Koleksi travel Siti Khadijah-Teman terbaik percutian anda

Koleksi travel Siti Khadijah-Teman terbaik percutian anda

 

Cuti sekolah tak lama lagi. Pasti ramai yang sudah merancang untuk bercuti di mana-mana lokasi menarik tidak kira di dalam atau di luar negara. Kalau bercuti, pasti ibulah yang paling sibuk dan mula berfikir pakaian dan keperluan yang ingin dibawa. Percutian akan lebih bermakna jika persediaan dilakukan lebih awal, semuanya lengkap dan yang paling penting lokasinya haruslah menarik. 

Bagi memastikan semuanya berjalan dengan sempurna dan lancar, apa kata anda buat check list sebaik sahaja perancangan percutian dibuat. Ia memastikan anda tidak terlupa atau tertinggal perkara-perkara penting yang harus dilakukan. 

Tidak hanya memilih destinasi pilihan dan membuat tempahan awal, anda juga harus memastikan semua barang keperluan turut dibawa bersama. Bukan itu sahaja, pastikan anda rancang aktiviti yang ingin dilakukan sebaiknya, supaya percutian anda tidak membosankan.


Flair Aria Deen - Menjadikan percutian lebih bermakna

Pelbagai pilihan warna menarik

Dalam keseronokan dan keterujaan yang anda rasai untuk pergi bercuti, jangan lupa untuk membawa kelengkapan solat anda. Bagi wanita, telekung travel sangat membantu bagi memastikan ibadah tetap terjaga walau di mana anda berada. 

Kalau pergi bercuti, pastikan pakaian dan persalinan yang dibawa praktikal dan jimat ruang. Begitu juga dengan persalinan untuk solat. Telekung biasa selalunya diperbuat daripada fabrik yang tebal dan agak leceh untuk dibawa ketika travel. Tetapi, dengan Flair Aria Deen, itu bukan lagi satu masalah.

 Fabrik lembut, beralun dan tidak panas

Kemasan laser cut dan perincian monogram Siti Khadijah

Koleksi telekung Flair Aria Deen diperbuat menggunakan fabrik yang lembut, tidak mudah renyuk, mudah dilipat dan ringan. Ia menggunakan fabrik Airy yang mempunyai tekstur cukup selesa dan tidak merimaskan walaupun ketika cuaca panas. 

Rekaannya masih mengekalkan keanggunan muslimah dengan sentuhan moden. Potongan yang rapi dan jahitan kemas menyerlahkan penampilan yang sopan. Pilihan warna yang versatil membolehkan anda mengekalkan gaya tanpa mengorbankan kesederhanaan.

Setiap telekung juga didatangkan dengan beg penyimpanan eksklusif untuk senang dibawa, mudah disimpan dan kekal kemas sepanjang travel. Ia juga menjadikan perjalanan lebih tenang kerana anda boleh solat dengan selesa, terutama di lokasi yang tidak menyediakan kemudahan lengkap. Inilah telekung travel yang memang dicipta untuk wanita on-the-go.

 Beg untuk menyimpan telekung dan mudah dibawa ke mana-mana

Koleksi lengkap untuk seisi keluarga

Selain telekung, sejadah bersaiz mini juga sesuai dibawa ketika anda travel dan disertakan dengan beg menyimpan. Saiznya yang kecil, rekaan yang nipis dengan kemasan sederhana sangat praktikal sewaktu bercuti di mana-mana. Siti Khadijah tampil dengan pelbagai rekaan sejadah travel yang boleh anda miliki. Kesemua koleksi menggunakan material yang mudah dicuci, boleh dilipat dan memberikan keselesaan ketika solat. 

Sejadah travel dengan rekaan sederhana dan praktikal 

Terbaru, Siti Khadijah tampil dengan 4 lagi rekaan sejadah terbaru yang sesuai dibawa ketika anda bercuti nanti. Ia direka dengan perincian quilt yang kemas, potongan menarik serta menggunakan fabrik kapas yang mudah kering. 

Tidak hanya telekung dan sejadah, koleksi telekung cilik, kain pelekat dan kopiah Siti Khadijah juga sesuai dibawa ketika anda bercuti nanti. Semua koleksi ini diperbuat menggunakan fabrik yang lembut, tidak panas dan memberikan keselesaan yang anda inginkan. 

Koleksi telekung Cilik untuk anak tersayang

Sudah pasti, percutian anda akan menjadi lebih bermakna dengan menggunakan seleksi barangan Siti Khadijah. Solat menjadi lebih mudah dan selesa walau di mana sahaja destinasi percutian anda. Persalinan yang cantik membantu anda solat dengan sempurna. Pilihan tepat untuk perjalanan yang penuh berkat, menjadikan setiap langkah ibadah lebih bermakna tanpa mengabaikan gaya dan keselesaan.