Kenapa nak kena jaga awning tudung?

Apa yang penting sangat sampai nak solat pun masih gigih jaga awning tudung?

Pendek cerita, awning tudung adalah salah satu sumber keyakinan. Ramai perempuan ambil penting bentuk awning tudung mereka sebab awning tudung ni berperanan dalam menaikkan seri dan memberikan gaya tersendiri kepada pemakai. Seperti juga memilih pakaian dengan potongan yang flattering supaya individu yang rendah tidak nampak lebih rendah atau tubuh badan yang gempal nampak lebih langsing, begitu juga awning tudung berfungsi dalam memastikan tudung yang digayakan serasi dengan bentuk wajah. Barulah rasa yakin dengan penampilan. Setiap wanita menggayakan awning tudung mereka dengan cara tersendiri yang berbeza mengikut keselesaan dan bentuk wajah.

Usaha untuk jaga awning tudung

Orang perempuan ni kreatif. Mereka ada macam-macam cara untuk pastikan awning tudung on point sepanjang masa. Ada yang guna starch atau pengeras tudung, ada yang guna jarum peniti, dan ada yang guna inner dengan awning yang keras atau dulunya kita guna plastik muka depan buku skrap tu. Ada juga yang guna seterika rambut, tau? Apa pun caranya, orang perempuan akan cuba semuanya demi memastikan tudung kekal cantik walaupun dalam angin kencang atau ribut taufan.

Malas tanggalkan tudung masa solat?

SK memang faham sangat dengan dilema yang dihadapi kaum Hawa ni. Nak bersiap bukan sekejap, tanggungjawab pula banyak. Terutamanya wanita yang berjawatan tinggi atau berpengaruh yang perlu jaga penampilan setiap masa untuk berdepan dengan khalayak ramai. Mesti tiada masa nak buka pakai tudung, touch up mekap dan sebagainya setiap kali tiba waktu solat. Sebab tu kebanyakan wanita berusaha sedaya upaya untuk jaga wuduk apabila keluar rumah. Iya lah, bukan semua orang dianugerahkan dengan kecantikan semula jadi sampai pakai tudung senget-benget pun tetap nampak manis. Bila jaga penampilan, orang pun lebih hormat.

Jaga awning tudung ketika solat

Bukan nak kata wanita zaman sekarang lebih mementingkan penampilan untuk bertemu dengan orang berbanding dengan nak menghadap Tuhan. Isunya adalah kemudahan dan keselesaan. Tak salah nak beribadah lepas siap bersolek dan bergaya. Tapi kalau pakai telekung, mesti tudung akan terganggu sebab telekung ni jenis yang melekap di muka. Nanti ambil masa pula untuk betulkan. Sebab tu sesetengah perempuan lebih selesa solat tanpa telekung. Cumanya, untuk lebih menjaga aurat, SK bawakan Flair Khadija.

Rekaan terkini telekung tanpa kepala

Flair Khadija adalah koleksi telekung atasan tanpa kepala. Ada juga yang panggil telekung poncho. Fungsinya sama seperti telekung Midi biasa, cuma tak rosakkan tudung bila disarungkan. Kan lebih memudahkan kerja? Aurat pun sah-sah terjaga. Asalkan pakai stokin dan lilitan tudung menutupi dagu.

Walaupun inovasi ni sudah lama wujud dalam industri busana telekung di seluruh dunia, Flair Khadija yang SK bawakan direka dengan teliti sambil mengambil berat ciri-ciri tertentu. Antaranya potongan yang lebih labuh di belakang supaya telekung tidak terangkat ketika sujud, dan bukaan leher yang dilengkapi butang pankou untuk memudahkan pemakaian. Fabrik KUF dan KUF+ yang digunakan juga memiliki perlindungan UV SPF 20+ sementara rekaan minimalis dengan kemasan ribbon piping juga menjadikan koleksi ni lebih kompak untuk dibawa ke mana-mana.

Memupuk gaya hidup bermanfaat

 

Apa yang menarik tentang Flair Khadija ni, selain sangat membantu para wanita yang telah gigih menjaga wuduk untuk menjimatkan masa bersiap selepas solat, ia juga membantu untuk kegunaan lain seperti penyusuan bayi. Memang beruntung untuk kaum ibu dengan bayi kecil, killing two birds with one stone Orang Putih kata. Nak bawa solat senang, nak guna sebagai nursing cover pun boleh. Ciri-ciri macam ni lah yang sinonim dengan jenama Siti Khadijah yang sentiasa komited dalam memberi manfaat kepada gaya hidup para Muslimah.