Lawatan ke Pusat Jagaan Mahmudah
Pada 1 hingga 15 April yang lalu, Tim Srikandi Siti Khadijah telah mengadakan kempen ‘Infaq Bersama Srikandi’ yang mana lima ribu ringgit daripada hasil jualan Srikandi akan disalurkan untuk program kebajikan. Kempen ini mendapat kerjasama daripada Jabatan perkhidmatan Korporat yang turut menyumbang lima ribu ringgit.