5 Fakta Awesome Yang Orang Jarang Tahu Pasal Siti Khadijah

Bila sebut SK atau Siti Khadijah, automatik teringat telekung. Jenama tempatan berusia lebih sedekad ini memang sinonim dengan jual telekung, kelengkapan ibadah selain produk-produk lifestyle seperti pakaian dan tudung. Walaupun ada yang rasa telekung SK harganya sedikit 'keras', semua akui yang keluaran SK memang sangat berbaloi untuk dimiliki.

Tak Pernah Tak Selesa...

Fokus nombor satu SK sentiasanya nak hadiahkan keselesaan kepada pembeli. Setiap fabrik atau material yang digunakan pada produk akan lalu proses pemilihan yang sangat ketat. Bukan asal bole , tau? Punyalah komited untuk bawakan hanya yang terbaik sehinggakan tim R&D SK cipta fabrik sendiri macam Khadijah Basic Poplin, Khadijah Signature Poplin dan Khadijah Ultra Fine. Memang tak akan jumpa fabrik yang semestinya istimewa ini kalaupun cari sampai ke Vietnam atau China.

2. Perang melawan 'lanun'

Setiap tahun, SK berdepan dengan lambakan produk tiruan yang konon-konon Siti Khadijah Inspired. Iyalah, penat-penat reka desain dan pastikan kualiti jahitan, senang-senang sahaja orang lain buat untung atas titik peluh SK. Lagi-lagi, bila SK kena hentam sedangkan produk yang dibeli dengan harga jauh lebih murah itu sebenarnya bukan yang ‘ori’. Biasanya, jenama cetak rompak guna modus operandi yang sama. Tiru desain kemudian guna bungkusan yang hampir serupa. Siap pakai gambar model SK lagi waktu jual. Masalahnya, bila tengok depan mata, jenis kain atau kualiti jahitan semua ke laut.

3. 100% buatan tempatan

SK sentiasa komited dalam perkasakan ekonomi anak tempatan. Semua pekerja di SK terdiri daripada warga Malaysia. Daripada angkut kotak dekat gudang, pekerja butik, tukang edit gambar, tukang tulis blog ini atau tukang jahit semua itu orang kita. Bila sebut orang kita, maksudnya orang Malaysia. SK siap ada staf bukan Melayu lagi. Barulah betul Keluarga Malaysia.

4. Kepimpinan melalui teladan

Walaupun SK merupakan satu perniagaan keluarga, tidak bermakna yang laluan untuk jadi ahli lembaga pengarah tu semudah drama pukul tujuh. Pasangan Tuan Aminuddin dan Puan Fadzilah, pengasas SK, sentiasa pastikan anak-anak yang bantu uruskan syarikat ini komited dalam jalankan tugas serta berdedikasi. Bukan senang-senang daddy- kasi jawatan macam Megah Holdings. Hasilnya, sifat rendah diri yang diamalkan setiap ahli lembaga pengarah menjadikan suasana tempat kerja seperti satu keluarga yang sangat besar. Rasa hormat terbit secara organik dan bukan semata-mata kerana status ‘anak bos’.

5. Untung bukan faktor pertama

Yang ini, bunyinya poyo tetapi benar. SK tidak menjadikan keuntungan sebagai matlamat utama. Bukan bermaksud yang SK rileks kalau rugi. Tipulah kalau tak cari untung. Bezanya, SK berpegang kepada matlamat yang selari dengan proses muamalat (perniagaan) berpandukan syarak. Makanya, produk yang dihasilkan sentiasa mematuhi keperluan dalam beribadat seperti menutup aurat dengan sempurna. Selain itu, harga produk akan setimpal dengan kualiti. Bukannya cari kos bahan sangat murah dan overclaim waktu jual untuk tekan harga pergi haji balik hari.
Perjalanan SK sememangnya masih jauh untuk letak jenama tempatan ini sebaris dengan jenama lifestyle lain di peringkat global. Namun, dengan usaha berterusan tim SK serta sokongan Family SK, visi SK untuk jadi jenama antarabangsa pilihan akan dapat direalisasikan suatu hari nanti.
Okay. Kita sambung cerita lain pula di artikel akan datang.
Bro Q signing out. Jumpa lagi!
#Kita Ada Hadiah Paling Bermakna