idola wanita

 

Peranan wanita tidak kurang hebatnya dalam masyarakat. Bila kita singkap sirah, ramai wanita yang terlibat dalam urusan kemasyarakatan dan menyumbang tenaga untuk pembangunan ummah. Keberanian para wanita terdahulu dalam memperjuangkan agama Allah SWT menjadikan mereka srikandi yang dikenang sepanjang zaman, dan wajar dijadikan idola pada zaman moden ini.

1. Khadijah binti Khuwailid

Nama penuhnya Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai. Khadijah juga digelar sebagai Khadijah al-Kubra dan merupakan isteri pertama nabi Muhammad SAW. Khadijah lahir dari jalur keluarga bangsawan yang terhormat. Khadijah mewarisi kekayaan ibu bapanya dan menjalankan perniagaan untuk menjadi lebih berdikari dalam kehidupan. 

Nabi Muhammad SAW menikahi Khadijah dan dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Qasim, Abdullah, Fatimah, Zainab, Ummu Kalthum, Ruqayyah. Khadijah seorang wanita hartawan dan dermawan. Sepanjang hayatnya, Khadijah menginfakkan hartanya untuk perjuangan dakwah suaminya dan sentiasa memberi sokongan moral untuk kelangsungan dakwah. Saidatina Khadijah wafat pada tahun ke-10 kenabian iaitu tahun yang sama dengan Abu Talib. Tahun kewafatannya digelar tahun kesedihan buat Rasulullah SAW. 

2. Fatimah Az-Zahra

Fatimah merupakan puteri bongsu Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan pada tahun 605 Masihi di Makkah al-Mukarramah

Fatimah mempunyai beberapa gelaran antaranya:

  1. Az-Zahra - yang cantik berseri
  2. As-Siddiqah- wanita yang dipercayai
  3. At- Tahirah- Wanita suci
  4. Al- Mubarakah- Yang membawa berkat

Fatimah telah berkahwin dengan Ali bin Abi Talib dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Hassan, Hussin dan Zainab. Fatimah wafat beberapa bulan selepas kewafatan ayahandanya dan dikebumikan di tanah perkuburan baqi’ di Madinah.

3. Asiyah binti Muzahim

    Asiyah merupakan isteri Firaun tetapi mempunyai keimanan yang tinggi berbeza dengan suaminya yang kufur. Asiyah tergolong dalam kalangan empat wanita penghuni syurga. 

    Asiyah menjadikan nabi Musa a.s sebagai anak angkatnya dan menentang kekufuran suaminya. Meskipun dilimpahi kekayaan di dunia, Asiyah tetap memilih cinta Allah SWT kerana meyakini bahawa ganjaran di akhirat lebih bermakna. Asiyah rela diseksa oleh Firaun demi mempertahankan akidahnya. 

    4. Maryam binti Imran

      Maryam ialah wanita istimewa kerana memiliki zuriat tanpa berkahwin iaitu ibunda kepada nabi Isa a.s. Maryam merupakan satu-satunya wanita yang namanya diabadikan dalam al-Quran iaitu surah Maryam, surah yang ke-19 dalam al-Quran. Nama Maryam disebut sebanyak 34 kali. 

      Maryam lahir di Palestin dan merupakan anak saudaranya iaitu nabi Zakaria a.s. Maryam dijaga oleh bapa saudaranya sehingga menjadikannya wanita yang kuat beribadah kepada Allah SWT.  

      5. Siti Hajar

      Siti Hajar ialah isteri kedua Nabi Ibrahim A.S  dan ibu kepada nabi Ismail A.S. Ketaatan Siti Hajar terlihat saat dirinya akur dengan perintah Allah SWT yang meminta suaminya meninggalkannya dan anak kecilnya di sebuah kawasan yang tandus. Siti Hajar percaya bahawa Allah akan datangkan pertolongan kerana setiap perintah-Nya pasti terselit hikmah. 

      Saat anaknya Ismail a.s menangis kehausan, Siti Hajar berjalan ulang alik dari bukit Safa ke bukit Marwa untuk mencari air. Anaknya terus menangis dan menghentakkan kaki. Dengan izin Allah SWT, keluar air dari bawah tanah di tempat hentakan kaki anaknya. Sumber mata air itu dinamakan air zam zam.

