4 Jenis Baju Kurung Yang Anda Perlu Tahu

Baju kurung merupakan pakaian tradisional wanita Melayu di Nusantara iaitu di Malaysia, Singapura, Brunei dan juga Indonesia. Lazimnya, baju kurung dipakai pada majlis rasmi, keagamaan dan keramaian. Pada asalnya, rekaan baju kurung agak ketat. Namun, pada kemuncak pemerintahan kesultanan Melayu Melaka sekitar abad ke-15, Islam telah berkembang luas dan mempengaruhi gaya pemakaian masyarakat Melayu ketika itu bersesuaian dengan ciri- ciri Islam iaitu longgar dan dan kelihatan lebih sopan.

Di Malaysia, baju kurung ada pelbagai jenis rekaan. Antara yang terkenal ialah kurung Teluk Belanga, kurung Kedah, kurung Pahang dan kurung moden. Nak tahu apa perbezaan antara semua jenis rekaan baju kurung ni? Jom baca artikel ini sampai habis.

Rekaan #1
Kurung Teluk Belanga
Asal usul baju kurung Teluk Belanga dikatakan berasal dari sebuah tempat di Singapura iaitu Teluk Belanga yang kini digelar Harbour Front. Baju ini diperkenalkan semasa zaman pemerintahan Temenggung Ibrahim di Johor.
Rekaan kurung Teluk Belanga memiliki labuh paras lutut dan halus pada bahagian leher. Sulaman lehernya pula boleh menggunakan 3 jenis jahitan iaitu mata lalat, tulang belut dan insang pari. Baju kurung Teluk Belanga dipadankan dengan kain susun tepi sebelah kiri.
Rekaan #2
Kurung Kedah
Rekaan kurung Kedah pula kebiasaannya hanya paras punggung tetapi mempunyai potongan yang longgar. Ia dikatakan hampir sama dengan rekaan blaus dari selatan Thailand. Potongan lehernya berbentuk bujur sireh. Lazimnya, wanita Melayu Kedah memakainya dengan padanan kain sarung selisih hadapan.

Rekaan #3
Kurung Pahang
Baju kurung Pahang juga dikenali sebagai kurung Riau kerana wujudnya hubungan diplomatik antara kedua negeri ini suatu ketika dahulu. Baju kurung Pahang mempunyai pesak kembang yang dijahit cantum dengan kekek gantung.
Lehernya berbentuk teluk belanga atau cekak musang. Kurung Pahang cantik digayakan dengan kain selisih hadapan dan susun tepi. Rekaan kurung Pahang ini dikatakan hasil gabungan kebaya labuh dan baju cekak musang.
Rekaan #4
Kurung Moden
Rekaan kurung moden adalah hasil idea kontemporari yang mana potongannya tanpa pesak dan kekek. Ia dipakai untuk kelihatan slim di bahagian pinggang. Walaubagaimanapun, ciri- ciri tradisional masih dikekalkan iaitu lengan panjang dan padanan kain yang lazimnya menggunakan kain susun hadapan.
Meskipun sekarang sudah ada lambakan rekaan pelbagai jenis pakaian ala moden, trend baju kurung masih tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas di Malaysia dan sentiasa menjadi pilihan para wanita terutamanya pada musim perayaan. Butik- butik pakaian sentiasa menawarkan pelbagai produk baju kurung dengan pelbagai variasi warna dan corak.

Kini, inovasi baju kurung telah mula kelihatan dengan gabungan elemen solat ready. Idea ini tampaknya menjadi satu daya tarikan baharu yang mana rekaan baju kurung yang diperkenalkan ditambah fungsinya yang lebih memudahkan urusan solat.

Jenama pakaian yang menjadi pelopor kepada inovasi ini ialah Siti Khadijah. Siti Khadijah menawarkan rekaan terkini baju kurung untuk edisi raya 2022 yang mempunyai getah di pergelangan tangan berfungsi memegang pergelangan lengan agar tidak jatuh dan menampakkan aurat ketika solat. Selain itu juga, baju kurung Siti Khadijah turut ada fungsi zip di bahagian cantuman pesak supaya anda yang pakai rasa selesa ketika nak sujud solat.

Selain itu, Kurung moden Siti Khadijah juga direka khas dengan potongan yang lebih longgar di bahagian pinggang dan disertakan dengan tali pengikat sekaligus membolehkan ia sesuai dipakai ketika solat dan luar waktu solat. Siti Khadijah nampaknya sudah mula ke hadapan dalam proses menghasilkan sesuatu rekaan pakaian yang pelbagai fungsi dan memudahkan urusan seharian.