Dalam kehidupan berumah tangga, ada satu perkara yang sering dilakukan seorang isteri tanpa diminta, iaitu memastikan suaminya sentiasa tampil kemas, terurus dan kacak setiap kali melangkah keluar. Dari menyiapkan kelengkapan harian hingga memilih pakaian yang sesuai untuk si suami, semuanya dilakukan penuh kasih dan perhatian.
Pengerat kasih sayang suami isteri
Memilih busana yang menjadi pelengkap gaya suami adalah keutamaan buat isteri dalam memastikan suami sentiasa nampak sempurna. Tidak hanya elok dipandang, busana itu haruslah selesa dan praktikal, sesuai dengan citarasa suami.
Memahami kehendak isteri yang mahukan yang terbaik buat suami tersayang, hadirnya Koleksi TEMAN - Hadiah isteri buat suami. Koleksi yang disempurnakan dengan sentuhan moden dan klasik serta penuh karakter khusus untuk kaum adam.
Pilihan sempurna untuk suami tercinta
TEMAN hadir dengan palet earth color yang menyerlahkan personaliti dan kematangan jejaka. Warna-warna ini bukan sahaja mudah digayakan, malah membantu mencipta gaya moden dan maskulin, sesuai untuk jejaka yang gemar tampil sempurna dalam setiap langkah.
Setiap helaian diperbuat daripada pilihan fabrik kapas dan poliester premium untuk memberikan keselesaan yang anda inginkan. Malah, rekaannya yang kemas dengan sentuhan kontemporari menyerlahkan ketampanan jejaka.Tekstur fabrik yang ringan dan lembut menjadikan koleksi ini ideal untuk cuaca panas dan selesa dipakai dari pagi hingga malam.
Menyerlahkan ketampanan jejaka
Lebih menarik, koleksi TEMAN direka agar mudah disuai padan. Jika diipadankan dengan seluar kasual, khakis atau denim, ia mencipta gaya smart kasual. Padanan ini sesuai digayakan jika anda menghadiri majlis atau ke pejabat. Tetapi, apabila dipadankan dengan kain pelekat, anda terus tampak sederhana dan sedia untuk solat. Inilah koleksi yang membolehkan jejaka bergaya tanpa perlu berfikir panjang.
Noah & Ethan - Menyatukan 3 bangsa
Koleksi Noah & Ethan hadir dengan rekaan yang tersendiri namun tetap mengekalkan sentuhan klasik pada setiap potongannya. Setiap helaian dicipta dengan keistimewaan tersendiri bagi memenuhi impian jejaka yang ingin tampil segak dan tidak berlebihan.
Kurta Noah direka dengan kolar teluk belanga yang diolah semula untuk tampak lebih moden dan versatil. Rekaan yang ringkas dan praktikal dengan kemasan poket sisi serta side-slit ini menyerlahkan ketampanan si pemakai.
Rekaan menarik dengan setuhan klasik
Lebih penting, kurta ini dihasilkan menggunakan fabrik yang lembut, tidak panas dan selesa dipakai sepanjang hari. Sama ada untuk menghadiri majlis mahupun ke pejabat, Noah ialah pilihan yang tepat bagi jejaka yang mengutamakan gaya dan keselesaan dalam satu persalinan.
Jika Noah menampilkan ciri tradisional Melayu, Kurta Ethan pula hadir dengan rekaan Mandarin Collar yang mempunyai sentuhan klasik budaya Cina dan India, namun tetap relevan untuk digayakan sepanjang masa.
Tiga budaya dalam satu rekaan
Kurta ini direka dengan potongan regular dan berlengan panjang bagi menyerlahkan gaya yang sopan dan tampak kemas. Ia sesuai dipakai sama ada untuk beribadah, ke pejabat, atau bersantai. Setiap helaian memastikan si pemakai tampil yakin, bergaya dan dalam masa sama rasa selesa.
Salman Thobe Outerwear - Tampak modest dan bergaya
Ia ibarat busana penyelamat. Penampilan yang ringkas dan sederhana nampak memukau saat menggayakan Salman Thobe Outerwear. Rekaannya menekankan ciri-ciri modest dengan potongan longgar, tetapi dalam masa sama praktikal dan nampak versatil untuk menyerlahkan pesona jejaka.
Tampil versatil dan bergaya
Baju berpotongan panjang ini direka dengan kemasan zip pada bahagian hadapan serta dikemaskan dengan hoodie yang menggabungkan fungsi dan gaya dalam satu persalinan. Fabriknya yang tebal namun tidak merimaskan memberi kehangatan yang selesa. Menjadikannya pilihan tepat untuk cuaca dingin, perjalanan jauh atau gaya harian yang lebih bergaya.
Jadikan salah satu koleksi TEMAN sebagai pilihan persalinan anda. Setiap helaian direka untuk melengkapkan gaya, sekaligus memberi sentuhan baharu yang mampu menyerlahkan keseluruhan penampilan jejaka.





