27 Perkara Membatalkan Solat

Solat ialah ibadah yang melibatkan perbuatan dan bacaan tertentu. Semua syarat dan rukun solat perlu dipenuhi untuk memastikan ibadah yang kita buat sah dan diterima Allah SWT.

Solat dikira batal atau tidak sah apabila bercanggah dengan garis panduan yang ditetapkan oleh syarak. Kekurangan mana-mana perkara wajib adalah punca utama solat terbatal dan hendaklah dilakukan semula.

Mazhab Syafi'e pula menyenaraikan 27 perkara yang boleh membatalkan solat iaitu:

Hadas Kecil 

Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur, termasuklah angin (kentut), kencing, najis besar, air mazi, keputihan, dan air wadi.

Hadas Besar

Situasi yang memerlukan mandi wajib, seperti keluar air mani, haid dan nifas

Bercakap dengan sengaja

Mengeluarkan kata-kata secara sedar dan sengaja kecuali ayat-ayat al-Quran dan bacaan dalam solat.

Bergerak 3 kali berturut-turut

Gerakan yang bukan daripada perbuatan solat.

Makan dan minum

Menelan makanan dan minuman walaupun yang bersifat cebisan seperti sebutir nasi di dalam mulut kecuali terlupa atau menelan air liur yang masih ada rasa manis minuman.

Ketawa dan menangis

Menunjukkan emosi dengan kuat dan jelas sehingga terkeluar suara yang mengandungi dua huruf.

Murtad 

Batal solat jika keluar daripada agama Islam.

Hilang akal

Gila, mabuk, sakit, pengsan atau pitam. Ini kerana seseorang itu tidak sedar keadaan diri apabila hilang kewarasan.

Aurat terbuka

Terbuka secara tidak sengaja tetapi tidak ditutup dengan segera.

Berimamkan individu yang tidak sah solatnya

Seperti berada dalam hadas atau orang kafir.

Tidak menghadap kiblat

Berpaling daripada kiblat seperti membelakangi kiblat dengan dada.

Mendapat pakaian 

Bagi individu yang solat tidak menutup aurat kerana tiada pakaian yang sempurna.

Was-was 

Seperti niat solat fardu Zohor bertukar kepada niat solat fardu Asar ketika dalam solat. 

Niat keluar solat

Menamatkan solat sebelum solat sempurna.

Berazam untuk menghentikan solat

Was-was sama ada ingin menghentikan solat atau tidak.

Meninggalkan rukun solat dengan sengaja termasuk bacaan.

Mengulangi rukun Fi’li dengan sengaja iatu:

  1. Berdiri 
  2. Rukuk.
  3. Iktidal.
  4. Sujud.
  5. Duduk antara dua sujud.
  6. Duduk tahiyat akhir.

Mendahului Rukun-Rukun Solat.

Tertinggal rukun Fi’li 

Tertinggal dua rukun daripada imam dengan sengaja.

Mengulangi Takbiratul Ihram 

Ulang 2 kali dengan niat Iftitah kerana membuat perbuatan yang pada urufnya tidak disuruh di dalam solat.

Terbuka sarung kaki kulit (khuf) 

Hingga menampakkan kaki bagi orang yang berwuduk dengan menyapu khuf.

Tamat waktu

Waktu yang mengharuskan orang memakai khuf menyapunya ketika wuduk telah tamat.

Sengaja memanjangkan rukun yang pendek

Seperti berada dalam keadaan iktidal dalam masa yang lama seperti membaca al-Fatihah

Sengaja memberi salam sebelum sempurna solat.

Kembali duduk selepas bangun berdiri

Duduk semula selepas bangun daripada tasyahud awal kerana dikira menambah rukun duduk.

Solat jika dilakukan dengan sempurna dengan mengambil kira rukun dan syarat sah dapat memberi ketenangan hati dan menyucikan jiwa. Solat adalah cara manusia berkomunikasi dengan Allah SWT dan kerana itulah kita kena berhati-hati dengan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat.