Telekung kini bukan sekadar persalinan solat dan kelengkapan ibadah tetapi, ia menjadi lambang keperibadian wanita muslim. Tidak hanya keselesaan, rekaan yang versatil dan perincian indah menjadi elemen penting setiap kali memilih telekung yang ingin dibeli.
Siti Khadijah sentiasa peka dengan kehendak semua pelanggan. Setiap helaian telekung yang dihasilkan mendapat sentuhan yang cukup sempurna bagi memenuhi kepuasan FamilySK. Semua koleksi yang dikeluarkan mempunyai perincian yang tersendiri dan pastinya memikat hati setiap wanita.

Terbaru, SK hasilkan telekung dengan sentuhan eksklusif, Flair Rea yang cantik dan mewah bagi menyerlahkan pesona wanita. Ia diperbuat menggunakan fabrik sutera kapas dan dilapisi dengan fabrik ecovero yang lembut serta tidak merimaskan.
Kemasan sulam biku

Setiap perincian yang terdapat pada telekungini direka dengan penuh teliti, halus dan tampak indah. Setiap helaian direka dengan motif yang menarik dan menghasilkan karya seni yang cukup istimewa.
Bukan itu sahaja, telekung ini juga dihiasi dengan perincian sulaman biku pada bahagian hujung telekung dan kain. Sulaman yang kemas dan halus, memberikan sentuhan yang berbeza dan memukau.
Taburan batu permata berkilau
Lebih istimewa, koleksi ini dihiasi dengan taburan batu permata mewah yang dihiasi pada bahagian sulaman biku di hujung telekung. Batu permata ini dipilih berdasarkan tahap kilauan, kualiti dan ketahanannya agar kekal cantik walaupun dipakai dalam jangka masa panjang.

Setiap perincian dipasang dengan teliti untuk hasil yang lebih sempurna. Perincian batu permata ini tidak hanya mencantikkan telekung, tetapi memberikan aura elegan yang membuatkan pemakainya tampil lebih yakin dan mempesona.
Fabrik Premium yang lembut dan selesa
Selain hiasan yang memukau, pemilihan fabrik juga memainkan peranan penting. Telekung eksklusif ini diperbuat daripada fabrik yang mempunyai tekstur llembut, ringan dan beralun cantik bagi memberikan pengudaraan yang baik serta rasa nyaman sepanjang ibadah. Fabrik premium ini juga mudah dijaga, tahan lasak dan sesuai dipakai dalam pelbagai cuaca.
Face opening direka untuk mengekalkan kekemasan dan tampak cantik mengikut bentuk wajah anda. Manakala potongan labuh membantu menutup aurat anda dengan sempurna tanpa mengganggu pergerakan solat.

Sesuai menjadi hadiah istimewa
Dengan keunikan dan kualitinya yang tiada tandingan, telekung eksklusif ini menjadi pilihan ideal sebagai hadiah istimewa buat yang tersayang. Tidak hanya untuk ibu, isteri atau sahabat, Flair Rea juga sesuai dijadikan sebagai self reward buat diri anda sendiri. Ramadan dan syawal bakal menjelang tidak lama lagi, inilah masa yang sesuai untuk miliki telekung eksklusif ini sebagai tanda penghargaan kepada diri anda. Tidak salah kan? Barulah rasa lebih bermakna.
Selain hadiah, telekung ini juga sesuai dijadikan sebagai bingkisan untuk acara istimewa seperti perkahwinan, pertunangan dan majlis keagamaan. Ia bukan sekadar hadiah, tetapi simbol penghargaan penuh makna yang pastinya akan menggembirakan si penerima.

Koleksi sempurna untuk Muslimah
Flair Rea adalah gabungan sempurna antara seni, kemewahan dan keselesaan. Telekung ini bukan hanya persalinan solat, tetapi helaian istimewa yang menemani setiap ibadah anda. Dengan perincina sulaman menarik dan taburan batu permata mewah, momen ibadah menjadi lebih indah dan berbeza.

Koleksi eksklusif ini merangkumi kecantikan moden yang menghormati tradisi, sempurna untuk setiap muslimah yang menghargai kualiti, keanggunan dan ketenangan. Setiap perincian yang direka mencerminkan dedikasi dalam menghasilkan telekung yang bukan sahaja cantik dipandang tetapi selesa dipakai.





