Kita Ada Telekung Pink

Bagi yang berjiwa lembut dan bercitarasa feminin

Kalau namanya telekung, warnanya mesti putih.

Telekung pink, telekung beige, dulu-dulu jarang kita lihat kaum wanita menggayakan telekung berwarna. Kalau namanya telekung, warnanya mesti putih. Apa tidaknya, putih itu kan melambangkan kesucian dan kebersihan, sesuailah dengan tujuan kita bertelekung iaitu untuk beribadah. Lebih-lebih lagi memakai pakaian putih itu dikira sebagai sunah Nabi SAW.

Tapi sukar untuk dinafikan warna putih itu lama kelamaan akan menghadirkan rasa jemu dek asyik memakai warna yang sama saja. Kalau diikutkan, warna putih itu sangat mudah kehilangan serinya, belum lagi kalau terkena kotoran yang susah ditanggalkan, atau lusuh akibat dibasuh berulang kali. Jadi tidak hairanlah ramai wanita semakin beralih kepada telekung berwarna.

Cuma bila difikirkan kembali, telekung adalah pakaian yang unik kepada masyarakat Islam di negara kita sahaja. Di negara-negara arab, wanita Islam biasanya memakai pakaian harian mereka seperti jubah untuk solat. Jadi jelaslah warna telekung bukan satu isu. Sejak menyedari hal ini juga, telekung berwarna semakin menjadi kebiasaan. Malah bukan sekadar warna yang menghiasi telekung zaman sekarang, jenis fabrik dan corak renda juga membuatkan telekung-telekung moden semakin berseni.

Malah bukan sekadar warna yang menghiasi telekung zaman sekarang, jenis fabrik dan corak renda juga membuatkan telekung-telekung moden semakin berseni. Telekung berwarna memang semakin popular, tapi tidak bermaksud semua warna boleh digunakan pada telekung. Pun begitu, dalam lebih 2000 panton di dunia ini, sudah semestinya terdapat bermacam warna yang sesuai untuk mewarnai pakaian solat kita.

Salah satu warna telekung yang popular sudah semestinya warna merah jambu atau pink.

Sebut sahaja pink, tentu kita akan kaitkan dengan femininiti dan kelembutan. Namun rona merah jambu yang dikeluarkan untuk telekung SK bukan sebarang merah jambu. Ini kerana rona yang dipilih perlu disesuaikan dengan tujuan ibadah dan bukan rona yang terlalu menonjol. Antaranya seperti nude pink, dusty pink dan salmon yang lebih condong ke arah warna-warna neutral.

Selain bertujuan mencantikkan fabrik, warna-warna merah jambu ini juga menaikkan seri pemakai sambil mengekalkan kesederhanaan.

Apa yang lebih istimewa, warna yang ditentukan untuk menghiasi telekung SK dibangunkan sendiri oleh team kita dan bukan dipilih dari palet fabrik di kilang. Warna-warna yang dihasilkan untuk telekung SK memang tidak dimiliki oleh jenama-jenama lain. Pemilihan warna dan rona yang sesuai menunjukkan betapa terperincinya pasukan Research and Development SK melakukan penyelidikan sebelum menghasilkan sesuatu telekung.


Kini kita bukan sekadar ada telekung berwarna tetapi juga telekung bercorak dengan pelbagai hiasan renda yang unik, semua untuk meraikan sisi feminin dan menghargai sifat wanita yang gemar untuk kelihatan cantik. Terutamanya untuk menghadap Maha Pencipta.