Nearest Store To You
AEON Mall Bukit Indah
Lot F48, AEON Bukit Indah Shopping Centre, 8, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia



Membina sebuah jenama terkenal bukanlah sesuatu yang mudah. Ia dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu ditempuh bagi memastikan jenama yang dibina kekal relevan di kalangan masyarakat.
Telekung
Siti Khadijah
Keluarga
Bermula daripada sebuah perniagaan kecil, kini semakin berkembang sehingga mampu memiliki lebih daripada 65 buah butik, kilang serta bangunan sendiri. Di sebalik pencapaian ini, tersimpan seribu satu pengorbanan yang telah dilalui dengan penuh kesabaran dan ketabahan.
Siti Khadijah diasaskan daripada keringat dan keazaman sepasang suami isteri. Didorong oleh minat yang mendalam si isteri, suami berjuang sehabis daya untuk menjadi penyokong setia dan tulang belakang yang teguh di setiap detik langkah yang diambil. Bukan sahaja suami, malah anak-anak juga turut sama menjadi pemeraju perniagaan keluarga ini.
Kini, Puan Padzilah Enda Sulaiman dan Encik Aminuddin Mohd Nasir mampu tersenyum bangga melihat kejayaan yang telah diraih. Kehadiran enam orang cahaya matanya di dalam perniagaan ini turut menambah rasa syukur, bangga dan kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Harapan dan impian mereka cuma satu, mahu melihat Siti Khadijah terus mengorak langkah lebih jauh, berkembang sebagai sebuah jenama unggul yang bukan sahaja dikenali di dalam negara, malah mampu menembusi pasaran antarabangsa.



Kerja keras yang ditunjukkan oleh Puan Padzilah dan Encik Aminuddin berjaya menggerakkan hati anak sulung mereka, En.Mohammad Muzammil, untuk turut menceburkan diri dalam perniagaan keluarga sebaik sahaja menamatkan pengajian pada tahun 2007.
Pada peringkat awal, beliau terlebih dahulu menimba pengalaman di syarikat milik ayahnya sebelum mengambil peranan menerajui Siti Khadijah ketika jenama itu ditubuhkan pada tahun 2009. Walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan telekung, perkara itu tidak pernah menjadi penghalang buat En.Muzammil.
Dengan semangat dan tekad yang tinggi, beliau sanggup mencurahkan sepenuh tenaga dan usaha untuk membangunkan perniagaan yang ketika itu masih di peringkat awal. Malah, beliau juga mengambil langkah yang bijak dengan mendapatkan domain SK sebaik sahaja perniagaan mula beroperasi, sebagai persediaan untuk membawa jenama itu berkembang lebih jauh.
“Pada awalnya memang agak sukar untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan kerana ramai yang masih ragu-ragu untuk membeli sehelai telekung pada harga RM200. Ketika itu, harga tersebut dianggap agak tinggi memandangkan kebanyakan telekung di pasaran dijual pada harga yang jauh lebih murah.
Namun, perkara itu tidak pernah mematahkan semangat kami untuk menghasilkan telekung yang terbaik dan berkualiti buat semua. Ini terbukti apabila, bermula dengan 200 pasang telekung, kini kami mampu memasarkan beribu helai telekung buat semua FamilySK di seluruh negara,” ujarnya.



“Pada awalnya memang agak sukar untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan kerana ramai yang masih ragu-ragu untuk membeli sehelai telekung pada harga RM200. Ketika itu, harga tersebut dianggap agak tinggi memandangkan kebanyakan telekung di pasaran dijual pada harga yang jauh lebih murah.
Namun, perkara itu tidak pernah mematahkan semangat kami untuk menghasilkan telekung yang terbaik dan berkualiti buat semua. Ini terbukti apabila, bermula dengan 200 pasang telekung, kini kami mampu memasarkan beribu helai telekung buat semua FamilySK di seluruh negara,” ujarnya.
Siti Khadijah lahir dengan niat untuk memberikan keselesaan kepada wanita ketika beribadah. Disebabkan itu, SK sentiasa memastikan setiap rekaan dan helaian telekung yang dihasilkan mempunyai kualiti tinggi, di samping memenuhi citarasa dan kehendak setiap pelanggan.

