rukun haji. Sekiranya rukun ini tidak dilaksanakan, maka tidak sah haji seseorang itu. Daripada Abdulrahman bin Yaโ€™mur, bahawa Nabi SAW bersabda:

ุงู„ุญูŽุฌู‘ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉู

Maksudnya: โ€œHaji adalah Arafahโ€. 

โ€” Hadis riwayat al-Tirmizi, no.814.

2. Hari raya buat umat Islam

Selain 1 syawal yang mana umat Islam menyambut Aidilfitri, hari Arafah juga merupakan hari raya. Menurut Ibnu Rejab, orang yang menunaikan haji tidak disyariatkan berpuasa kerana pada hari itulah hari raya bagi mereka dan tempat mereka berhimpun (wukuf). Daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽุŒ ูˆูŽูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู†ู‘ูŽุญู’ุฑูุŒ ูˆูŽุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ุชู‘ูŽุดู’ุฑููŠู‚ู ุนููŠุฏูู†ูŽุง ุฃูŽู‡ู’ู„ูŽ ุงู„ู’ุฅูุณู’ู„ูŽุงู…ูุŒ ูˆูŽู‡ููŠูŽ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุฃูŽูƒู’ู„ู ูˆูŽุดูุฑู’ุจู

Maksudnya: โ€œHari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minumโ€. 

โ€” Hadis riwayat Abu Daud no.20660, Tirmizi no.704 dan al-Nasaโ€™ie no.2954.

Daripada riwayat daripada Talhah bin โ€˜Ubaidillah:

ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ุฏู‘ูุนูŽุงุกู ุฏูุนูŽุงุกู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ

Maksudnya: โ€œSebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafahโ€

โ€” Hadis Riwayat Baihaqi no.8651

Para ulamaโ€™ berpendapat kelebihan berdoa pada hari Arafah adalah bersifat umum, bukan khusus bagi jemaah haji sahaja. 

3. Waktu digalakkan doa

Daripada riwayat daripada Talhah bin โ€˜Ubaidillah:

ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ุฏู‘ูุนูŽุงุกู ุฏูุนูŽุงุกู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ

Maksudnya: โ€œSebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafahโ€

โ€” Hadis Riwayat Baihaqi no.8651

Para ulamaโ€™ berpendapat kelebihan berdoa pada hari Arafah adalah bersifat umum, bukan khusus bagi jemaah haji sahaja. 

4. Ganjaran berpuasa

Berpuasa pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji. Besar ganjaran yang dijanjikan kepada orang yang berpuasa pada hari Arafah seperti mana hadis daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

ูŠููƒูŽูู‘ูุฑู ุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุงุถููŠูŽุฉูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุงู‚ููŠูŽุฉูŽ

Maksudnya: โ€œPuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datangโ€. 

โ€” Riwayat Muslim no.1162.

5. Hari keampunan dan pelepasan dari api neraka

Menurut Imam Nawawi dalam al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, beliau ada menyebut tentang kelebihan Hari Arafah iaitu hadis daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุนู’ุชูู‚ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูููŠู‡ู ุนูŽุจู’ุฏู‹ุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑูุŒ ู…ูู†ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ

Maksudnya: โ€œTidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafahโ€.  

โ€” Hadis riwayat Muslim no.2402.

Kesimpulannya, hari Arafah merupakah salah satu hari yang dimuliakan kerana terdapat banyak kelebihan jika seseorang beribadah pada hari tersebut. Lebih-lebih lagi hari Arafah termasuk dalam 10 hari terawal Zulhijjah yang mana telah dijanjikan sebagai hari yang disukai oleh Allah SWT. Mari kita sama-sama mengambil peluang berharga ni. Setahun sekali sahaja.