Sama seperti pakaian, pemilihan telekung juga tidak boleh dipandang ringan. Memilih telekung mungkin nampak macam perkara kecil, tapi sebenarnya sangat penting untuk memilih telekung yang terbaik bagi memastikan solat lebih sempurna dan selesa.
Telekung yang panas, mudah melorot atau ketat di muka boleh buat kita hilang fokus. Sebab itu, sebelum beli telekung lebih-lebih lagi secara online pastikan ia berkualiti dan menepati ciri-ciri berikut:
-
Fabrik sejuk dan tidak panas
Pastikan anda memilih telekung yang diperbuat menggunakan material lembut, ringan dan tidak melekap pada tubuh. Tidak kira anda solat pada waktu panas terik atau cuaca sejuk, telekung yang dipakai mampu memberikan keselesaan yang anda inginkan.
Disebabkan itu, semua telekung Siti Khadijah diperbuat menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi dan pastinya memenuhi citarasa setiap wanita. Antara fabrik yang digunakan seperti buluh hybrid, kapas popplin dan sutera.

Fabrik berkualiti untuk keselesaan anda
-
Rekaan muka
Bahagian paling penting untuk dipilih, sudah tentulah bahagian reka muka kerana jika tersalah pilih akan menyebabkan rasa tidak selesa, ketat serta rambut mudah kelihatan. Pilih yang bahagian muka dijahit kemas dan ada “stretch” yang lembut. Baru rasa secure sepanjang solat.
Di Siti Khadijah,kami tampil dengan reka muka eksklusif dan direka khusus mengikut bentuk wajah wanita Asia. Ada tiga jenis rekaan yang digunakan untuk koleksi telekung SK iaitu:
- Classic
- Harmony
-
Maharani

Reka muka Classic, Harmony dan Maharani
-
Labuh dan saiz
Pilih saiz telekung yang sepadan dengan saiz badan anda. Pastikan tidak terlalu pendek atau telalu panjang hingga boleh terpijak. Labuh telekung harusla menutup bahagian dada dengan sempurna.

Rekaan yang sempurna untuk keselesaan anda
-
Jahitan atau sulaman yang cantik
Telekung yang berkualiti tampil dengan rekaan yang kemas dan tidak merimaskan serta perincian sulaman yang cukup indah. Setiap koleksi telekung di Siti Khadijah mendapat sentuhan eksklusif daripada segi pemilihan motif sulaman dan perincian serta rekaan renda. Jahitannya juga tahan lama dan tidak mudah reput.

Sulaman indah untuk setiap helaian
-
Kualiti getah dan tali ikat
Walaupun ia hanya perincian kecil dalam rekaan telekung tetapi, kualiti getah dan tali ikat haruslah berkualiti serta tidak mudah memeri. Pastikan getahnya tebal dan tidak lembut supaya tidak mudah melurut ketika solat.

Tali ikat yang kemas dan selesa
Koleksi telekung Siti Khadijah - Pilihan tepat untuk Muslimah
Telekung bukan sekadar persalinan solat, tetapi ia memberi keselesaan, ketenangan dan rasa yakin setiap kali kita beribadah. Jadi, pilihlah telekung yang paling sesuai dengan gaya hidup dan keperluan diri. Bila telekung selesa, solat akan lebih sempurna dan hati pun lebih tenang.
Bagi anda yang belum pernah memiliki telekung Siti Khadijah, ini mungkin masanya untuk anda dapatkan salah satu koleksi yang kami anda. Koleksi telekung Siti Khadijah, pasti memenuhi keiinginan anda yang sedang mencari telekung terbaik untuk digayakan. Rekaan telekung yang mewah dan eksklusif dengan perhiasan indah serta penggunaan fabrik premium pasti memenuhi citarasa anda.

Rekaan ringkas namun tetap memukau
Kami juga ada telekung Basic dengan rekaan sederhana, harga yang berpatutan tetapi masih menggunakan fabrik yang berkualiti. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki sehelai telekung Siti Khadijah, anda pasti akan jatuh cinta.
