Kenapa Telekung SK Ada Warna Label

Dalam pengeluaran apa-apa produk, mestilah ada beza gred ikut citarasa pelanggan, kan? Perbezaan gred ni biasanya sebab jenis bahan, desain, pencirian, faedah dan macam-macam lagilah.

White Label (Basic)

Telekung dengan label putih ni kira gred permulaan. Nak kenal-kenal. Harganya bermula RM159 sehingga RM199. Walaupun gred permulaan, telekung tetap berkualiti. Material untuk label putih ni guna Khadijah Basic Poplin. Pula itu, renda pada telekung selalunya minimum. Warna telekung memang putih untuk label yang ini.

Maroon Label (Premium)

Yang ni kira gred pertengahan. Untuk SK, label yang ni selalunya best seller. Harga bermula RM200 sehingga RM499. Material untuk label yang ini kira up lagi berbanding White Label seperti Khadijah Ultra Fine, Khadijah Signature Poplin, Cotton 100% atau Khadijah Opal Print. Kelebihan pada telekung label maroon semestinya lagi banyaklah. Lagi satu, label ni dah ada telekung dengan pelbagai pilihan warna selain putih. Desain renda pun lebih halus.

Black Label (Exclusive)

Label ni gred paling atas. Paling mewah. Harganya RM500 dan ke atas. Untuk label ni, pengeluarannya sangat terhad. Material yang digunakan semuanya yang mahal-mahal contohnya satin sutera. Ada juga telekung dengan material premium dalam label ni. Tapi, telekung tu akan ditambah dengan hiasan tambahan seperti batu kristal atau ada ciri istimewa lain contohnya anti-nyamuk.

Best Selling Exclusive Collections

#KitaAda Telekung Paling Selesa

Sebenarnya, apa-apa perbezaan pada telekung tu, semuanya demi untuk memberikan keselesaan kepada pemakai. Tu yang paling penting. Bila dah selesa, insha Allah lebih bersemangatlah hendaknya untuk menunaikan ibadah. #KitaAda Telekung Paling Selesa