Biarpun pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi pada awal penubuhan Siti Khadijah, En.Muzammil tetap bersyukur kerana jenama ini terus berkembang dan berjaya mendapat tempat di hati masyarakat. Kepercayaan serta sokongan pelanggan menjadi pembakar semangat untuk mereka terus menghasilkan produk berkualiti, sekali gus membawa SK melangkah lebih jauh sebagai jenama telekung yang dikenali ramai hingga ke hari ini.
“Antara momen yang paling saya ingat dan masih terasa debarannya sehingga hari ini ialah apabila SK membuat keputusan untuk membuka butik pertama di Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah, sambutan dan permintaan yang diterima ketika itu sangat memberangsangkan. Disebabkan itu, pada tahun 2010 kami mengambil keputusan untuk memiliki butik sendiri,” katanya.
Namun, membuka sebuah butik bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi ketika mereka masih kurang pengalaman. Banyak perkara perlu dipertimbangkan, terutamanya pemilihan lokasi yang strategik bagi memudahkan pelanggan hadir dan mendapatkan produk SK dengan lebih selesa.
“Syukur alhamdulillah, walaupun pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa kami hadapi, akhirnya butik pertama Siti Khadijah berjaya dibuka dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Bermula dengan hanya sebuah butik di Bangi, kini SK terus berkembang dengan pembukaan butik di seluruh Malaysia. Malah, sambutan yang diterima menerusi platform dalam talian juga sangat menggalakkan dan menjadi antara faktor yang membantu perkembangan jenama ini sehingga ke hari ini.”

Selepas En.Muzammil, sekitar tahun 2016, anak kedua pasangan ini turut mengambil langkah untuk bersama-sama menerajui perniagaan keluarga. En.Mohammad Munzir membuat keputusan menyertai SK dengan azam untuk terus mengembangkan dan memajukan jenama tersebut ke tahap yang lebih tinggi.
“Saya membesar bersama SK. Walaupun pada awalnya saya tidak terlibat secara langsung, tetapi saya sentiasa melihat perjalanan dan perkembangan SK. Di rumah, SK sering menjadi topik perbualan keluarga kami. Disebabkan itu, saya sedar bahawa walau sejauh mana pun saya melangkah, akhirnya saya tetap akan kembali dan terlibat dengan SK.”
“Selepas tamat belajar, saya memulakan kerjaya di Sime Darby. Selama empat tahun di sana, banyak yang saya belajar. Bermula sebagai Eksekutif dan jawatan terakhir saya di sana adalah sebagai Pembantu Pengurus. Kemudian saya menyambung pengajian di peringkat Master di luar negara dalam bidang Pemasaran dan Pengiklanan. Bidang yang membolehkan saya menguruskan sebuah syarikat.”
Sebaik sahaja tamat belajar dan pulang ke tanah air, En.Munzir terus menyertai SK. Walaupun ketika itu gaji yang diterima tidaklah lumayan waktu ketika makan gaji, namun kepuasan dapat menyumbang kepada perniagaan keluarga dan melihat jenama ini terus berkembang memberikan satu nilai yang sangat bermakna buatnya.
Pada awal penglibatannya bersama SK, En.Munzir dipertanggungjawabkan untuk mengetuai unit Pemasaran, selari dengan minat dan kemahirannya dalam bidang tersebut. Dengan idea serta visinya, beliau memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan lagi jenama SK agar terus relevan dan dekat di hati masyarakat.
“Sewaktu menyertai SK, niat saya hanya satu iaitu untuk membantu mengembangkan syarikat ini. Saya percaya dengan ilmu, pengalaman dan kebolehan yang saya ada, saya mampu menyumbang serta memberi manfaat kepada SK.
Alhamdulillah, sejak saya menerajui jabatan ini, prestasi dan keuntungan syarikat menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan hasil kerjasama serta komitmen daripada semua pihak,” katanya



