Upacara perasmian disempurnakan oleh pengasasnya, Puan Padzilah Enda Sulaiman yang disaksikan oleh Group Chairman Siti Khadijah iaitu Encik Aminuddin bin Mohd Nasir, Chairman Siti Khadijah, Encik Shafie Shamsuddin, Group CEO Siti Khadijah, Encik Mohammad Munzir bin Aminuddin, Encik Mohammad Mukhlis Aminuddin selaku CEO Siti Khadijah dan Encik Firdaus selaku COO Siti Khadijah. Turut hadir ketika acara pembukaan butik flagship SK ini ialah Group CPO Siti Khadijah, Encik Mohammad Muzammil Aminuddin dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, YBhg. Dato’ Syed Md Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin.

Siti Khadijah buka butik ke-52
Pada 5 Jun yang lalu, secara rasminya Siti Khadijah membuka butik ke-52 yang terletak di Bintaro, Indonesia yang juga merupakan butik ke-3 di negara itu. Siti Khadijah juga mempunyai 49 buah butik di seluruh Malaysia.
Selain itu, majlis diserikan juga dengan kehadiran Dhatu Rembulan iaitu Duta Jenama Siti Khadijah Indonesia dan Ustaz Koh Dennis Lim sebagai pembaca doa dan perkongsian tazkirah.
Pembukaan butik ini bagi memenuhi permintaan pelanggan dan memberi kemudahan kepada warga di sana mendapatkan pakaian ibadah yang berkualiti tinggi dan selesa.
Kali ini, SK mengangkat tema ‘elevate’ untuk meninggikan martabat telekung melalui inovasi dan bertujuan mengajak para wanita serius dalam beribadah dengan memilih pakaian ibadah yang selesa. Semoga pembukaan butik di Bintaro ini memberi nafas baharu dalam penghasilan produk telekung berkualiti tinggi di Indonesia.