      6. Sumayyah

        Sumayyah binti Khayyat ialah hamba kepada Huzaifah bin al- Mughirah, wanita pertama mati syahid di zaman Rasulullah. Suaminya bernama Yasir dan anaknya bernama Ammar. 

        Berita pengislaman Sumayyah sekeluarga menyebabkan kemarahan Bani Makhzum. Mereka dipaksa kembali ke agama nenek moyang mereka yang menyembah berhala. Tetapi mereka tetap teguh mempertahankan akidah lalu diseksa dengan kejam. Mereka dijemur di tengah padang pasir yang sangat panas. Abu Jahal menikam dada Sumayyah sehingga meninggal dunia. Nama Sumayyah dikenali sebagai wanita yang kuat imannya.

        7. Aisyah R.A

          Nama penuhnya Aisyah  binti Abu bakar as-Siddiq merupakan isteri Rasulullah SAW, seorang ilmuwan pada zamannya dan menjadi perawi hadis. Bapanya ialah Saidina Abu bakar iaitu Khalifah pertama  Islam manakala ibunya ialah ummu Ruman bin ‘Amir. Saidatina Aisyah mendapat gelaran Humaira yang bermaksud ‘putih kemerah-merahan’.

          Saidatina Aisyah menjadi pembantu Rasulullah dalam urusan dakwah. Selain itu, para sahabat menjadikan Aisyah R.A sebagai sumber rujukan untuk bertanya tentang pelbagai permasalahan. 

          8. Siti Sarah

            Siti Sarah ialah isteri pertama Nabi Ibrahim A.S. Siti sarah sentiasa menemani suaminya dalam urusan  dakwah di Mesir pada zamannya. 

            Setelah lama berkahwin, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Lalu, Siti Sarah meminta agar nabi Ibrahim mengahwini Siti Hajar dan dikurniakan seorang anak iaitu Nabi Ismail a.s. Atas kesungguhan doa, akhirnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ishak. 

            9. Khaulah al- Azwar

              Khaulah merupakan wanita yang hidup pada zaman sahabat. Memiliki kemahiran bermain pedang dan tombak. Khaulah juga memiliki ilmu pertempuran dan mahir berperang sambil berkuda dan menggunakan senjata. Semua kemahiran tersebut diwarisi daripada bapanya iaitu al-Azwar. 

              Kisah kehandalan Khaulah masyhur dalam perang Saniyat al-Uqab yang mana peperangan ini dimenangi oleh kaum muslimin. Ketangkasannya persis Khalid al-Walid. Srikandi Islam ini wafat pada tahun 639 Masihi. 

              10. Nusaybab binti Kaab

                Merupakan anak kepada ka’ab  bin ‘Amr. Ibunya bernama Rabbab binti Abdullah. Suaminya bernama Zaid bin Asim. Mereka dikurniakan dua orang putera iaitu Abdullah bin Zaid dan Habib bin Zaid. Selepas Zaid meninggal, Nusaibah  berkahwin dengan Ghaziyah bin Amrin dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tamim dan Khaulah. 

                Nusaibah dikenali sebagai Ummu Ammarah iaitu ibu para pemimpin dan salah seorang wanita yang terlibat dalam perjanjian Aqobah 2. Selain itu, Nusaibah turut serta dalam perang Uhud, perjanjian Hudaibiyah, Fathu Mekah dan Bai’ah ar-Ridhwan. Nusaibah digelar perisai Allah. Kewafatannya disambut malaikat.

                Inspirasi Keusahawanan

                Mengambil inspirasi keusahawanan daripada Saidatina Khadijah binti Khuwailid, Pn. Hajah Padzilah Enda Sulaiman menamakan hasil rekaan telekungnya sebagai telekung Siti Khadijah. Kini selepas 14 tahun penubuhannya, Telekung Siti Khadijah semakin berkembang bukan hanya pada inovasi produk telekung, tetapi mempunyai pelbagai rangkaian produk gaya hidup seperti pakaian lelaki dan perempuan, hijab, sejadah dan lain-lain.