Lumrah dalam perjalanan sesebuah syarikat, tidak semuanya indah dan mudah. Pelbagai cabaran serta rintangan perlu ditempuhi dalam usaha mengembangkan sebuah perniagaan. Bagi En.Munzir, cabaran terbesar yang dihadapinya adalah sewaktu COVID-19 melanda negara sekitar 2020. Pada ketika inilah, kredibilitinya diuji dan dia berjaya membuktikan keupayaannya.
“Pada waktu inilah saya mengambil langkah untuk mula menerajui dan memimpin keseluruhan organisasi. Ia merupakan satu krisis besar dan SK tidak boleh terus berada di tahap yang sama. Segalanya perlu berubah dan kami perlu bergerak lebih pantas untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa,” katanya.
Menurut En.Munzir, pada waktu itu semua pihak dipanggil untuk berbincang mengenai langkah yang perlu diambil, sedangkan masing-masing masih kelu memikirkan apa yang bakal berlaku selepas itu. Situasi menjadi lebih mencabar apabila kilang tidak dapat beroperasi, sedangkan SK merupakan jenama yang menghasilkan produk sendiri.
“Perniagaan dalam talian masih boleh diteruskan, tetapi tanpa produk, apa yang ingin dijual? Ketika itulah kami mengambil keputusan untuk menukar operasi kilang kepada sistem kerja dari rumah. Setiap rumah pekerja menjadi ‘kilang kecil’ untuk menghasilkan telekung SK. Alhamdulillah, SK berjaya mengharungi krisis tersebut dan detik itulah yang menjadi titik tolak kepada perubahan besar dalam syarikat,” katanya.

Cabaran lain yang turut memberi kesan besar kepada SK berlaku pada tahun 2024 apabila syarikat berdepan lambakan stok yang terlalu banyak. Secara tiba-tiba, corak pasaran berubah dan orang ramai kurang berbelanja. Pelbagai faktor menyumbang kepada situasi tersebut sehingga memberi kesan kepada kedudukan kewangan syarikat.
“Pada waktu itu, kami mempunyai stok yang banyak tetapi tidak terjual. Komitmen kewangan termasuk bayaran kepada pihak bank juga mula terjejas. Aliran tunai berada pada tahap yang sangat kritikal dan boleh saya katakan, keadaan SK ketika itu lebih mencabar berbanding sewaktu PKP,” jelasnya.
Pelbagai usaha dilakukan bagi mengatasi konflik itu dan Alhamdulillah ia membuahkan hasil. Sebaik sahaja berjaya mengatasi cabaran tersebut, SK kembali bangkit dengan membentuk semula pasukan yang lebih berkaliber dan mahir di dalam bidang masing-masing bagi memastikan syarikat terus berkembang serta mampu menghadapi cabaran masa hadapan dengan lebih baik.
Tahun 2022 menjadi detik bersejarah di dalam hidup En.Munzir apabila dia secara rasmi dilantik menjadi GCEO ENDA Group. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menyandang jawatan yang berat ini namun, disebabkan atas desakan si ibu dia tiada pilihan lain.
“Mak saya, iaitu Puan Padzilah datang menawarkan jawatan ini kepada saya. Pada awalnya, saya menolak kerana merasakan adik saya, En.Muhaimin lebih layak berbanding saya. Pada pandangan saya, dia lebih bijak dan lebih sesuai untuk mengetuai SK pada waktu itu.
Namun, atas beberapa faktor dan pertimbangan, akhirnya saya menerima tanggungjawab tersebut dan diberi amanah untuk menerajui SK sehingga ke hari ini.”
Tidak dinafikan, pada awalnya En.Munzir menerima tawaran tersebut dalam keadaan terpaksa. Namun lama-kelamaan, beliau melihat amanah itu sebagai satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul demi memastikan SK terus berkembang.
“Saya boleh katakan bahawa tiada seorang pun dalam kalangan saya dan adik-beradik lain yang benar-benar sanggup memikul tugas ini kerana ia bukan sesuatu yang mudah. Sejak awal lagi, kami semua bekerja bersama-sama membangunkan SK sebagai satu ‘team’. Namun sampai pada satu tahap, SK memerlukan struktur organisasi yang lebih kukuh bagi memastikan setiap jabatan dapat bergerak dengan lebih lancar demi kemajuan syarikat. Disebabkan itu, saya akhirnya menerima tanggungjawab ini,” katanya.

