Sempena menyambut kedatangan bulan penuh keberkatan, GEMA RAMADAN Siti Khadijah Berkolaborasi dengan TV Al-Hijrah Sempena Konvensyen Hijrah Bergema yang diisi dengan pelbagai program menarik dan bermanfaat. Acara ini juga menjadi platform untuk menyemarakkan persiapan Ramadan melalui pengisian kerohanian, inspirasi gaya hidup Muslim serta pelancaran koleksi terbaharu Siti Khadijah.
Pelbagai pengisian yang bermanfaat

Selari dengan aspirasi jenama yang menekankan keseimbangan rohani dan ketenangan jiwa, Siti Khadijah juga memperkenalkan kempen JEDA - Damai Dalam Waktu, satu ajakan untuk kita berhenti sejenak, memperlahankan langkah dan kembali mencari ketenangan dalam dunia yang serba tergesa-gesa.
Melalui mesej Pause for Peace ini, Siti Khadijah mengajak masyarakat untuk berhenti sejenak daripada kesibukan dunia dan tenangkan jiwa dengan kembali kepada diri, keluarga serta Ilahi. Kempen ini menjadi salah satu usaha Siti Khadijah dalam menyambut Ramadan serta Syawal dengan jiwa yang lebih damai. Nilai ini selari dengan prinsip Siti Khadijah yang sentiasa menitikberatkan keselesaan, ketenangan dan kekhusyukan dalam setiap helaian yang dihasilkan.

Pelbagai koleksi baharu dengan tawaran harga menarik
Koleksi Mushafe - Warisan Darul Iman - Untuk Ramadan dan Raya 2026
Menerusi Gema Ramadan ini juga, Siti Khadijah secara rasmi memperkenalkan Koleksi Ramadan dan Raya 2026 yang diinspirasikan daripada Mushaf Terengganu. Koleksi yang diberi nama Mushafe - Warisan Darul Iman ini mengangkat keunikan dan kehalusan seni warisan Islam Nusantara dengan sentuhan klasik Renaissance. Di sinilah motif halus Mushaf Terengganu bersua dengan simetri teratur dan kelembutan floral Renaissance, membentuk rekaan yang sarat dengan ketelitian, keseimbangan dan pesona yang memukau.
Mohammad Munzir bin Aminuddin, GCEO ENDA Group Sdn Bhd
Koleksi Ramadan Siti Khadijah 2026
Setiap helaian telekung dan busana yang dihasilkan mengetengahkan kehalusan rekaan, keselesaan fabrik serta sentuhan eksklusif yang menjadi identiti Siti Khadijah. Terdapat pelbagai rekaan telekung dengan motif sulaman indah yang mampu menyerlahkan pesona anda. Tidak terhenti di situ, koleksi ini turut menampilkan busana untuk lelaki, wanita serta kanak-kanak yang direka dengan sentuhan yang harmoni, anggun dan versatil. Sudah pasti Ramadan kali ini akan menjadi momen yang penuh bermakna buat anda sekeluarga.
Amyra Rosli & Ammar Baharin Sekeluarga - Wajah baharu Koleksi Ramadan dan Raya 2026
Buat julung kalinya Siti Khadijah turut memperkenalkan Amyra Rosli dan Ammar Baharin sekeluarga sebagai wajah baharu bagi koleksi Ramadan dan Raya 2026. Pemilihan pasangan ini sangat bertepatan dengan koleksi baharu ini yang ingin mengetengahkan nilai kekeluargaan yang harmoni dan bahagia.

Amyra Rosli dan Ammar Bharin sekeluarga, wajah baharu Koleksi Ramadan dan Raya 2026
Kehadiran mereka sebagai wajah baharu mencerminkan keindahan sebuah keluarga Muslim yang mengutamakan keseimbangan antara ibadah, kerjaya dan kehidupan seharian yang berteraskan Islam seiring dengan aspirasi SK. Bukan itu sahaja, dengan perlantikan mereka juga diharap dapat menyemarakkan lagi kedatangan Ramadan dan Raya anda dengan pelbagai koleksi istimewa yang SK hasilkan untuk diri serta keluarga tersayang.

Antara koleksi terbaharu 2026
Gema Ramadan bukan sekadar majlis, tetapi satu perjalanan menyeluruh yang menyatukan persiapan rohani dan jasmani serta memupuk nilai kekeluargaan dalam menyambut bulan mulia nanti. Siti Khadijah akan terus melangkah sebagai jenama yang menginspirasikan ketenangan, kesederhanaan dan keselesaan dalam kehidupan. Diharapkan inisiatif ini mampu menjadi pemangkin kepada Ramadan dan Raya yang lebih bermakna serta penuh ketenangan jiwa dalam diri setiap individu.





