Nearest Store To You
Aeon Mall Nilai
F08, Tingkat 1, AEON Nilai Shopping Centre, No. 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia


Keagungan dan keindahan iluminasi Mushaf Terengganu diterapkan ke dalam Koleksi Ramadan Raya Siti Khadijah 2026 dengan penuh kehalusan dan ketelitian.
Telekung
Koleksi Busana
Aksesori
Terinspirasi daripada keagungan Mushaf Terengganu, Koleksi Mushafe‑Warisan Darul Iman mengangkat keindahan dan warisan Mushaf Terengganu dalam setiap helaian telekung yang dihasilkan. Motif yang halus dan berperincian ini bukan saja cantik dipandang, tapi juga membawa nilai sejarah dan tradisi yang unik.
‘Mushafe’ nama yang unik dan mempunyai makna yang tersendiri. Istilah Mushafe (sering dieja Mushafé) merupakan satu konsep unik yang muncul daripada persilangan antara tradisi Islam (Mushaf) dengan estetika atau pengaruh bahasa Perancis. Inilah keistimewaan koleksi Siti Khadijah untuk Ramadan dan Raya 2026 nanti yang direka khusus untuk dimiliki FamilySK.


“Ini kolaborasi kedua Siti Khadijah bersama Ketua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (ATMA) UKM sejak tahun 2023. SK sangat tertarik dengan khazanah kajian yang mereka lakukan kerana di sinilah tersimpan sejarah Tamadun Melayu serta jiwa bangsa kita.” ujar Ketua Jenama dan inovasi, Muhammad Mukhlis bin Aminuddin.
Tambah Mukhlis lagi, saat matanya terpandang helaian Mushaf Terengganu, dia terus terpegun dengan keindahan seni hias mushaf agung ini. “Keindahannya bukan sekadar pada seni, tapi pada rohnya. Kami teruja untuk berkongsi koleksi istimewa dan eksklusif ini dengan semua FamilySK.” ujarnya lagi.
Iluminasi dan padanan warna Mushaf Terengganu menjadi inspirasi untuk setiap helaian telekung dan busana yang dihasilkan bagi koleksi Ramadan Raya 2026. Rekaan yang segar dan eksklusif namun masih mengetengahkan ciri-ciri klasik yang mewah.



Bagi Mukhlis, dia percaya usaha yang kecil ini mampu memberikan impak yang besar dalam mengangkat semula nilai khazanah negara yang selama ini tersembunyi. Secara tidak langsung membawa keindahan tamadun Islam Nusantara keluar ke dunia, agar ia sentiasa diingati dan dihargai.
“Kami bukan sekadar mahu menghasilkan produk sahaja, tetapi besar harapan kami agar kita semua dapat 'memakai' secebis sejarah yang sarat dengan makna. Kami mahu semua FamilySK mampu menghargai dan menghayati keindahan kalam agung ini dalam kehidupan serta menjadi peneman dalam setiap ibadah yang dilakukan.” ujarnya.

Istimewa untuk Ramadan dan Raya 2026, Siti Khadijah tampil dengan koleksi eksklusif berinspirasikan daripada keindahan seni hias Mushaf Terengganu. Tidak hanya untuk tatapan mata, kini FamilySK dapat menggayakan hiasan unik ini sebagai peneman ibadah anda.
Telekung dalam koleksi ini direka untuk memberi keselesaan dan ketenangan sepanjang solat. Kain yang lembut dan ringan membuatkan solat rasa lebih bermakna dan selesa tidak kira masa. Motif Mushaf Terengganu ditonjolkan menerusi rekaan renda yang menghiasi bahagian hujung telekung. Setiap helaian tampil dengan rekaan renda yang berbeza, unik serta memberikan sentuhan klasik dan elegan.








“Kami percaya FamilySK pasti akan terpegun dengan perincian sulaman yang terdapat pada koleksi telekung ini. Setiap rekaan sulaman yang dihasilkan dengan penuh teliti dan mempunyai keunikan tersendiri. Bukan sahaja telekung, seleksi busana untuk koleksi ini juga direka dengan sentuhan klasik dan tradisional untuk menepati tema Mushaf Terengganu,” ujar Mukhlis.




Selain telekung, SK juga menghasilkan koleksi tudung yang dihiasi perincian Mushaf Terengganu. Setiap motif yang ada pada helaian tudung ini ditafsir semula dalam susunan motif yang halus dan elegan. Ia bukan sekadar pelengkap gaya, tetapi helaian yang membawa nilai seni, tradisi dan keindahan yang kekal sepanjang masa.
Bukan itu sahaja, ada juga sejadah yang direka dengan motif yang sama. Ia direka dengan penuh ketelitian sebagai ruang pertemuan antara seni dan ibadah. Setiap corak melambangkan ketenangan dan kehalusan warisan Islam, menjadikan setiap sujud lebih bermakna.
Melalui Koleksi Mushafe – Warisan Darul Iman, keindahan mushaf ini diterjemahkan semula dalam bentuk yang lebih dekat dengan kehidupan seharian yang menggabungkan seni, tradisi dan ibadah. Setiap helaian yang dihasilkan menjadi peringatan bahawa warisan Islam bukan hanya untuk dikenang, tetapi untuk terus dihayati dan diwariskan kepada generasi seterusnya.


Nearest Store To You
F08, Tingkat 1, AEON Nilai Shopping Centre, No. 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Nearest Store To You
G35, AEON Rawang Anggun Shopping Centre, Persiaran Anggun, Taman Anggun, 48000 Rawang, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot F46, AEON Mall Shah Alam, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
102-G, Lorong Memanda 2, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
7-61-3A, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
GF-02, Ground Floor, Elmina Lakeside Mall, Persiaran Elmina, 40160 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
L2-05, Central i-City Shopping Centre, Seksyen 7, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
L1-226-2, First Floor, IOI City Mall 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Sepang, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
36-G, Arena Warisan Puteri, Jalan Arena, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Butik Siti Khadijah, Old Wing Lot F113A & F113B, 1 Utama Shopping Centre, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
60, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Eco Grandeur, No. 45-G, Jalan Esplanad 1/8, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
13, Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
68-G, Jalan BPS 5, Bandar Prima Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Nearest Store To You
127-G, Jalan S2 B21, Pusat Dagangan Centrio, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Nearest Store To You
41-G, Persiaran Setia Utama, Setia Alam, 40170 Setia Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot G24B, Ground Floor, Subang Parade, Jalan Kemajuan Subang, SS16, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Hours: Monday–Sunday: 10:00am–10:00pm
Nearest Store To You
83, Jalan Nautika A U20/A, Pusat Komersial TSB, 40160 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot G1.80, Ground Floor, Sunway Pyramid, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 3, Jalan Nilam 3, Nilai Impian, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia