Fesyen Muslimah Patuh Syariah

Telekung 2 dalam 1
Bila dengar je nama Telekung Siti Khadijah, orang tahu telekungnya yang cantik dan selesa. Keselesaan, kualiti, serta inovasi produk menjadikan SK pilihan produk muslimah kegemaran ramai dan selalu dijadikan hadiah kepada orang tersayang. Terbaru, SK hadir lagi dengan inovasi telekung, kali ini untuk golongan wanita yang sibuk dengan kerjaya. Nama koleksi terbaru ini adalah Flair Pareo.

Kain Telekung 2 dalam 1

Telekung fesyen

Perkataan pareo tu yang membuat koleksi ni unik. Apa yang bestnya telekung ni adalah pada kainnya yang berfungsi 2 in 1 yang mana boleh jadi panjang dan pendek.

Pilihan Wanita Bergaya dan Berkerjaya

Kain telekung boleh laras

Macam yang kita cakap awal tadi, tujuan SK hasilkan Flair Pareo ni adalah untuk memudahkan urusan ibadah para wanita yang sibuk bekerja. Di sebalik kain telekung yang dibawa solat, ada zip tersembunyi yang menyimpan tali di bahagian dalam dan boleh digayakan menjadi kain pareo. Sebab itulah dinamakan kain telekung 2 in 1.

Inovasi untuk Memudahkan yang Wajib

Sesibuk mana pun urusan, sejauh mana pun perlu travel, sekerap mana pun meeting, solat tetap perlu dilaksanakan sebab ia WAJIB. Masa dengan Pencipta tak boleh dikhianati. Dengan adanya Flair Pareo ni, segalanya jadi mudah.

Skirt Pareo Labuh dan Sopan

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/aVU9_FF0H-c?si=itTd9ASLGaBc_GZh" title="YouTube video player" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture; web-share" referrerpolicy="strict-origin-when-cross-origin" allowfullscreen></iframe>

Kelabuhan kain boleh dilaraskan mengikut ketinggian

Diperbuat daripada Fabrik Premium dengan Visual Mewah

Flair Pareo ni menggunakan Azure Satin yang telah diuji tahap pengudaraannya. Fabrik ni juga tahan lasak, sangat lembut pada kulit, flowy, tak mudah kedut dan nampak mewah sebab permukaannya yang sedikit berkilat. Sesuailah dengan inovasinya. Selain cantik dan praktikal, fabriknya juga selesa. Dah nama telekung SK, mestilah selesa sebab pemilihan material berkualiti ni antara proses yang SK ambil berat sangat.

Fesyen Muslimah Terkini & Moden

Masa pergi kerja, gayakan kain telekung menjadi pareo dan padankan dengan blouse, atau apa-apa baju yang sesuai. Telekung atasan boleh masukkan dalam pouch bag. Jimat ruang nak masukkan dalam tote bag kerja. Sampai masa perlu solat, buka ikatan tali pareo dan masukkan ke dalam kemudian zip. Kain akan jadi panjang seperti kain telekung lain. Sarungkan telekung atasan dan boleh solat seperti biasa.

Unik kan?