Apa yang diperlukan untuk kekal yakin dan fokus dalam gerak kerja seharian?

Dalam kesibukan bekerja dan beraktiviti, rasa selesa amat penting untuk memastikan produktiviti sentiasa terjaga. Usaha dan komitmen kerja untuk mencapai sesuatu matlamat perlu dipandang serius agar mendapat hasil yang dihajatkan.    

Keselesaan Luaran

Keselesaan luaran dipengaruhi oleh penampilan dan persekitaran yang sentiasa dijaga. Kepentingan pakaian yang kemas dan dipakai sesuai mengikut tempat dan keadaan tidak mengganggu fokus kerja dan aktiviti yang dilakukan. Begitu juga dengan barang keperluan lain. Apabila keselesaan dirasai ketika menggunakannya, akan terbit rasa seronok dan mahu menggunakannya berulang kali. 

Mindset

Segala tindakan dipengaruhi oleh mindset  atau cara fikir seseorang. Cara  fikir yang memandang jangka masa panjang sebagai tujuan utama, akan memilih barang keperluan yang memberi keselesaan pada jasmani untuk memberi rasa puas sepanjang menggunakannya. Aspek true image perlu ada supaya kekal konsisten memilih gaya hidup yang cantik dan selesa bukan hanya di luar rumah, tetapi di dalam rumah juga. 

Kualiti Material

Pemilihan produk yang mempunyai ciri-ciri material berkualiti tinggi seperti pengudaraan yang baik, tidak panas, tidak mudah tercarik, tahan lasak, tidak melekap pada tubuh dan lembut pada kulit menjadi faktor penting yang boleh mewujudkan rasa selesa pada tubuh. 

Penghasilan produk-produk berkualiti tinggi memberi pengalaman berharga kepada pengguna dan melahirkan emosi yang teruja dan gembira setiap kali menggunakannya. 

Ketenangan Jiwa

Ketenangan merupakan anugerah yang sangat bernilai. Ketenangan dirasai oleh hati yang sukar digambarkan dengan kata-kata melainkan diri sendiri yang merasainya. Namun, ketenangan tak datang bergolek. Ia perlu dicari dengan usaha yang berterusan. 

Impak daripada keselesaan yang dirasai jasmani, akan mendatangkan rasa tenang kepada jiwa. Contohnya ketika beribadah, apabila memakai telekung dan menggunakan sejadah yang selesa akan mendorong khusyuk dalam solat. Begitu juga di tempat kerja. Apabila menyarung pakaian yang menggunakan fabrik yang selesa pada kulit, akan memberi rasa nyaman dan tenang serta menjadi lebih yakin dan fokus untuk melakukan segala tugas.

Selesa Luaran Tenang Dalaman

Keselesaan luaran mempengaruhi ketenangan dalaman. Memilih barang keperluan yang mempunyai ciri-ciri keselesaan pastinya mendatangkan rasa tenteram, lega, yakin dan seronok untuk meneruskan aktiviti seharian. Aspek inilah yang Siti Khadijah ambil berat dalam setiap penghasilan produk. Sebagaimana inovasi dilakukan pada penghasilan telekung, begitu jugalah ketika menghasilkan produk gaya hidup yang lain. Bukan sahaja mahu kelihatan cantik bila dipandang, tetapi material yang digunakan berkualiti tinggi supaya dapat dirasai keselesaannya. 

Selesa luaran tenang dalaman mengajak kita bersama-sama berusaha menjadi  lebih matang dalam pemilihan barang keperluan bagi kegunaan peribadi atau untuk dikongsi dengan orang lain. Gaya hidup yang bermanfaat  akan dirasai apabila sama-sama mula rasa betapa pentingnya ketenangan rohani agar urusan seharian lebih lancar.

Layari https://sitikhadijah.com/  untuk mendapatkan pelbagai produk yang cantik, selesa dan patuh syariah.