Kita sambung borak-borak tentang jenama. Untuk entri kali ni, kita tengok perkara kedua yang berkait rapat dengan jenama, iaitu kualiti.
Ikut kamus, kualiti ni bermaksud darjah kecemerlangan. Nama lain, mutu yang tinggi. Secara konsep, kualiti ni merujuk kepada produk atau servis yang memenuhi kehendak pelanggan dan membawa kepada kepuasan pelanggan.
Dua poin penting: ikut kehendak dan puas hati. Orang kampung cakap - fulfill expectation with satisfaction. Tak ada salah satu poin ni, tak boleh cakap ada kualiti.
Contohnya, Zhafir, seorang suami yang kacak lagi berkarisma nak beli jiwa isteri. Yang isteri pula dah lama teringin nak beli telekung Black Label Siti Khadijah. Ada kehendak kat situ. Tu poin pertama. Zhafir 'order' telekung cetak rompak. Bila pakai, isterinya pelik sebab fabrik tak selesa seperti yang diharapkan. Kat sini, poin kedua gagal dipenuhi. Isteri jadi tak puas hati. Zhafir murung buat kesekian kali.
Jadinya, jenama kena datang bersekali dengan jaminan kualiti.
Untuk pastikan nama baik jenama tu terjaga, produk yang dihasilkan sentiasa dipastikan dapat memenuhi dua poin tadi - produk yang orang nak dan produk yang orang puas hati.
Macam mana kita nak tahu produk jenama tu betul-betul berkualiti?
Zaman sekarang ni, video pun ada deepfake. Sama juga dengan produk. Kena lebih berhati-hati. Macam yang disebutkan tadi, jenama tu jaminan kualiti. Tu sebab ada pihak-pihak tak bertanggungjawab jual produk ciplak dengan menggunakan jenama terkenal pada kotak atau plastik pembungkusan.Untuk lindung nama baik jenama, produk atau logo jenama tu biasanya akan dipatenkan. Kalau kat Malaysia ni, myIPO jadi tempat untuk patenkan hak cipta jenama tu.Bila dah patenkan, nilai kualiti pun kekal terjaga. Iya lah. Dah boleh ambil tindakan pada mereka yang suka hati gunakan logo jenama terkenal pada barang ciplak. Selain daripada tu, paten ni jadikan kualiti tu eksklusif pada jenama tertentu sahaja. Contohnya, desain yang unik. Kalau tak patenkan, jenama lain boleh tiru dan keluarkan produk yang serupa.
Di Siti Khadijah, 5 desain reka bentuk muka telekung telah dipatenkan sejak 2009.
Nama-nama desain tu - Classic, Harmony, Modern, Original dan Balqis. Yang masih dikeluarkan cuma Classic dan Harmony sahaja. Lagi tiga tu produk yang dah discontinue. Kalau ada permintaan, poin pasal kehendak tadi, barulah kita timbangkan untuk beri kepuasan dengan keluarkan semula desain yang lama tu.
Kalau pasal logo pula, Siti Khadijah dah patenkan sehingga 29 lambang dan logo bawah pendaftaran jenis 'trademark'. Antara lambang atau logo yang telah dipatenkan termasuklah nama Siti Khadijah dan singkatan SK. Ni yang selalu lanun suka tiru dengan tambah perkataan 'inspired'.
Lambang boleh 'copy paste' tapi kualiti tak akan pernah sama.
Jenis fabrik, kekemasan jahitan dan potongan pola memang tak sama langsung. Kasihanlah sikit dengan pembeli. Dapat produk yang jauh panggang daripada api. Dah semua jadi macam Zhafir tadi. Murung berhari-hari.
Sedikit sebanyak, kita dah cerita panjang tentang kualiti yang datang bersekali dengan jenama. Bukan perkara mudah sebenarnya. Dan jenama tu lebih daripada pemilihan nama untuk jenama. Usaha melindungi jenama pun termasuk juga dalam hal penjagaan kualiti.