Tips memilih warna tudung

mengikut warna kulit...

Kepada para wanita, apa yang anda harapkan di luar sana selain memiliki kerjaya yang hebat?
Pastinya anda ingin selalu kelihatan bergaya dan berkeyakinan setiap kali keluar rumah dan bertemu orang sekeliling. Kan? Maka, cara pemakaian anda perlu diambil berat supaya anda nampak tenang dan yakin melangkah. Penampilan diri perlu dijaga rapi bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan menaikkan keyakinan diri.
Bagaimana cara nak bina keyakinan diri?
Bagaimana nak kelihatan selesa sepanjang hari?
Antara caranya ialah memilih warna tudung yang sesuai dengan anda.
Anda tak tahu jenis warna kulit anda apa? Jangan risau. Kami akan kongsikan kepada anda.
Jom semak kulit anda dengan cara di bawah:
1. Membuat analisa warna kulit dan warna tudung dengan cara buat padanan tona semula jadi kulit dengan warna tudung yang serasi. Anda juga boleh menggunakan skin tone finder untuk semak warna kulit. Letakkan skin tone finder di wajah dan tentukan kategori tona kulit anda. Kemudian, gunakan colour guide book untuk memilih warna tudung yang sesuai.
2. Anda perlu pastikan wajah anda yang menjadi perhatian, bukannya tudung yang dipakai. Anda mestilah tak nak fokus terganggu sehingga mengganggu gerak kerja seharian kan.
Terdapat 4 jenis warna kulit iaitu putih cerah, hitam manis, kuning langsat dan sawo matang. Jom tengok warna tudung mana yang anda sesuai pakai.

Jenis warna kulit #1
Putih cerah

Bagi pemilik wajah putih cerah, anda tidak digalakkan memakai tudung yang berwarna cerah seperti putih dan krim kerana akan menghilangkan seri. Sebaliknya, anda boleh memilih tudung berwarna solid seperti maroon, hitam, ungu gelap, emerald green dan lain- lain.

Jenis warna kulit #2
Hitam manis

Orang yang mempunyai kulit hitam manis akan bertambah manis apabila menggayakan tudung yang bertona cerah dan ceria. Warna- warna tersebut seperti pastel, pink, lavender, soft blue, dan lain- lain. Anda tidak sesuai memakai tudung berwarna gelap seperti hitam dan coklat gelap kerana akan menjadikan wajah anda bertambah malap dan suram.

Jenis warna kulit #3
Kuning langsat

Wajah bertona kuning langsat perlu berhati- hati memilih warna tudung untuk mengelakkan anda kelihatan kusam. Pilihlah warna cerah seperti pink, merah, biru dan ungu. Anda tidak digalakkan memakai warna krim, coklat, gold dan krim kerana seri wajah anda akan tenggelam dengan warna tudung tersebut.

Jenis warna kulit #4
Sawo matang

Wanita berkulit sawo matang sesuai memakai tudung berwarna pastel dan gelap seperti krim, ungu, hitam dan maroon. Warna- warna tersebut boleh menyerlahkan keayuan wajah anda. Namun, elakkan memilih tudung berwarna coklat gelap dan kelabu kerana akan menyebabkan wajah anda kelihatan tidak bermaya. Berdasarkan perkongsian ini, anda bolehlah pilih warna yang sesuai dengan anda. Sangat penting untuk anda pakai warna yang betul supaya kulit anda tak kelihatan kusam dan mungkin lagi teruk, anda kelihatan lagi ‘tua’ daripada usia sebenar. Mestilah anda tak nak kan? Jom sama - sama kita praktikkan pakai warna tudung yang betul dalam kehidupan seharian. Di Siti Khadijah, kami turut menawarkan pilihan tudung yang selesa dan sesuai dipakai untuk kegunaan harian. Jika anda mencari tudung yang selesa, boleh terus layari website Siti Khadijah hari ni dan dapatkan tudung anda.