Membina Masa Depan Lestari Bersama Siti Khadijah

“Di Siti Khadijah, kami percaya bahawa tanggungjawab sesebuah jenama tidak terhenti sekadar menghasilkan produk berkualiti, tetapi juga bagaimana kami memainkan peranan dalam memelihara alam sekitar dan mencipta impak positif untuk generasi akan datang,” ujar Encik Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Enda Group Sdn. Bhd.

Penulis

Shahila Ahmad

siti.shahila@sitikhadijah

Antara tanggungjawab dan perniagaan

Apabila menyebut tentang Siti Khadijah, ramai yang mengenali kami menerusi koleksi telekung yang sinonim dengan keselesaan, kualiti dan inovasi. Namun di sebalik jenama yang telah menjadi pilihan ramai ini, terdapat sebuah misi yang lebih besar sedang kami usahakan iaitu komitmen untuk membina masa depan yang lebih lestari.

Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, Siti Khadijah telah mengambil langkah beralih kepada penggunaan tenaga solar dalam operasi harian syarikat serta kilang. Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan penggunaan tenaga konvensional, malah berjaya menjimatkan penggunaan bil elektrik syarikat sehingga 40 peratus.

“Seiring dengan usaha mengurangkan jejak karbon, kami turut memperkenalkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) yang dilengkapi dengan pod pengecasan sendiri di fasiliti syarikat. Langkah ini menjadi sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga dan mengurangkan pembaziran sumber,” tambahnya lagi.

Komitmen terhadap kelestarian ini juga melibatkan komuniti yang sentiasa bersama kami. Melalui kempenTrade-In Telekung, Siti Khadijah menggalakkan kakitangan serta FamilySK untuk menghantar telekung lama bagi tujuan kitar semula. Inisiatif ini diwujudkan bagi menggalakkan amalan penggunaan yang lebih bertanggungjawab serta memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menyumbang kepada penjagaan alam sekitar.

“Bukan itu sahaja, kami percaya bahawa kekuatan sesebuah organisasi bermula daripada individu yang menggerakkannya. TimSK yang menjadi nadi utama perjalanan Siti Khadijah sentiasa menjadi keutamaan kami. Justeru, kami menyediakan pelbagai fasiliti lengkap dan memastikan kebajikan pekerja sentiasa terpelihara kerana kami percaya kesejahteraan mereka adalah asas kepada kejayaan syarikat.”

“Pada masa yang sama, kami komited dalam membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta menyediakan ruang pembangunan kerjaya kepada setiap warga kerja di seluruh rangkaian butik dan operasi syarikat. Kami percaya bahawa pertumbuhan sesebuah jenama perlu bergerak seiring dengan perkembangan individu yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan tersebut.” ujarnya.

“Bagi kami, perjalanan ini tidak pernah hanya tertumpu kepada kejayaan hari ini semata-mata. Kami percaya setiap usaha kecil yang dilakukan dengan kesungguhan mampu membawa perubahan yang besar pada masa hadapan. Dengan komitmen yang berterusan, kami ingin terus bergerak ke hadapan sebagai jenama yang bukan sahaja memberi nilai kepada pelanggan, tetapi juga menyumbang kepada dunia yang lebih baik untuk generasi seterusnya,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Segala usaha ini akhirnya membuahkan hasil apabila Siti Khadijah menerima pengiktirafan Best Franchise Sustainability (ESG) di Malaysia Franchise Award 2025, satu pencapaian bermakna yang menjadi simbol komitmen kami terhadap pembangunan mampan.