Butik Aeon Rawang Dan Central i-City Shah Alam Dengan Sentuhan Yang Berbeza

Butik Aeon Rawang Dan Central i-City Shah Alam Dengan Sentuhan Yang Berbeza

 

Selepas pembukaan butik ke-60 di Bangsar, kini Siti Khadijah membuka semula dua butik di Rawang dan Shah Alam. Ini juga salah satu usaha SK dalam menempa nama sebagai peneraju telekung moden di negara ini.  Pembukaan semula dua butik di AEON Mall Rawang dan Central i-City, Shah Alam ini juga membuktikan Siti Khadijah semakin mendapat tempat di hati kaum wanita yang inginkan kesempurnaan ketika beribadah. 

Siti Khadijah Aeon Rawang 

Siti Khadijah Central iCity, Shah Alam 

Pembaharuan ini bukan sekadar menambah baik ruang fizikal, tetapi melakar semula pengalaman membeli-belah yang lebih mewah, selesa, tenang dan lebih menghargai setiap pelanggan yang melangkah ke dalam butik. 

Jika sebelum ini kedua-dua butik SK ini hanya menjual telekung, tetapi dengan pembukaan semula ini, kesemua koleksi keluaran SK boleh didapati di butik ini. Kini dia butik SK Rawang dan Central iCity, FamilySK berpeluang untuk shopping sakan semua aksesori dan busana eksklusif keluaran SK. 

Ada koleksi busana untuk lelaki dan wanita, sejadah, anak tudung serta koleksi untuk si kecil. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk ke sini kerana pelanggan akan terpegun dengan susun atur serta koleksi yang dipamerkan. 

Lebih kemas dan tersusun

Butik baharu dengan konsep yang lebih memukau

Selari dengan identiti jenama yang menitikberatkan keselesaan dan ketelitian, pembukaan semula butik ini menampilkan perubahan menyeluruh bagi memastikan setiap kunjungan terasa istimewa. Ruang butik diperluas untuk memudahkan FamilySK membeli-belah, menjadikan pengalaman memilih dan mencuba koleksi terasa lebih eksklusif.

Di kedua-dua butik, pelanggan akan disambut dengan:

  • Ruang yang lebih besar dan teratur, memudahkan pergerakan seisi keluarga

  • Ruang pameran produk yang direka semula, memfokuskan pengalaman visual yang lebih mewah

  • Susun atur minimalis namun sofistikated, menonjolkan kesenian rekaan tanpa gangguan

Pelbagai aksesori menarik 

Dekorasi butik baharu ini juga menonjolkan suasana yang lebih elegan dan menyenangkan. Setiap elemen dalam butik dirancang rapi bermula dengan pilihan warna, cahaya, hinggalah ke perincian hiasan.

Antara sentuhan dekorasi yang menyerlah:

  • Palet warna neutral & pastel, melambangkan kelembutan dan kesucian

  • Pencahayaan premium, direka untuk memantulkan tekstur lembut fabrik SK

  • Susun koleksi yang teratur menjadikan setiap koleksi kelihatan seperti karya seni

Koleksi telekung tekini dan eksklusif

Suasana ruang dalam butik juga nampak lebih mesra pelanggan bagi mengalu-alukan mereka untuk datang ke sini. Sebaik sahaja melangkah masuk, mereka akan disambut dengan mesra. Pastinya pengalaman membeli-belah di sini akan lebih mengujakan mereka. 

Koleksi eksklusif dan pelbagai  

Sempena pembukaan semula ini, kedua-dua butik SK mempamerkan rangkaian produk yang pelbagai dan disusun mengikut tema serta koleksi. Ia menjadikan pelanggan mudah memilih pelbagai koleksi yang ada. 

Setiap koleksi mempamerkan identiti SK yang cukup istimewa. Setiap telekung yang dihasilkan diperbuat menggunakan fabrik yang lembut, jahitan yang kemas dan kehalusan seni sulaman yang cukup indah. Gabungan ini menjadikan setiap helaian bukan hanya persalinan solat tetapi mampu menyerlahkan pesona setiap wanita.

Pilihan menarik untuk FamilySK shopping sakan

Selain telekung, di butik ini juga ada dijual koleksi Teman dan Cilik, sesuai untuk jejaka serta kanak-kanak. Setiap koleksi yang ada sini, disusun rapi dan indah untuk memudahkan pelanggan memilih serta membeli-belah.

Ruang indah dengan pengalaman baharu

Pembukaan semula butik ini juga menandakan langkah baharu dalam perjalanan SK untuk menjadi lebih dekat dengan komuniti setempat. Dengan ruang yang lebih besar dan suasana yang lebih indah, pelanggan bakal mencipta momen membeli-belah yang indah ketika mereka ke sini. 

Lebih selesa untuk membeli-belah 

Siti Khadijah bukan hanya berkembang dalam rekaan, tetapi berkembang untuk pelangga bagi memberikan pengalaman terbaik dari saat mereka melangkah masuk hingga saat mereka pulang membawa pilihan yang paling disukai.

Bukan sahaja dua butik ini, SK juga sudah membuka butik baharu dia Sunway Pyramid dan Kangar Jaya Mall, Perlis. Akan datang SK bakal membuka butik baharu di Aeon SS18, Ipoh serta beberapa lokasi yang telah dirancang. Semoga dengan pembukaan lebih daripada 63 buah butik ini akan memberikan impak yang luar biasa kepada SK dan FamilySK.