Seleksi Haruman Yang Memikat Jiwa

Haruman bukan sekadar memberi bau yang menyenangkan, tetapi mampu mencipta suasana, membangkitkan emosi dan menghadirkan rasa tenang dalam rutin harian.

Setiap aroma mempunyai keistimewaannya tersendiri, ada yang memberi ketenangan, ada yang menyegarkan dan ada juga yang mencipta saat indah yang sukar dilupakan.

Siti Khadijah hadir dengan seleksi wangian yang direka untuk melengkapkan gaya hidup harian anda. Bukan sahaja untuk diri sendiri, malah turut membantu mewujudkan suasana nyaman di rumah, ruang kerja mahupun ketika beribadah.

Penulis

Shahila Ahmad

siti.shahila@sitikhadijah

Thu, 16 Jul 2026

Home Diffuser – Haruman Yang Menghidupkan Ruang

Rumah bukan sekadar tempat untuk berehat dan berkumpul bersama keluarga, , tetapi di ruang inilah kita memperoleh ketenangan dan kebahagiaan. Dengan Home Diffuser Siti Khadijah, setiap ruang akan dipenuhi dengan haruman yang lembut dan menenangkan. Sesuai diletakkan di ruang tamu, bilik tidur atau ruang kerja untuk memberikan suasana yang lebih selesa dan menyenangkan.

Seera Mist Set– Kesegaran Sepanjang Hari

Mulakan hari dengan haruman yang ringan dan menyegarkan. Seera Mist Set hadir untuk menemani rutin harian anda dengan aroma yang meningkatkan keyakinan dan memberikan keselesaan sepanjang hari.

Direka untuk mereka yang gemarkan pelbagai haruman, setiap set didatangkan dengan tiga wangian berbeza yang memiliki keunikan tersendiri. Lebih menarik, Seera Mist Set turut menampilkan konsep refillable yang praktikal untuk mudah dibuka dan ditukar mengikut citarasa serta boleh disesuaikan mengikut gaya dan personaliti anda.

Noorea - Haruman yang lembut dengan sentuhan manis tropika, mencipta aura feminin yang menenangkan namun memikat.

Rouselle - Gabungan buah-buahan segar dan floral yang menghasilkan karakter lembut, manis dan penuh pesona.

Lamea - Aroma moden dengan kombinasi buah-buahan, rempah dan floral yang memberikan sentuhan elegan serta sofistikated.

Prayer Mist – Teman Haruman Saat Beribadah

Rasai momen saat ibadah yang lebih tenang dan damai. Prayer Mist Siti Khadijah hadir dengan haruman lembut yang direka untuk memberikan pengalaman beribadah yang cukup bermakna.

Sesuai digunakan pada sejadah, semburan wangian ini membantu mewujudkan suasana yang lebih damai melalui sentuhan aroma yang memikat jiwa.

Lebih daripada sekadar wangian, Prayer Mist juga tampil dengan rekaan botol dan kotak istimewa yang diinspirasikan daripada ragam hias Mushaf Terengganu yang indah. Setiap pilihan haruman mempunyai keistimewaan tersendiri, membolehkan anda memilih aroma yang sesuai dengan cita rasa dan suasana yang diinginkan.

Adeel Prayer Mist - Velvet Oud

Haruman yang elegan dengan gabungan aroma floral dan kayu yang mewah serta menenangkan.

Ruwaa Prayer Mist - Sugar Wood

Sentuhan aroma sitrus yang segar diadun dengan bauan kayu yang lembut untuk menghasilkan haruman yang seimbang.

Suha Prayer Mist - Crimson Oud

Karakter haruman yang lebih hangat dan memikat melalui gabungan rempah, floral dan oud

Haven Stone Air Freshener – Elegan Dan Harum Berpanjangan

Bukan sekadar penyegar udara biasa, Haven Stone Air Freshener direka dengan konsep moden dan praktikal yang turut berfungsi sebagai pelengkap dekorasi ruang. Diperbuat daripada material plaster berongga, ia membolehkan haruman dilepaskan secara perlahan bagi memberikan kesegaran yang lebih tahan lama dan konsisten.

Menambahkan lagi keistimewaannya, rekaan ini menampilkan ukiran monogram Siti Khadijah yang menyerlahkan sentuhan premium dan eksklusif pada setiap perincian. Setiap set turut didatangkan bersama mist 10ml yang praktikal dan mudah digunakan, sesuai untuk melengkapkan ruang di rumah, ruang kerja mahupun sudut peribadi anda. Antara pilihan haruman yang tersedia:

Dream Dash - Gabungan aroma buah-buahan yang diperkaya dengan sentuhan floral dan kayuan, menghasilkan haruman yang lembut dan menyenangkan.

Dusk Wood - Haruman sitrus manis yang dipadankan dengan sentuhan mint serta adunan oudh, mencipta aroma yang segar dengan karakter yang lebih mendalam.

Fresh Vanilla - Gabungan nota citrus, limau mandarin dan vanila yang menghasilkan aroma manis dan harum dengan sentuhan powdery yang lembut.

Soleya - Haruman yang ringan, segar dan nyaman, sesuai untuk mewujudkan suasana ruang yang lebih tenang dan menenangkan.

Air Freshener - Kesegaran Untuk Setiap Ruang

Sama ada di rumah, di dalam kereta atau di ruang kerja Air Freshener Siti Khadijah hadir untuk melengkapkan setiap ruang dengan sentuhan haruman yang memikat. Mudah digunakan serta sesuai untuk pelbagai kegunaan, ia membantu mewujudkan suasana yang lebih selesa dengan aroma yang memenuhi setiap sudut ruang.

Menampilkan rekaan botol dan kotak dengan sentuhan minimal yang moden, ia tampak ringkas namun elegan. Botolnya turut dilengkapi dengan penutup kayu khas yang membantu menyebarkan haruman secara perlahan ke udara sambil mengawal penggunaan wangian dengan lebih baik.

Setiap pilihan haruman hadir dengan keunikan yang berbeza untuk memenuhi cita rasa yang pelbagai.

Aireva Air Freshener - Gabungan aroma bunga yang lembut dengan sentuhan kayuan dan musk, menghasilkan haruman yang elegan.

Cayden Air Freshener - Haruman yang lembut dengan bauan floral dan powdery yang memberikan rasa selesa dan menenangkan.

Tropelle Air Freshener - Gabungan haruman segar dan floral yang diperkaya dengan bau kayu serta musk untuk sentuhan yang lebih mendamaikan.