Nearest Store To You
AEON Mall Bukit Indah
Lot F48, AEON Bukit Indah Shopping Centre, 8, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia
Sempena sambutan Hari Ibu, Siti Khadijah dengan penuh rasa teruja bekerjasama dengan Hospital Andora yang terletak di Sri Kembangan, Selangor. Usaha murni ini bertujuan mendekati dan berkongsi momen indah bersama ibu-ibu yang baru sahaja menimang cahaya mata.
Ini adalah satu detik yang amat bermakna bagi SK, diberi kesempatan untuk mendengar luahan hati mereka tentang pengalaman berharga menjadi seorang ibu dan saat mata pertama kali menatap wajah zuriat yang dinanti-nantikan. Segala kepayahan dan pengorbanan saat melahirkan, seolah-olah lenyap dan berganti dengan rasa bahagia yang tidak terhingga dikala memandang wajah si kecil kesayangan.



Suami setia menjadi peneman di sisi
Kehadiran cahaya mata sentiasa membawa kebahagiaan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Buat Zulia Farah Izzati binti Zulkifli, 35, tahun ini hadir dengan satu lagi momen bermakna apabila beliau selamat melahirkan bayi keempat untuk memeriahkan lagi keluarga kecilnya. Kehadiran si kecil pastinya melengkapkan lagi perjalanan indah sebagai seorang ibu dan isteri.
“Alhamdulillah, saya baru sahaja melahirkan anak yang yang ke-empat kami. Seorang bayi lelaki yang sihat dan sempurna. Syukur, saya tidak berhadapan dengan sebarang komplikasi saat melahirkannya. Segalanya terjadi dengan pantas dan mudah. Kesakitan yang saya alami juga tidak lama.” ujarnya ketika ditemui di Hospital Andora.
Biarpun telah melalui proses mengandung dan hamil sebanyak 4 kali namun, perasaan setiap kali mendapat tahu berita gembira ini masih sama. Rasa teruja dan bersyukur tidak pernah pudar.
“Setiap anak memberikan pengalaman yang berbeza. Saya masih teruja setiap kali disahkan hamil. Rasa berdebar untuk melahirkan juga tidak pernah hilang. Malah, cabaran sewaktu hamil juga tidak sama. Daripada anak pertama sehingga anak yang keempat saya melalui tempoh kehamilan yang berbeza,”



“Untuk anak yang keempat ini saya diuji di awal kehamilan. Saya pernah warded beberapa hari kerana masalah jaundice. Terdapat saluran yang tersumbat di bahagian hempedu. Doktor terpaksa masukkan stent untuk pastikan blocking itu terbuka. Tapi melahirkan anak ini sangat mudah. Tak sampai 5 minit baby sudah keluar,” tambahnya lagi.
Namun, di sebalik segala momen manis sebagai seorang ibu, Farah juga tidak dapat melupakan pengalaman mencabar ketika kehamilan pertama dan kedua. “Sewaktu pertama kali melahirkan anak sulung, saya belum ada banyak pengalaman. Jadi ia agak mencabar hingga menjadi trauma sekejap,” ujarnya sambil tersenyum ketika mengimbas kembali memori 11 tahun yang lepas.
Manakala, sewaktu hamil anak ke dua, dia berhadapn dengan alahan yang agak teruk. Dia mengalami muntah-muntah sehingga saat ingin melahirkan. Apa sahaja makanan yang dimakan, akan dimuntahkan. Biarpun banyak cabaran yang perlu dihadapi, dia tidak pernah serik untuk memiliki cahaya mata lagi.
“Insya Allah, jika direzekikan Allah kami ingin menambah anak lagi selepas ini. Kebetulan anak saya yang kedua sangat-sangat berhajat untuk memiliki adik perempuan, kami akan cuba untuk penuhinya. Tetapi itu semua bergantung kepada rezeki dari Ilahi,” ujarnya.
Tidak dinafikan, kebahagiaan yang dikecapinya ini disebabkan oleh suaminya yang setia berada di sisi. Farah sangat bersyukur dikurniakan seorang suami yang begitu penyayang dan memahami. Setiap tahun, hari istimewa seperti Hari Ibu tidak pernah dilupakan. Suaminya sentiasa meraikan dengan pelbagai kejutan yang menyentuh hati, sebagai tanda penghargaan atas segala pengorbanan Farah dalam membesarkan anak-anak dan mengurus keluarga.
