Ada apa dengan jenama? Kalau beli yang tak ada ‘brand’, tak ada masalah pun kan sebenarnya? Semata-mata nak kejar barang ‘branded’....

Kalau beli yang tak ada ‘brand’, tak ada masalah pun kan sebenarnya? Semata-mata nak kejar barang ‘branded’, tak kan nak ikut falsafah “biar papa asal bergaya” kot?Haaa… soalan-soalan ni mesti selalu bermain dalam kepala bila sebut tentang produk ‘branded’ atau produk berjenama. Produk begini ada yang harganya ‘keras’ sedikit. Sebab itu, nak beli tu kena fikir banyak kali. Kalau ada bajet lebih, tak timbul isu pun. Terus “add to cart” tanpa banyak songeh.

Tapi, betul ke beli barang ‘branded’ ni membazir?

Produk berjenama ni berkait dengan tiga perkara :

1. Kredibiliti (kebolehpercayaan terhadap jenama)

2. Kualiti (penghasilan produk berkualiti)

3. Konsistensi (kualiti yang berterusan)

Kita cerita tentang perkara pertama dulu - kredibiliti.

Produk berjenama biasanya bukan “self-claim” contohnya letak tagline seperti “nombor 1 di Malaysia”, “paling viral” atau “telah terjual 1 juta bulan pertama”.

Kredibiliti datang selepas beberapa kriteria dipenuhi. Boleh jadi tagline tu betul. Cumanya, kena ada bukti kukuh untuk sahkan perakuan tu.

Contoh paling mudah, kalau tagline berbunyi begini - “telah beroperasi lebih daripada 50 tahun”. Dan kedai tu memang dah pacak tiang jual produk lebih daripada 50 tahun. Itu barulah kita sebut sebagai ada kredibiliti.

Kalau macam tu, kena jual produk berpuluh-puluh tahun baru ada kredibiliti ke?

Tak semestinya.

Selain jenama-jenama gergasi yang dah wujud daripada zaman atok opah kita dulu, ada juga jenama baru tapi ada kredibiliti. Yang ni, bila jenama tu terima pengiktirafan oleh badan atau organisasi yang boleh dipercayai.Alaaa… macam cop Halal oleh JAKIM tu. Nak dapatkan cop Halal tu, prosesnya rumit. JAKIM kena buat semakan dan pemeriksaan berkali-kali terlebih dahulu. Bila produk tu terbukti memenuhi kriteria yang ditetapkan, barulah dapat. Tu pun salah satu bentuk kredibiliti. Kita tengok lambang Halal tu, kita boleh percaya.

Salah satu pengiktirafan yang berstandard antarabangsa di Malaysia ni ialah Putra Brand Awards. Mereka buat ‘survey’ untuk kenal pasti jenama apa yang rakyat Malaysia suka. Nampak ‘simple’ je kan? Rakyat Malaysia ada dekat 32 juta, tau?

Senang cakap, kredibiliti daripada anugerah ni tunjukkan jenama kegemaran ramai. Semua jenama yang ada, termasuklah jenama global seperti Milo, Toyota dan Samsung tu berentap dalam gelanggang yang sama. Ala-ala ABPBH tapi untuk syarikat.

Buat kali ketiga berturut-turut, Siti Khadijah dapat anugerah gangsa untuk kategori pakaian dan aksesori oleh Putra Brand Awards edisi tahun 2021.

Antara penerima anugerah untuk kategori ni ialah Uniqlo, H&M, Adidas, Nike, Swatch dan Bata. Jenama Malaysia cuma Siti Khadijah dan Poh Kong. Rasa bangga juga sebab jenama tempatan boleh duduk semeja dengan jenama luar negara.

Selain daripada Putra Brand Awards, ada juga pengiktirafan lain seperti The Superbrands Malaysia’s Choice dan SMEs BestBrands Awards yang diterima oleh Siti Khadijah pada tahun 2018 untuk kedua-duanya.Macam yang disebut awal-awal tadi, kredibiliti menandakan kebolehpercayaan terhadap jenama. Ikut produk yang dikeluarkan. Ada yang harga marhaen. Ada yang harga kayangan. Yang pasti, jenama datang bersekali kualiti yang tinggi dan ada piawaian ketat yang perlu dipenuhi. Tepuk dada, tanyalah… poket. Jangan tanya selera. Bocor poket nanti.