Launching New Concept Store Bangsar 2025

Launching New Concept Store Bangsar 2025

Concept Store Sentuhan Moden & Eksklusif

 

*gambar bahagian luar Concept Store Bangsar


Berbeza daripada butik SK yang lain, cawangan baharu ini tampil dengan suasana lebih eksklusif, selesa dan moden, menjadikannya destinasi wajib setiap kali anda ingin berbelanja.

Sebaik sahaja melangkah masuk, anda pasti terpesona dengan dekorasi berkonsepkan Cozy Minimalis. Susun atur yang kemas, pencahayaan yang lembut, dan ruang yang luas mencipta pengalaman membeli-belah yang cukup menyenangkan. 

 

*hiasan dalaman yang cantik & tersusun


Ruang selesa dan interaktif

Setiap sudut butik ini direka untuk memberikan keselesaan maksimum kepada FamilySK agar anda boleh menikmati setiap koleksi dengan tenang. Tidak seperti butik SK yang lain, di sini juga ada menempatkan Galery SK. Bukan sahaja boleh shopping, anda juga berpeluang untuk mengetahui mengenai sejarah SK dan fabrik yang kami gunakan. 

*kemudahan surau untuk FamilySK

Berbeza dengan butik biasa, Concept Store SK ini ada menyediakan kemudahan surau untuk semua FamilySK yang datang ke sini. Anda pasti jatuh cinta dengan keindahan susun atur surau yang cantik dan selesa.

Lebih menarik, FamilySK juga berpeluang untuk memilih sulaman yang berkenan dihati untuk dijahit pada telekung anda. Anda boleh custom telekung yang dibeli mengikut citarasa anda. 

 

*pelbagai koleksi telekung untuk dipilih

 

*ruang galeri produk di Concept Store Bangsar


Koleksi lengkap untuk semua

Ruang dalam butik dibahagikan dengan berberapa bahagian, jadi mudah untuk anda memilih koleksi yang ada di sini. Bukan sahaja telekung, butik ini juga menjual persalinan dan aksesori untuk wanita serta lelaki. Koleksi Teman tampil dengan rekaan maskulin dan praktikal khusus untuk kaum adam yang inginkan keselesaan sepanjang hari. 

 

*koleksi Teman untuk kaum adam

*pelbagai pilihan koleksi Teman

 

Tidak lupa untuk si kecil tersayang. Koleksi Cilik menyediakan persalinan solat dan busana kasual, istimewa untuk menyerlahkan penampilan mereka. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung dan shopping di sini.

 

Jemput datang, kami menanti kehadiran anda. 

 

Alamat: Siti Khadijah Bangsar, Lot 133, Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tel: 013-365 0198

Waktu operasi: 10 am hingga 8 pm