Antara hadiah paling bermakna yang pernah diterima pastinya percutian istimewa ke Eropah bersama seluruh keluarga. Momen indah menikmati masa berkualiti bersama suami dan anak-anak di bumi asing menjadi kenangan yang akan sentiasa terpahat di hati.



Menurut Farah, suaminya seorang lelaki yang sentiasa menghargai dirinya dan berusaha memenuhi setiap keperluan keluarga. Sikap prihatin serta kasih sayang yang ditunjukkan menjadikan rumah tangga mereka lebih harmoni dan penuh bahagia.
Sebagai seorang suami, menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan kebajikan isteri tersayang terjaga dan sentiasa dipenuhi. Bagi Muhammad Nabil Hakim Ismail, 38, dia akan berusaha sebaik mungkin untuk membahagiakan si isteri sementelah Farah sudah menjaga dan membesarkan anak-anaknya sebaik mungkin.
“Sejak anak pertama sehingga anak ke empat, isteri yang jaga anak-anak. Saya nampak pengorbanan dan penat lelah Farah membesarkan anak-anak. Itu bukan satu tugas yang mudah dan saya sangat hargainya. Sebab tu, saya akan beri dia sesuatu yang istimewa setiap kali hari lahir atau hari ibu. Malah, ada ketikanya, saya akan bagi dia hadiah pada hari-hari dia nampak kelelahan menjaga anak.”
Tidak hanya hadiah, kadang kala dia akan membawa isteri menikmati makan malam istimewa berdua. Ujarnya lagi, Farah bukanlah seorang yang meminta. Tapi setiap kali Farah inginkan sesuatu, dia akan usahakan. Malah, jika dia meminta izin untuk pergi bercuti pun, dia akan benarkan.
“Saya tidak menghalang kalau isteri ingin menikmati me-time. Saya juga tidak kisah kalau dia ingin keluar bersama kawan-kawan. Malah saya pernah izinkan dia pergi bercuti ke luar negara dan tinggalkan anak-anak dengan saya. Bagi saya, Farah perlukan itu semua. Uruskan anak bukan mudah. Jadi dengan keluar bercuti atau berme-time seorang diri itu akan mengurangkan tekanan yang dia alami,” ujarnya mengakhiri perbualan pada petang itu.



“Terima kasih kepada Farah kerana telah banyak berkorban untuk saya dan anak-anak. Terima kasih kerana menjadi seorang ibu dan isteri yang terbaik buat kami. Saya sentiasa berdoa semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal sampai bila-bila, Insya Allah sampai Syurga. Semoga lebih banyak lagi hari istimewa yang kami dapat sambut bersama. Selamat Hari Ibu."
Nearest Store To You
Lot F48, AEON Bukit Indah Shopping Centre, 8, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 79100 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot F-06A, First Floor, AEON Mall Ipoh Klebang, Lot 12080, Klebang Perdana, 31200 Chemor, Perak, Malaysia
Nearest Store To You
Lot F07, First Floor, AEON Mall Kota Bharu, Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Nearest Store To You
F08, Tingkat 1, AEON Nilai Shopping Centre, No. 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Nearest Store To You
G35, AEON Rawang Anggun Shopping Centre, Persiaran Anggun, Taman Anggun, 48000 Rawang, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot F46, AEON Mall Shah Alam, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
G33, AEON Mall Taiping, Lot 8576 & 8577, Jalan Kamunting, 34000 Taiping, Perak, Malaysia
Nearest Store To You
G-18, Ground Floor, AEON Mall Seri Manjung, Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 32040 Seri Manjung, Perak, Malaysia
Nearest Store To You
Lot F42, AEON Mall Tebrau City, Jalan Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Nearest Store To You
L1A23, Level 1, Sultan Ismail Petra Airport, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Nearest Store To You
G70-G72, Alamanda Shopping Centre, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya, Malaysia
Nearest Store To You
No. 53, Ground Floor, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid, Persiaran Sultan Abdul Hamid 3, 05050 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Nearest Store To You
102-G, Lorong Memanda 2, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
39, Jalan Padi Emas 1/3, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Nearest Store To You
7-61-3A, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 133, Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Malaysia
Nearest Store To You
10, Jalan Rotan Utama, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 02-03A, Busana @ Menara MARA, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Nearest Store To You
31, Jalan Inang 3, Taman Paya Rumput Utama, Cheng, 76450 Melaka, Malaysia
Nearest Store To You
GF-02, Ground Floor, Elmina Lakeside Mall, Persiaran Elmina, 40160 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 23B, Freeport A'Famosa Outlet, Jalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Nearest Store To You
L2-05, Central i-City Shopping Centre, Seksyen 7, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 1-42, Imago Shopping Mall, KK Times Square Phase 2, Off Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Nearest Store To You
