Desa Pujangga Puri

Desa Pujangga Puri Memartabatkan Keindahan Seni Nusantara

Desa Pujangga Puri yang berlangsung pada 22-26 Februari 2023 bertempat di IOI City Mall, Putrajaya sebagai kemuncak kolaborasi antara Siti Khadijah dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),UKM untuk koleksi produk hasil inspirasi corak ragam hias manuskrip Kitab Tib yang berusia hampir 200 tahun. 

Hasil penyelidikan oleh Ts. Dr. Ros Mahwati binti Ahmad Zakaria, Ketua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, UKM iaitu corak Sulur Hidup, Mahkota Bunga dan Bunga Tanjung Melayu telah diolah menjadi corak pada renda dan sulaman  dalam koleksi produk Pujangga Puri sebagai langkah mengkomersialkan kesenian alam Melayu agar tidak hilang ditelan zaman dan masih boleh dilihat oleh generasi akan datang.

Majlis pelancaran Pujangga Puri

Pada 22 Februari 2023, Siti Khadijah telah mengadakan pelancaran istimewa empat koleksi Pujangga Puri iaitu Signature Sari Mas, Signature Sari Mas Rona, Broderie Ratna dan Signature Kesuma.

Desa Pujangga Puri dirasmikan oleh Yang Berhormat Khairul Firdaus bin Akhbar Khan selaku Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan budaya. 

Pameran Inovasi

Meninjau sekitar 5 hari Desa Pujangga Puri berlangsung, Siti Khadijah membuat pameran Inovasi teknologi tekstil untuk memberi peluang kepada tetamu Desa Pujangga puri melihat inovasi material yang dilakukan oleh Siti Khadijah dalam menghasilkan produk yang berkualiti.

Kemeriahan Desa Pujangga Puri dengan kehadiran family SK sangat dihargai. Terima kasih kerana menyokong Siti Khadijah sebagai jenama pilihan.