Apabila ditanya mengenai kenangan paling manis sepanjang perjalanan bersama SK, En.Munzir pantas menjawab bahawa kegembiraan para pekerja merupakan kejayaan yang paling bermakna buat dirinya.
Menurutnya, SK dibina atas dasar untuk membantu mereka yang memerlukan. Memberi peluang pekerjaan kepada ibu tunggal serta golongan berpendapatan rendah menjadi antara niat dan matlamat utama penubuhan SK sejak dari awal lagi.
“TimSK adalah tulang belakang yang menggerakkan SK selama ini. Tanpa mereka, SK tidak akan mampu berkembang dan bertahan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, dengan rezeki yang diterima di sini, ia sedikit sebanyak mampu mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Perkara itu juga menjadi pembakar semangat buat saya dan adik-beradik lain untuk terus memajukan SK,” katanya.
Bukan sahaja mahu memberikan yang terbaik buat TimSK, En.Munzir juga menyimpan cita-cita besar untuk terus memberikan yang terbaik kepada FamilySK dengan menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan.
“Saya percaya para pereka di SK mampu melakukan keajaiban dalam menghasilkan rekaan yang terbaik. Namun, apa yang paling penting adalah kepuasan pelanggan kerana itulah keutamaan SK. Dengan produk serta kualiti yang dihasilkan, saya yakin kita mampu memenuhi kehendak dan keperluan mereka.
SK kini berada di landasan yang baik dan selamat, namun masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan agar jenama ini terus berkembang serta kekal relevan pada masa akan datang,” katanya.
Untuk Enda Group pula, En.Munzir merancang untuk menjadi sebuah platform kepada syarikat lain yang mempunyai mindset dan nilai perniagaan yang sama. Mana-mana jenama yang layak serta selari dengan prinsip Enda Group, boleh bekerjasama dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar ini.
“Playbook yang kita ada boleh dikongsikan dan dimanfaatkan bersama. Enda Group sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan jenama yang mempunyai visi dan matlamat yang sama dalam membina perniagaan yang memberi manfaat kepada lebih ramai orang,” ujarnya.