L1-226-2, First Floor, IOI City Mall 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Sepang, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
No. 5, Jalan Meru Bestari B5, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 123, Ground Floor, Wisma Ulul Albab, Jalan Besar, 22000 Jerteh, Terengganu, Malaysia
Nearest Store To You
Lot GF-28, Kangar Jaya Mall, Plot 20683, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia
Nearest Store To You
G2-37, Ground Floor 2, KL East Mall, 823, Jalan Lingkaran Tengah 2, KL Timur, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 1-45, 1st Floor, Kluang Mall, Jalan Rambutan, Taman Suria, 86000 Kluang, Johor, Malaysia
Nearest Store To You
Ground Floor, Lot 2889, Jalan Kuala Krai, Mukim Kampung Padang Enggang, 15150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Nearest Store To You
36-G, Arena Warisan Puteri, Jalan Arena, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
PT 35380, Dataran Austin, Jalan Austin 3, Wakaf Tembesu, Kampung Banggul Tiang Kulat, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 58, Ground Floor, Malay Town, Jalan Putra Square 1, Putra Square, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia
Nearest Store To You
PT 1712, Bangunan Yakin, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Nearest Store To You
Lot K1, Ground Floor, Majma' Mall, 5A, Lorong P. Ramlee 5, 93400 Kuching, Sarawak, Malaysia
Nearest Store To You
607, Jalan Seraya 1, Pusat Perniagaan Seraya, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia
Nearest Store To You
Lot GF-29, Ground Floor, Mayang Mall, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Hours: Mon–Fri: 10:00am–10:00pm; Sat–Sun: 9:00am–5:00pm
Phone: +60133650141
Latitude: 5.3371113
Longitude: 103.1442364
Direction URL: https://www.google.com/maps/dir/?api=1&destination=Siti+Khadijah+Mayang+Mall%2C+Lot+GF-29%2C+Ground+Floor%2C+Mayang+Mall%2C+Jalan+Sultan+Zainal+Abidin%2C+20000+Kuala+Terengganu%2C+Terengganu%2C+Malaysia
Nearest Store To You
No. 17, Jalan Lagenda 1, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka, Malaysia
Nearest Store To You
L2-08, Level 2, Melawati Mall, 355, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 31A, Mesra Mall, Jalan Kemaman–Dungun, Kampung Baru, 24200 Kemasik, Terengganu, Malaysia
Nearest Store To You
Lot F2.28, Second Floor, Bintang Megamall, Jalan Miri Pujut, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia
Nearest Store To You
22, Jalan Pesta 1/1, Taman Tun Dr Ismail, 84000 Muar, Johor, Malaysia
Nearest Store To You
L1-028 & L1-029, Level 1, MyTOWN Shopping Centre, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Nearest Store To You
Butik Siti Khadijah, Old Wing Lot F113A & F113B, 1 Utama Shopping Centre, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
60, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Eco Grandeur, No. 45-G, Jalan Esplanad 1/8, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
13, Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
68-G, Jalan BPS 5, Bandar Prima Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Nearest Store To You
127-G, Jalan S2 B21, Pusat Dagangan Centrio, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Nearest Store To You
41-G, Persiaran Setia Utama, Setia Alam, 40170 Setia Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
3rd Floor, Sports & Lifestyle Department, SOGO Kuala Lumpur, 190, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia
Nearest Store To You
Lot G24B, Ground Floor, Subang Parade, Jalan Kemajuan Subang, SS16, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Hours: Monday–Sunday: 10:00am–10:00pm
Nearest Store To You
83, Jalan Nautika A U20/A, Pusat Komersial TSB, 40160 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
61, Jalan Lagenda 3, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nearest Store To You
1F-25, First Floor, Sunway Carnival Mall, 3068, Jalan Todak, Pusat Bandar Seberang Jaya, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang, Malaysia
Nearest Store To You
Lot G1.80, Ground Floor, Sunway Pyramid, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 258, Level 2, Ramlee Entrance, Suria KLCC, Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Nearest Store To You
Ground Floor, 30, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia
Nearest Store To You
No. 17-G, Kompleks Perniagaan Humaira, Jalan Humaira 2, Jalan Taman Hiburan, 17500 Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
Nearest Store To You
No. 52, Jalan Ahmad Shah 1, 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia
Nearest Store To You
Lot 3, Jalan Nilam 3, Nilai Impian, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia