Amalan Sunat 10 Hari Awal Zulhijjah
Bulan Zulhijjah merupakan salah satu daripada 4 bulan haram dalam Islam. Ia dinamakan bulan haram kerana diharamkan berperang pada bulan ini dan merupakan bulan yang suci. Allah SWT mengharamkan kezaliman pada bulan ini. Setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain.