Subscribe to our Newsletter


Get latest info about our News, Promotion and Event !

Subscribe to our Newsletter


Telekung Siti Khadijah Klasik


Team Siti Khadijah meneruskan rekacipta terbaru iaitu rekabentuk Telekung Siti Khadijah Klasik. Konsep yang berilhamkan budaya, mengekalkan warisan, mengadaptasikan ciri-ciri moden melalui penggunaan fabrik kapas yang berkualiti tinggi serta diadun dengan fabrik memeri maka lahirlah sebuah karya anggun dan unik untuk diwarisi.

Namun keselesaan Telekung Siti Khadijah Klasik masih tetap dirasakan kerana adunan daripada gabungan bahan tersebut tetap memberi kebebasan kepada setiap pergerakan muka samaada sewaktu membaca Al-Quran atau sewaktu menjamah makanan sekali pun.

-->> Lihat Koleksi Telekung Siti Khadijah Klasik

Telekung Siti Khadijah Moden


Telekung SK Moden

Telekung Siti Khadijah terus berinovasi, pada awal 2012 lahirlah rekabentuk Telekung Siti Khadijah Moden, iaitu rekaan paling baru dan begitu luar biasa keselesaan dan keanggunannya.

Menggunakan sepenuhnya bahan memeri ditambah dengan hiasan renda atau lace yang halus rekaannya, direka melalui cara pemotongan dan cara jahitan yang begitu unik. Ia juga memberi kesan yang luar biasa dari segi keselesaan dan keanggunannya kepada pengguna.

-->> Lihat Koleksi Telekung Siti Khadijah Moden

Telekung Siti Khadijah Original


Bermula dari sebuah mimpi menjadi suatu realiti. Melalui cetusan ilham anugerah Ilahi, dengan penyelidikan yang begitu teliti, disamping pengalaman sendiri serta inisiatif untuk melahirkan telekung yang lebih praktikal akhirnya terciptalah rekabentuk anggun, indah dan pastinya selesa. Rekabentuk pertama Telekung Siti Khadijah Original memenuhi citarasa dan berada dalam kelas yang tersendiri.

Berinovasi beserta ciri ciri keselesaan dan keanggunan. Rekabentuk original yang dicipta dengan ciri ciri tudung terkini, diadun dengan fabrik memeri, begitu memberi kesan dan keselesaan yang luar biasa dan terbukti mendapat tempat dihati pengguna.
 
Bahagian dalaman anak telekung diperbuat dari bahan fabrik memeri sedia bercantum dan melekap sempurna diwajah begitu terasa akan keselesaannya ditambah pula pelapik dagu yang direka sesuai lebarnya dari bahan yang sama menambahkan keselesaan dibahagian muka. Tambahan awning dibahagian atas sebagai pemanis untuk menambah seri si pemakai.
 

Testimonial

  • Apa Yang Dikatakan Pengguna Telekung Siti Khadijah

    Pengalaman Diana Amir Menggunakan Telekung Siti Khadijah


    Pengalaman Anne Ngasri Menggunakan Telekung Siti Khadijah

    Pengalaman Sahabat Siti Khadijah

    ‎"Fabriknya yang sangat selesa dan tidak berapa tebal kerana saya tidak perlu risau ketika solat,telekung ditiup angin atau kipas kerana telekung tidak terselak dan masih tetap diposisinya" kata Puan Noor Haslina Abdul Rashid ketika berkongsi pengalaman semasa Majlis Pelancaran Butik Siti Khadijah Apparel Shah Alam

.

    -->> Lihat Video setelah majlis penyampaian hadiah


    Testimonial #1

    Pengguna Telekung Siti Khadijah
    Terima kasih diatas respon dari pihak SK. Saya adalah salah seorang pelangan SK yang menggunakan telekung hasil tangan anak Melayu Malaysia. Telekung SK amat selesa dipakai dan saya berpuas hati sangat dengan hasil tangan negara Malaysia. Diharap pihak SK dapat memperbanyakkan lagi design-design corak telekung yang menarik juga rekaan jubah-jubah yang menarik, ini kerana anak-anak muda sekarang ramai yang lebih berminat memakai pakaian seperti ini. Ia juga salah satu galakan dan tarikan kepada anak muda dan kepada bangsa-bangsa lain terhadap pemakaian sopan di negara kita.

    Saya juga menghadiahkan kepada ibu saya sepasang telekung dari jenama SK. Buku doa keluaran SK juga amat menarik ini kerana ia ringan , kecil serta ringkas mudah dibawa kemana-mana sebagai panduan doa kiranya kita semua berada didalam keadaan kecemasan. Stokin dan sarung tangan SK juga amat tebal sesuai untuk cuaca dinegara kita dan diluar negara terutamanya ketika kita menunaikan umrah atau haji.

    Sebagai persedian untuk menunaikan haji atau pun umrah pada tahun ini, saya cuba membeli dan mengumpul sedikit demi sedikit barang keperluan untuk ke tanah suci melalui barang-barang jenama keluaran SK. Melalui kursus bersiri haji yang telah bermula pada minggu lepas di kawasan kediaman saya, Ustadz Safawi telah mengingatkan pemakaian wanita terutamanya dari segi aurat, dari segi stokin dan juga sarung tangan hendaklah tebal bukan nipis. Ini kerana semasa masa melakukan tawaf dan sai’e aurat perlu dijaga bagi memelihara amalan kita di tanah suci. Terima kasih diucapkan sebagai tanda penghargaan dari saya sebagai pelangan dan pengguna SK diatas keluaran keperluan umat Islam.

    Khairulnisah Bt Mohd Mazlan
    Taman Koperasi Udaco, Hulu Langat, Selangor.
    Pilihan Produk SK: Sarung Lengan, Stokin, Buku Doa, C PM, Jubah


    Testimonial #2

    Assalamualaikum SK team,

    Saya membeli 4 pasang telekung SK untuk di pakai semasa saya menunaikan haji baru-baru ini. Bila saya memakai Telekung SK, saya sangat yakin yang anak rambut saya tidak terkeluar. Ia diperbuat dari kain yang sejuk, jadi ia selesa dan sesuai di pakai di Mekah walaupun bila suhu masa itu melebihi 40 darjah celcius. Keselesaan telekung yang kita pakai adalah penting supaya kita boleh solat dengan lebih khusyuk.

    Sekarang saya hanya memakai telekung SK sahaja bila mendirikan solat. Ramai kawan di masjid bertanya, dimana saya membeli telekung saya, dengan bangga saya kata,"Ini adalah Telekung SK", saya beli online. Mereka kata muka saya berseri, kena dengan gaya telekung yang saya pakai. Saya pun apa lagi, mula mempromosikan telekung dengan memberitahu mereka saya tak perlu memakai anak telekung cuma sarungkan sahaja, saya terus pergi ke masjid.

    Kainnya pun sejuk. Ada juga kawan-kawan yang meminta saya belikan untuk mereka sebab mereka tiada internet di rumah. Saya akan tolong mereka beli online. Saya duduk di Penang, SK tiada di Penang. Terima kasih SK kerana mereka telekung yang sesuai dengan jiwa saya! Saya sangat berpuashati dan saya akan order untuk kawan-kawan saya.

    Ikhlas dari saya, Hjh Ummu Habibah Setiah Bt Abdullah.

    Hjh Ummu Habibah Setiah Bt Abdullah
    Alamat: KPJ International College, Bukit Mertajam Pinang
    Pilihan Produk SK: C PM


    Testimonial #3

    Jazakallahu khair di atas ingatan dan penghargaan pihak puan menghubungi saya bagi mendapatkan maklumbalas. Alhamdulillah semenjak mengenali SK melalui facebook, saya telah digerakkan hati oleh Allah untuk mencuba, membeli dan menggunakannya sendiri. Saya menggunakan telekung SK moden yang sungguh selesa dan bertepatan dengan ukuran muka saya.

    Kainnya yang lembut dan sejuk juga membuatkan ibadah solah terasa seperti dilakukan di bilik berhawa dingin. Saya memang mencari-cari telekung yang sederhana tanpa embroideri yang keterlaluan namun tidak kalah kualiti. Saya sangat bersyukur kerana apa yang saya cari selama ini telah saya temui. Telekung SK begitu memahami kemajuan dan selera saya. Alhamdulillah saya telah membeli 4 pasang telekung setakat ini (sepasang moden, dua pasang klasik dan sepasang untuk anak perempuan saya yang masih di sekolah rendah).

    Saya telah berkongsi pengalaman hebat ini dengan ibu dan adik beradik saya. Syukur ke hadrat Allah, mereka juga sangat gembira dengan telekung SK. Syabas saya ucapkan kepada team SK di atas usaha murni anda di jalan Allah ini. Moga ianya menjadi saham akhirat untuk anda dan juga saya. Mudah-mudahan juga usaha murni ini diberkati Allah Subhanahu Wata'ala. Saya doakan semoga perniagaan anda berkembang maju hingga ke peringkat antarabangsa. Insha Allah.

    Maryam Hj Ahmad Shah
    Johor Bahru, Johor.
    Pilihan Produk SK: M PKSE, C PKSE


    Testimonial #4

    Saya mula mengenali telekung SK beberapa tahun yang lalu melalui media cetak. Sebelum ini saya beranggapan yang telekung SK adalah mahal dan tidak mampu dimiliki oleh golongan sederhana seperti saya. Untuk pengetahuan, saya adalah seorang guru di salah sebuah kawasan pedalaman. Apa yang terpahat diminda, barangan butik biasanya mahal dan tidak mampu dimiliki oleh golongan kami.

    Saya pernah membaca kisah pemilik butik dalam sebuah majalah, yang menceritakan sejarah telekung sembahyang SK. Di antara yang menjadi minat saya ialah cerita kepayahan untuk mendapatkan telekung yang selesa, tidak panas dan sesuai dengan bentuk muka yang saya juga mengalami perkara yang sama. Daripada situ sudah ada minat untuk mengetahui dan memiliki telekung ini.

    Saya juga pernah membeli telekung sembahyang daripada luar negara seperti Indonesia dan Vietnam tetapi masih mengalami masalah yang sama. Tahun lepas dan tahun sebelumnya saya ada menyewa hotel bajet berdekatan dengan butik telekung SK di Bangi, saya cuma lalu dan melihat daripada luar sahaja. Tak berani nak masuk sebab pemikiran yang negatif tadi. Tetapi Disember 2012, hati saya tergerak untuk membuka laman web SK dan seterusnya nekad untuk membeli dan mencuba.

    Alhamdullilah, ternyata telekung sembahyang SK memang selesa, tidak panas, mengikut bentuk muka dan anak rambut tidak keluar walaupun tidak memakai anak tudung. Sekarang saya berminat untuk menambah koleksi dan tidak takut lagi membeli telekung SK. Kualiti yang ditawarkan memang memberikan kepuasan. Bak kata pepatah alah membeli, menang memakai.

    Saya mencadangkan supaya produk Sk diperluaskan lagi dengan menambah koleksi tudung dan jubah sama ada untuk beribadat atau pakaian seharian. Saya juga sedang membuat persiapan untuk menunaikan haji dalam masa tiga tahun lagi Insyaallah termasuk membeli peralatan fizikal seperti telekung sembahyang, tudung dan jubah. saya didapati produk kita lebih sesuai dengan keadaan kita berbanding dengan produk luar.

    Rosemawati Mokhtar
    Alamat: Bandar Jengka, Pahang.
    Pilihan Produk SK: C PKSE


    Testimonial #5

    Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, tidak rugi rasanya membeli telekung SK. Sangat-sangat berkualiti dan sesuai dengan harga yang ditetapkan. Bahkan, dengan fabrik telekung SK dapat membantu untuk solat dengan selesa dan dengan keselesaan itulah membantu untuk lebih khusyuk dalam beribadah. Selain itu juga, telekung SK sangat cantik dan semoga dengan cantiknya telekung SK juga dapat meraih pandangan Allah Taala yang Maha Cantik :) Sungguh, tidak menyesal membeli telekung SK lebih-lebih lagi bila dipakai solat bersama suami tersayang Terima kasih Allah atas mengurniakan idea kepada insan yang membuat telekung SK ini.

    Hamba Allah


    Testimonial #6

    Assalamualaikum Team Siti Khadijah.

    Saya nak kongsi pengalaman saya menggunakan telekung jenama SK. Ianya sungguh bermakna kerana sepanjang 1 tahun ini, saya memang tercari-cari telekung kerana faktor diri yang tinggi cuma sama ada telekung mesti ditempah. Jika lepas solat di pejabat, akan bertanya dengan kawan-kawan sama ada telekung mereka tempah atau beli siap.

    Hingga pada suatu hari, di rumah mak saya sendiri saya menggunakan telekung anak buah yang menggunakan jenama SK dan saya teruja dengan material dan rekabentuk. Sampai di rumah saya terus mencari di website. Saya amat terharu dan tanpa was-was terus menempah sehelai untuk saya secara online.

    Saya sangat berpuashati dengan telekung SK dan akan terus menggunakannya dan jika ada rezeki akan menghadiahkan kepada mereka yang tersayang, insyallah. Terima kasih Team SK kerana menwujudkan jenama SK ini dan terus berbakti kepada umat Islam.

    Juhaida Md. Derus
    Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Pilihan Produk SK: C PKSE


    Testimonial #7

    Terima kasih kerana memilih saya untuk memberikan pendapat dan testimonial kepada pihak puan. Untuk makluman, saya telah terpanggil untuk mengunjungi butik SK setelah menonton rancangan Safiyya di TV9. Saya telah mencuba sehelai telekung klasik. Ianya sangat selesa digunakan kerana diperbuat daripada material kain kapas dan direkabentuk mengikut kesesuaian pemakai yang mana terdapat pilihan saiz muka.

