Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Jualan Masuk Gudang, boleh hubungi Khidmat Pelanggan di WhatsApp pada talian
FAQ
About
Dimanakah lokasi Jualan Masuk Gudang diadakan?
Jualan gudang akan diadakan di bangunan baru Siti Khadijah iaitu di Laman Khadijah - Siti Khadijah Head Office.
Bagaimanakah cara untuk ke Jualan Masuk Gudang Siti Khadijah?
FamiliSK boleh melayari Laman Khadijah - Siti Khadijah Head Office. Bangunan baru terletak di Jalan Nilam 3, berhampiran dengan Nilai 3.
Apakah masa dan tarikh untuk Jualan Masuk Gudang?
Jualan gudang akan diadakan pada 5-8 Ogos (10 a.m - 9 p.m).
Apakah jenis barang yang akan dijual sepanjang Jualan Masuk Gudang?
Terdapat barangan bagi produk lama dan produk baru (sementara stok masih ada). Barangan yang akan dijual antaranya adalah telekung, pakaian, aksesori dan lain-lain. Jenis kecacatan yang terdapat adalah kekotoran dan kekoyakan kecil, kecacatan fabrik dan lain-lain.
Bagaimanakah cara atau proses beratur ketika di Jualan Masuk Gudang?
Pihak SK akan menyediakan sistem tempahan secara atas talian iaitu Jualan Masuk Gudang dimana familiSK boleh memilih waktu dan hari untuk ke jualan gudang.
Produk yang saya beli ada kerosakan (defect). Apa patut saya buat?
1. Untuk produk bukan AS-IS, rujuk Khidmat Pelanggan SK sebelum atau pada 9 Ogos 2023 untuk urusan penukaran. Sila bawa bersama resit belian dan pastikan tag harga ada pada produk.
2. Untuk produk AS-IS, sebarang penukaran atau pemulangan TIDAK DIBENARKAN.
Facilities
Adakah Siti Khadijah akan menyediakan laluan khas bagi warga emas, perempuan yang mengandung dan lain-lain?
Pihak SK akan menyediakan laluan beratur khas bagi kumpulan diatas.
Bagaimanakah dengan kawasan parkir semasa Jualan Masuk Gudang ini?
FamiliSK boleh meletakkan kereta mereka di luar kawasan gudang, namun, familiSK dibenarkan masuk untuk mengambil dan menghantar sahaja.
Apakah kemudahan atau utiliti yang disediakan semasa Jualan Masuk Gudang?
Pihak SK akan menyediakan tandas awam, surau, tempat menunggu, bahagian kanak-kanak, kaunter Khidmat Pelanggan, lori makanan dan kawasan parkir.