Pandemik yang melanda seluruh dunia pada 2020 memberi cabaran hebat kepada semua orang untuk meneruskan kehidupan seharian. Syarikat perniagaan antara yang terjejas kerana tidak dibenarkan beroperasi seperti biasa. Walau bagaimanapun, Siti Khadijah berjaya mengharungi cabaran tersebut dengan kerjasama daripada semua warganya.
2022
Dunia memasuki fasa endemik. Pasca pandemik telah memberi sumber kekuatan untuk Siti Khadijah terus unggul sebagai jenama yang inovatif dari pelbagai segi. Pada 20 mei 2022, secara rasminya pembukaan butik yang ke-39 di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang memberi nafas baharu kepada Siti Khadijah.
Korang dah pergi ke sana? Atau sudah melihat suasana butik baharu di media sosial Telekung Siti Khadijah?Bagi sesiapa yang sudah pergi, apa perasaan korang? Gembira atau bahagia? Apa sebenarnya yang Siti Khadijah nak bawa?
Untuk pengetahuan semua, bukan saja-saja butik baharu direka sedemikian rupa. Setiap sudut ruang ada tujuannya. Pembukaan butik pada kali ini menggunakan khidmat interior designer dengan menonjolkan konsep ‘modern luxury’. Warna-warna yang digunakan adalah gabungan warna mewah dan neutral untuk memberi pengalaman luar biasa kepada semua pengunjung. Penggunaan warna maroon masih dikekalkan. Cuma, tambahan warna ‘gold’ dan ‘rose gold’ digunakan untuk memperlihatkan suasana mewah.
Selain itu, melalui konsep ini Siti Khadijah mahu memberitahu kepada orang ramai bahawa bukan sahaja telekung sebagai produk yang ditawarkan. Sebenarnya, Siti Khadijah telah pun melangkah ke satu fasa baharu dalam dunia fesyen dengan menyediakan produk-produk pakaian dan barangan keperluan seharian dengan identiti yang tersendiri berbeza dengan jenama lain di luar sana.
Bagi sesiapa yang selalu mengunjungi butik Siti Khadijah, pasti anda dapat merasakan banyak perbezaan antara butik lama dengan butik ke-39 ini. Kali ini, ruang stor dibuat lebih besar bagi memastikan jumlah stok sentiasa mencukupi keperluan dan produk-produk yang ditawarkan lebih banyak berbanding sebelum ini.
Bagi sesiapa yang mengunjungi butik Siti Khadijah bersama ahli keluarga, anda tidak perlu risau lagi. Para suami boleh menunggu isteri di ruang rehat yang lebih selesa. Pasti selepas ini para suami teruja nak menemankan isteri membeli belah. Para isteri pula, inilah masanya anda nak mengajak suami merasai keseronokan menjadi pelanggan Siti Khadijah. Inilah masanya nak menjadikan Siti Khadijah melekat di hati ahli keluarga dan mencipta momen indah bersama.
Apa yang Siti Khadijah harapkan dengan konsep baharu ni?
Pastinya semua Team SK mengimpikan Siti Khadijah terus menjadi pilihan di hati semua orang dengan keselesaan yang cuba ditampilkan. Seluruh warga Siti Khadijah mahukan semua orang merasai nikmat beribadah dengan seronok. Jika dahulu orang mengenali Siti Khadijah sebagai jenama telekung no 1 di Malaysia. Pada kali ini Siti Khadijah mahu dikenali sebagai jenama fesyen no 1 bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat global. Semoga Siti Khadijah terus gagah melangkah setapak demi setapak untuk melengkapi gaya hidup anda seharian.