    Telekung ini juga tebal dan disulam dengan begitu halus. Setelah menggunakan telekung dari butik SK seolah-olah tidak mahu lagi membeli telekung dari Indonesia atau Vietnam yang dikatakan murah. Terbukti pepatah yang berbunyi "alah membeli menang memakai" masih sesuai digunakan. Saya telah berkunjung kali kedua ke butik SK dalam tempoh sebulan. Ini disebabkan saya ingin menghadiahkan telekung tersebut kepada ibu.

    Kali kedua kunjungan, tanpa ragu-ragu saya telah membeli sepasang telekung dan sehelai telekung mini. Ibu saya amat menyukai telekung tersebut. Saya juga telah mempromosikan kepada kawan-kawan di pejabat. Saya berharap pihak puan dapat mempromosikan produk butik ini secara berterusan supaya lebih dikenali dan diingati.

    Nor Azilah Md Nor
    Presint 18, Putrajaya
    Pilihan Produk SK: C PM


    Testimonial #8

    Saya amat selesa dengan pemakaian telekung dan sarung tangan menggunakan telekung SK yang saya beli akhir Disember 2012. Di samping itu, saya turut memakai sarung tangan SK yang sangat cantik malahan amat selesa sekali. Justeru itu.saya memcadangkan agar pihak SK dapat membuka cawangan di Pulau Pinang.

    Rohaya Mohamad
    Gelugor, Pinang
    Pilihan Produk SK: Sarung Lengan Lace


    Testimoni #9

    Tahniah atas pembukaan cawangan baru. Sebagai penguna telekung SK, saya amat berpuas hati dengan potongan dan kain yang selesa di gunakan. Untuk penambahbaikan, dicadangkan agar pengeluaran yang akan datang dapat menggunakan kain lace yang baik dan tidak cepat koyak (macam pemilihan lace yang digunakan telekung dari Indonesia - baik). Terima kasih dan maaf sekiranya komen saya tidak disenangi.

    Hjh Rokiah Hj Ibrahim
    Alamat: WP Labuan
    Pilihan Produk SK: C PKSE


    Testimonial #10

    Salam buat team SK, saya memang rasa berbaloi membeli telekung SK. Selain tidak panas, saya juga suka dengan corak dan warnanya yang sederhana. Bukankah Islam menggalakkan kesederhanaan? Memang saya akan beli lagi untuk dihadiahkan kepada ibu untuk harijadinya bulan Mei ini. Saya ingin cadangkan agar buatkan kad keahlian dan berikan potongan harga yang lebih banyak buat ahli. Semoga telekung SK akan terus berkembang.

    Yati Mat
    Kuala Lumpur
    Pilihan Produk SK: C PSE


    Testimonial #11

    Saya amat berpuas hati dengan produk dan layanan dari Team SK. Telekung SK walaupun berwarna putih, tetapi tidak jarang. Saya juga suka dengan material kainnya yang selesa di pakai dan juga rekaan untuk muka yang amat selesa untuk beribadah. Insya Allah, akan membeli lagi untuk disedekahkan kepada ibu saya. Semoga terus maju dalam perniagaan ini seterusnya membantu kaum muslimat untuk beribadat tanpa perasaan was-was berkenaan aurat.

    Amanina Mohamad Yusuf
    Off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
    Pilihan Produk SK: M PKSE


    Testimonial #12

    Selesa telekung ini. Labuhnya just nice. Material is not too heavy or too light. Satu pembelian yang baik dan berbaloi. Saya akan membeli sepasang atau dua lagi telekung SK ini. Saya juga ingin menyarankan agar pilihan kain di buat untuk extra labuh bagi mereka yang memilih kain labuh (dari aras dada) dan pilihan kain yang tanpa getah untuk mereka yang suka jenis mengikat sendiri.

    Ropina Hashim
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Pilihan Produk SK: C SK (F)


    Testimonial #13

    Saya dah lama ingin memiliki sepasang telekung yang menepati citarasa saya sendiri. Cantik tapi simple, cukup menutupi bahagian tertentu tapi selesa. Ternyata membeli telekung SK menjangkaui jangkaan saya. Apa salah berbelanja lebih sedikit untuk kita beribadah ke jalan Allah. Insha Allah.

    Nora Norrazah Hj Wan
    Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.
    Pilihan Produk SK: C PKSE


    Testimonial #14

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, telekung yang digunakan amat selesa dan sangat memuaskan. Kain yang lembut dan sedap dipakai. Sekiranya ada cawangan SK di bandar KL lagi akan menyenangkan untuk saya, keluarga dan kawan-kawan untuk mendapatkannya. Diharap akan dapat diusahakan penjualannya di KL, insyaAllah. Semoga terus berjaya.

    Dk Hajah Jabaidah Pg Hj Sulaiman
    Alamat: Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
    Pilihan Produk SK: C PKSE


    Jom Kongsi Pengalaman Menggunakan Telekung Siti Khadijah!