Bulan yang paling ditunggu-tunggu masyarakat Islam di Malaysia tentulah bulan Ramadan kerana inilah waktunya kita dapat menggandakan pahala dengan amalan-amalan sunat dan merapatkan silaturrahim antara keluarga dan komuniti setempat. Seperti biasa juga, SK komited dalam memastikan pengalaman ibadah lebih memuaskan sepanjang bulan puasa dengan koleksi-koleksi baru.

Rose Moss Memory Foam Sejadah untuk IbadahĀ Berpanjangan

Ā
Sejadah jenis memory foam bukan sahaja dapat memastikanĀ kaki, lutut, sendi semua tak sakitĀ lepas solat terawih, tetapi Sejadah Moss Rose yang terbaru ini juga boleh dijadikan sebagai aksesori ruang ibadah yang estetik dan serasi untuk menyambut ketibaan Ramadan. Dengan kod warna maskulin dan feminin dan reka bentuknya yang unik, mesti nampak cantik letak di sudut bilik untukĀ godaĀ kita bangun solat malam.
Broderie Aura: Amalan Terjaga RamadanĀ Selesa

Telekung yang selesa adalah kelengkapan ibadah paling pentingĀ sepanjang Ramadan. Makna Ramadan itu sendiri pun panas yang sangat terik, ditambah pula dengan lapar dan dahaga, pastinya keselesaan dalam ibadah menjadi satu cabaran. Untuk koleksi Ramadan 2024, SK datangkan beberapa koleksi telekung terbaru untuk memenuhi keperluan semua, antaranya Broderie Aura yang estetik ni. Renda sulam dia sangatĀ halus dan teliti sehingga mampu sejukkan hati yang sedang terbakar, haa begitu!
Kopiah Muallim untuk Gaya Kemas dan Maskulin

Ā
Koleksi kopiah terbaru SK bukan sahaja memberi jaminan keselesaan, tetapi juga memastikan kekemasan dan keyakinan dalam penampilan. Sesuai dengan cuaca yang panas dan gaya hidup yang sibuk, Kopiah Muallim direka dengan bukaan fleksibel yang tidak mencengkam kepala dan sesuai dipakai sepanjang hari.Ā
Tasbih MiniĀ 33 Biji untukĀ Isi Kekosongan Hati

Aksesori Pengisi Waktu Lapang
Kalau ada masa terluang, bolehlah tenangkan hati dengan zikir. Tasbih Mücevher didatangkan dalam saiz mini dengan pouch baldu untuk senangkan penyimpanan dalam poket dalam masa yang sama mudah nak angkut ke mana-mana. Tahu tak, nama "Mücevher" bermaksud "permata" dalam bahasa TurkiĀ yang secara tak langsung mencerminkan nilai berharga aksesori ibadah ini.Ā
Set Airuz: Solusi Gaya Hidup Muslimah

Ā
Airuz Set menawarkan keselesaan sepanjang hari dengan reka bentuknya yang mesra wuduk dan mesra solat. Set pakaian wanita terbaru ni ada bukaan pada sisi baju untuk memudahkan pergerakan manakala seluar berpoket dan lengan berkancing meningkatkan praktikaliti. Diperbuat daripada campuran fabrik rayon dan poliester yang breathable dan lembut, outfit ni memang sesuai dengan cuaca tak menentu di Malaysia ni.
Koleksi Ramadan yang SK datangkan kali iniĀ tidak hanya bertujuan untuk menghadirkan keselesaan dalam ibadah, tetapi juga untuk menyelami trend gaya hidup muslim muslimah di Malaysia. SK berharap koleksi Ramadan 2024 ini dapat memperkaya pengalaman beribadah sepanjang Ramadan di samping memberikan sentuhan moden yang sesuai untuk gaya hidup moden sekarang.
