Ibu Memupuk Cinta Kepada Siti Khadijah

Ibu Memupuk Cinta Kepada Siti Khadijah

 

Biarpun langkahnya sebagai rakan francais Siti Khadijah masih baru, kecintaannya terhadap jenama ini sebenarnya telah lama berakar di hati sejak tahun 2009 lagi. Segalanya bermula apabila ibu tercinta memperkenalkannya kepada koleksi telekung Siti Khadijah yang dibeli ketika itu. Dari situ, benih minat mula disemai, perlahan-lahan berkembang menjadi sebuah ikatan yang penuh makna.

“Ibu saya merupakan peminat tegar Siti Khadijah sejak tahun 2009. Dia antara individu yang memiliki koleksi telekung terawal dan masih membeli sehingga sekarang. Disebabkan ibu, saya kenal Siti Khadijah.” ujar Aishah binti Zulkifly, 43, Pemilik Butik Siti Khadijah, Kota Warisan, Sepang. 

Cinta kepada telekung SK membina kerjaya sebagai Franchise

Selama ini dia hanya melihat dan menemani si ibu untuk ke butik SK, tetapi selepas cuba memakainya, dia terus terpikat dengan koleksi telekung Siti Khadijah. Bagi Aishah, telekung SK sangat istimewa dan eksklusif. Sesiapa sahaja pasti akan memilikinya selepas sekali mencuba. 

“Ibu yang mempengaruhi saya untuk mencuba telekung Siti Khadijah. Bila dah pakai dan guna, barulah saya faham kenapa orang suka dengan telekung ini. Fabriknya sangat lembut, selesa dan memberikan pengalaman solat yang luar biasa.”

Akui Aishah, sejak dari detik itu, dia menjadi peminat tegar jenama ini. Setiap koleksi baru dikeluarkan, dia pasti akan milikinya. 

Bangga  dengan usaha keras yang membuahkan hasil

“Ibu dan saya memang gemar membeli telekung Siti Khadijah. Ibu suka beli untuk dijadikan sebagai hadiah, manakala saya pula lebih gemar menyimpannya untuk kegunaan sendiri. Boleh dikatakan, hampir semua koleksi telekung SK ada dalam simpanan saya,” ujar Aishah sambil tersenyum.


Franchise Siti Khadijah, mengubah segalanya

Selepas 16 tahun bekerja sebagai Penjawat Awam, akhirnya Aishah membuat keputusan untuk bersara awal. Dia tidak bercadang untuk terus bersara dari dunia pekerjaan, sebaliknya Aishah menanam cita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri. 

Pelbagai koleksi yang boleh dipilih FamilySK

Untuk memulakan perniagaan sendiri, itu sangat berisiko tinggi memandangkan dia tidak mempunyai pengalaman dan ilmu untuk menguruskan syarikat. Jadi yang demikian, dia merancang untuk menjadi franchise pada mana-mana jenama yang sudah mempunyai nama di pasaran. 

“Bila saya ternampak Siti Khadijah buka tawaran untuk Franchise, saya terus mohon. Kebetulan, jenama Siti Khadijah memang sangat dekat di hati saya, jadi saya tidak mahu lepaskan peluang. Saya dapat rasa, ini adalah cabang perniagaan yang terbaik untuk saya ceburi.” ujar Aishah yang juga ibu kepada 2 cahaya mata. 

Tambah Aishah lagi, suaminya Mohd Mazdan bin Mohd Jamil banyak memberi dorongan dan menjadi penyokong terkuat sejak dia menyatakan hasrat ingin menjadi Franchise Siti Khadijah. Disebabkan itu, dia membina keberanian untuk menjadi sebahagian daripada Siti Khadijah. 

Bersama suami tersayang yang sentiasa menjadi pendokong kuat

“Saya seorang yang introvert sebenarnya. Saya takut dan malu untuk berjumpa dengan orang. Sehinggakan saya tiada akaun media sosial kerana bagi saya itu tidak perlu dan saya rasa tak ada keperluan untuk orang kenal saya. Alhamdulillah saya mempunyai suami yang amat memahami. Dialah yang banyak membantu saya dari segi pemasaran dan berjumpa dengan orang. Manakala, saya pula lebih selesa bekerja di belakang tabir sahaja.”

Tambah Aishah, sepanjang mengusahakan Butik Siti Khadijah di Kota Warisan ini, dia lebih selesa untuk menguruskan hal berkaitan operasi butik serta pekerja. Dia bertuah kerana direzekikan dengan pekerja yang sangat berkebolehan serta rajin bekerja. 


Tiga tahun yang bermakna 

Usia perniagaannya mungkin masih muda, tetapi pencapaiannya sebagai Franchise Siti Khadijah cukup membangggakan. Dalam masa 3 tahun, Siti Khadijah Kota Warisan berjaya memenangi Anugerah Emerging Franchisee of the Year 2025 anjuran Malaysia Franchise Association (MFA) yang berlangsung pada Disember 2025. 

Walaupun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi sebelum membuka butik ini, kemenangan ini telah menjadi penawar segala jerih perih yang pernah Aishah dan suami lalui dalam merealisasikan impian mereka ini. 

Lengkap dengan pelbagai pilihan

“Untuk buka butik ini bukan mudah sebenarnya. Saya menunggu hampir sebulan untuk menanti jawapan daripada Siti Khadijah. Apabila berjaya, lokasi pula menjadi cabaran yang paling besar. Ada beberapa lokasi yang saya usulkan kepada SK dan akhirnya SK bersetuju dengan lokasi di Kota Warisan.” 

“Alhamdulillah, pemilihan ini tidak salah kerana keuntungan yang diperolehi dan sambutan yang diterima di luar jangkaan kami. Walaupun untuk mendapat semula pulangan modal tu agak mencabar tetapi hasil daripada kerja keras saya dan suami serta pekerja yang berdedikasi, kami berjaya sampai ke tahap ini.” tambahnya lagi. 

Tidak dinafikan banyak rintangan yang terpaksa dia tempuh sepanjang perjalanan ini. Biarpun Siti Khadijah sudah dikenali dan menjadi jenama yang begitu gah di negara ini, dia masih perlu bekerja keras bagi memastikan jualan yang dibuat mencapai sasaran yang telah ditetapkan. 

“Kalau dulu, saya perlu capai KPI yang ditetapkan oleh Jabatan saya. Tetapi sekarang bila kerja sendiri, saya bukan hanya perlu mencapai KPI yang ditetapkan SK, malah saya perlu meletakkan target atau KPI butik saya sendiri. Tetapi saya yakin, dengan kerja keras, usaha yang berterusan dan kerajinan, segala sasaran yang dietapkan akan berjaya dicapai.” ujar Aishah yang berharap Siti Khadijah terus tumbuh dan berkembang maju pada masa akan datang. 

“Harapan saya semoga SK dapat mengekalkan kualiti dan sistem yang berkesan untuk kejayaan jangka panjang bersama franchise dan franchisor. Besar impian saya untuk mengembangkan perniagaan ini ke peringkat yang lebih tinggi serta mengikut trend pasaran sekarang.” kata Aishah  mengakhiri perbualan.