Al - Quran Braille

Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia atau singkatannya PPOBM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 2003. PPOBM bergiat aktif dalam membantu golongan OKU penglihatan terutamanya di dalam bidang kebajikan, pendidikan dan pembangunan sosial serta banyak menjalankan program-program yang dapat meningkatkan ilmu dan motivasi dalam kalangan OKU penglihatan. "

Objektif

1) Memberi kemudahan kepada OKU cacat penglihatan untuk membaca Al Quran.
2) Memberi peluang dan ruang kepada OKU cacat penglihatan membudayakan Al Quran dalam kehidupan harian.
3) Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepayahan OKU cacat penglihatan.
4) Menggalakkan orang ramai untuk sama-sama berinfak.

Proses Pencetakan

Umum mengetahui bahawa menjalani kehidupan sebagai seorang yang cacat penglihatan sangat berbeza bila dibandingkan dengan seseorang yang memiliki penglihatan yang sempurna. Pergerakan mereka amat terbatas dan begitu juga dengan peluang mencari nafkah menyara keluarga. Ini kerana tidak banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan dan jika ada jumlahnya amatlah terhad.
Begitu juga dari segi mendapatkan kemudahan bagi keperluan harian terutamanya kemudahan bahan bacaan. Kemudahan untuk mendapatkan kitab suci Al-Quran Braille atau tulisan timbul amat terhad dan tidak boleh diperolehi di pasaran terbuka. Ini kerana ianya memerlukan peralatan dan kepakaran yang khusus untuk mencetak dan menghasilkannya. Di samping itu juga, kos penerbitan kitab suci Al Quran Braille juga sangat mahal dan proses penerbitannya juga mengambil masa yang panjang.

Buku Doa

Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) telah berjaya mewujudkan sebuah unit penerbitan Braille untuk menerbitkan bahan bacaan bagi komuniti OKU Penglihatan. Sehingga kini, PPOBM telah mempunyai kelengkapan yang terdiri dari mesin cetak (embosser), mesin gam buku bersaiz industri, mesin penebuk (untuk jahitan buku) juga sumber harta intelek dan manusia yang lengkap dari penterjemah sehingga kepada operator mesin.

SK Prihatin

Oleh yang demikian, Tim SK Cakna dibawah Jabatan Perkhidmatan Korporat ingin mengambil inisiatif mengumpul dana bagi membolehkan cetakan dibuat dengan kerjasama pihak Pertubuhan Pembangunan Orang Buta. Inisiatif ini membolehkan lebih banyak kitab suci Al Quran Braille dibuat untuk diagihkan secara percuma kepada yang memerlukan.