3 Fakta 'Rare' tentang Khadijah Ultra Fine

Kain bukan sebarang kain ,
Kain sutera tanah Benggali ,
Ultra Fine kualitinya lain,
Siti Khadijah barulah beli.
Salah satu daripada material telekung Siti Khadijah ni, namanya Khadijah Ultra Fine. Best sangat ke material ni? Mari SK story.

Tak ada tempat lain

Material Khadijah Ultra Fine ni bukan beli borong dekat kedai kain ataupun import daripada Mr Hu. Material ni ciptaan SK sendiri. 100% Made in Malaysia. Siap patenkan lagi. Sebabkan dah paten dan SK buat sendiri, tak mungkin la dapat cari telekung dengan material yang sangat selesa dan sedap dipakai ni dekat tempat lain.

Perlindungan daripada sinaran UV

Kadar sinaran UV agak tinggi untuk negara khatulistiwa macam Malaysia ni. Bahaya kalau kulit ni dibiarkan terdedah terlalu lama dengan sinaran UV. Sebabkan tu, Khadijah Ultra Fine ni direka siap dengan perlindungan UV dengan rating SPF 20+. Bukan sekadar menutup aurat dengan sempurna je, tau?

Pengudaraan yang baik

Masalah kain berkuap ni memang biasa kita dengar. Dengan Khadijah Ultra Fine, masalah ni tak lagi dapat menghantui. Material ni mempunyai pengudaraan yang baik (breathable). Tambahan lagi, ada efek anti-statik dan tahan lasak. Boleh buat lebih fokus waktu solat tu nanti.
Cukup la tiga fakta tu dulu. Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah pakai sendiri. Baru puas hati.
#KitaAda Telekung Buatan Tempatan