Broderie Rania – Menyerlahkan Keanggunan Wanita

Broderie Rania – Menyerlahkan Keanggunan Wanita

 

Telekung hari ini bukan lagi sekadar persalinan solat dengan rekaan minimalis. Ia telah berubah mengikut peredaran masa tanpa meninggalkan nilai tradisi dan prinsip syariat.

Ia juga bukan sekadar helaian kain untuk menutup aurat ketika solat tetapi menjadi lambang peribadi seorang wanita muslim. Sebab itulah semakin ramai yang memilih telekung yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga selesa dipakai.

Di Siti Khadijah, setiap helaian telekung direka dengan penuh teliti dengan menggabungkan sentuhan moden, kehalusan seni dan perincian eksklusif untuk memenuhi cita rasa wanita masa kini. Setiap koleksi membawa keunikan tersendiri, dihasilkan khusus untuk memberikan pengalaman solat yang lebih tenang, elegan dan bermakna.


Kemewahan dalam Setiap Helaian

 


Sulaman bunga poppy dengan taburan batu permata yang memukau.

 

Terbaru Siti Khadijah tampil dengan Koleksi Broderie Rania yang membawa maksud keindahan dan aura positif. Setiap helaian dihiasi sulaman bunga poppy yang indah serta taburan batu permata yang memukau untuk memberikan gaya elegan kepada si pemakai.

Setiap sulamannya menggunakan teknik running stitch pada bahagian kelopak bunga untuk menghasilkan efek timbul yang unik dan menawan. Bahagian muka pula direka dengan reka muka classic yang tampak cantik mengikut bentuk wajah serta menyerlahkan keayuan si pemakai.


Fabrik Premium untuk Keselesaan Maksimum

 


Tekstur lembut, breathable dan tidak mudah renyuk.

 

Tidak hanya perincian yang serba mewah, koleksi telekung ini juga diperbuat menggunakan fabrik serat buluh hybrid yang berkualiti tinggi. Ia mempunyai tekstur yang lembut untuk memberikan keselesaan kepada anda saat menggayakannya. Fabrik ini juga tidak panas, menyerap peluh dan tidak mudah renyuk. Pilihan yang tepat untuk merasai keselesaan ketika solat.


Bingkisan Eksklusif untuk yang Tersayang

 


Hadiah penuh makna, simbol kasih sayang dan doa.

 

Setiap helai telekung eksklusif yang dihasilkan direka dengan penuh teliti menggunakan fabrik premium yang lembut, selesa dan tahan lama. Perincian halus seperti sulaman mewah, renda bermutu tinggi dan jahitan kemas menjadikan setiap helaian tampil penuh keanggunan.

Disebabkan itu, koleksi telekung istimewa ini sesuai dijadikan hadiah yang penuh makna. Ia bukan sekadar pemberian, tetapi simbol doa dan kasih sayang yang berpanjangan.

Ibu akan berbangga jika menerimanya dari anak tersayang, isteri akan bertambah sayang kepada suami tercinta dan rakan akan rasa lebih dihargai.

 


Pilihan ideal untuk dulang hantaran pernikahan.

 

Ia juga menjadi pilihan utama sebagai bingkisan untuk dulang pernikahan, melengkapkan hari bahagia dengan sesuatu yang indah, bernilai dan bermanfaat. Koleksi mewah ini membawa sentuhan premium yang mencerminkan keindahan dan kelembutan seorang wanita.

Hadiahkan sesuatu yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga bermakna setiap kali digunakan dalam ibadah. Ia ibarat hadiah yang memanjangkan doa, mengukuhkan hubungan dan merakam memori indah yang tidak akan dilupakan. Pastikan koleksi Broderie Rania menjadi salah satu helainan telekung yang perlu anda ada.

Dapatkan Koleksi Broderie Rania Anda Sekarang