Nearest Store To You
Lot F48, AEON Bukit Indah Shopping Centre, 8, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot F-06A, First Floor, AEON Mall Ipoh Klebang, Lot 12080, Klebang Perdana, 31200 Chemor, Perak, Malaysia
Nearest Store To You
Lot F07, First Floor, AEON Mall Kota Bharu, Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Nearest Store To You
F08, Tingkat 1, AEON Nilai Shopping Centre, No. 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Nearest Store To You
G35, AEON Rawang Anggun Shopping Centre, Persiaran Anggun, Taman Anggun, 48000 Rawang, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot F46, AEON Mall Shah Alam, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
G33, AEON Mall Taiping, Lot 8576 & 8577, Jalan Kamunting, 34000 Taiping, Perak, Malaysia
Nearest Store To You
G-18, Ground Floor, AEON Mall Seri Manjung, Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 32040 Seri Manjung, Perak, Malaysia
Nearest Store To You
Lot F42, AEON Mall Tebrau City, Jalan Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Nearest Store To You
L1A23, Level 1, Sultan Ismail Petra Airport, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Nearest Store To You
G70-G72, Alamanda Shopping Centre, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya, Malaysia
Nearest Store To You
No. 53, Ground Floor, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid, Persiaran Sultan Abdul Hamid 3, 05050 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Nearest Store To You
102-G, Lorong Memanda 2, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
39, Jalan Padi Emas 1/3, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Nearest Store To You
7-61-3A, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 133, Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Malaysia
Nearest Store To You
10, Jalan Rotan Utama, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 02-03A, Busana @ Menara MARA, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Nearest Store To You
31, Jalan Inang 3, Taman Paya Rumput Utama, Cheng, 76450 Melaka, Malaysia
Nearest Store To You
GF-02, Ground Floor, Elmina Lakeside Mall, Persiaran Elmina, 40160 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 23B, Freeport A'Famosa Outlet, Jalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Nearest Store To You
L2-05, Central i-City Shopping Centre, Seksyen 7, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 1-42, Imago Shopping Mall, KK Times Square Phase 2, Off Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Nearest Store To You
L1-226-2, First Floor, IOI City Mall 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Sepang, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
No. 5, Jalan Meru Bestari B5, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 123, Ground Floor, Wisma Ulul Albab, Jalan Besar, 22000 Jerteh, Terengganu, Malaysia
Nearest Store To You
Lot GF-28, Kangar Jaya Mall, Plot 20683, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia
Nearest Store To You
G2-37, Ground Floor 2, KL East Mall, 823, Jalan Lingkaran Tengah 2, KL Timur, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 1-45, 1st Floor, Kluang Mall, Jalan Rambutan, Taman Suria, 86000 Kluang, Johor, Malaysia
Nearest Store To You
Ground Floor, Lot 2889, Jalan Kuala Krai, Mukim Kampung Padang Enggang, 15150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Nearest Store To You
36-G, Arena Warisan Puteri, Jalan Arena, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
PT 35380, Dataran Austin, Jalan Austin 3, Wakaf Tembesu, Kampung Banggul Tiang Kulat, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 58, Ground Floor, Malay Town, Jalan Putra Square 1, Putra Square, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia
Nearest Store To You
PT 1712, Bangunan Yakin, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Nearest Store To You
Lot K1, Ground Floor, Majma' Mall, 5A, Lorong P. Ramlee 5, 93400 Kuching, Sarawak, Malaysia
Nearest Store To You
607, Jalan Seraya 1, Pusat Perniagaan Seraya, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia
Nearest Store To You
Lot GF-29, Ground Floor, Mayang Mall, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Hours: Mon–Fri: 10:00am–10:00pm; Sat–Sun: 9:00am–5:00pm
Phone: +60133650141
Latitude: 5.3371113
Longitude: 103.1442364
Direction URL: https://www.google.com/maps/dir/?api=1&destination=Siti+Khadijah+Mayang+Mall%2C+Lot+GF-29%2C+Ground+Floor%2C+Mayang+Mall%2C+Jalan+Sultan+Zainal+Abidin%2C+20000+Kuala+Terengganu%2C+Terengganu%2C+Malaysia
Nearest Store To You
No. 17, Jalan Lagenda 1, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka, Malaysia
Nearest Store To You
L2-08, Level 2, Melawati Mall, 355, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 31A, Mesra Mall, Jalan Kemaman–Dungun, Kampung Baru, 24200 Kemasik, Terengganu, Malaysia
Nearest Store To You
Lot F2.28, Second Floor, Bintang Megamall, Jalan Miri Pujut, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia
Nearest Store To You
22, Jalan Pesta 1/1, Taman Tun Dr Ismail, 84000 Muar, Johor, Malaysia
Nearest Store To You
L1-028 & L1-029, Level 1, MyTOWN Shopping Centre, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Nearest Store To You
Butik Siti Khadijah, Old Wing Lot F113A & F113B, 1 Utama Shopping Centre, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
60, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Eco Grandeur, No. 45-G, Jalan Esplanad 1/8, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
13, Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
68-G, Jalan BPS 5, Bandar Prima Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Nearest Store To You
127-G, Jalan S2 B21, Pusat Dagangan Centrio, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Nearest Store To You
41-G, Persiaran Setia Utama, Setia Alam, 40170 Setia Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
3rd Floor, Sports & Lifestyle Department, SOGO Kuala Lumpur, 190, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia
Nearest Store To You
Lot G24B, Ground Floor, Subang Parade, Jalan Kemajuan Subang, SS16, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Hours: Monday–Sunday: 10:00am–10:00pm
Nearest Store To You
83, Jalan Nautika A U20/A, Pusat Komersial TSB, 40160 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
61, Jalan Lagenda 3, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nearest Store To You
1F-25, First Floor, Sunway Carnival Mall, 3068, Jalan Todak, Pusat Bandar Seberang Jaya, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang, Malaysia
Nearest Store To You
Lot G1.80, Ground Floor, Sunway Pyramid, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 258, Level 2, Ramlee Entrance, Suria KLCC, Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Nearest Store To You
Ground Floor, 30, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia
Nearest Store To You
No. 17-G, Kompleks Perniagaan Humaira, Jalan Humaira 2, Jalan Taman Hiburan, 17500 Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
Nearest Store To You
No. 52, Jalan Ahmad Shah 1, 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 3, Jalan Nilam 3, Nilai Impian, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia